Khabib Nurmagomedov menentang Conor McGregor dalam gelanggang tinju ? Itulah perkara yang sedang diperkatakan sekarang.
Menurut laporan, berlaku perbincangan di antara kedua-dua belah pihak untuk melihat dua petarung MMA tersohor ini beradu tenaga di dalam gelanggang tinju, dan bukannya di dalam Octagon.
Bapa Khabib, Abdulmanap Nurmagomedov berkata anaknya mungkin berminat untuk bertarung dengan McGregor menggunakan peraturan tinju untuk menguji sejauh mana kemahiran tinjunya.
McGregor dan Khabib masih lagi menunggu laporan siasatan daripada Nevada State Athletic Commission berikutan pergaduhan yang tercetus selepas berakhirnya pertarungan UFC di antara mereka berdua bulan lalu. Buat masa sekarang, kedua-duanya masih lagi berada dalam penggantungan dan tidak boleh terlibat dalam sebarang aktiviti yang berkait dengan UFC.
Walau bagaimanapun, sementara menunggu keputusan mengenai hukuman yang akan diterima, perbincangan mengenai ‘rematch’ antara Khabib dan McGregor sudah pon bermula menurut beberapa laporan.
Dalam UFC 229 yang berlangsung awal Oktober lalu, Khabib berjaya menewaskan McGregor menerusi gerakan kunci leher yang memaksa petarung dari Republik Ireland itu menyerah kalah.
Tarikan yang ada pada McGregor dan Khabib telah berjaya membuatkan UFC menerima durian runtuh. UFC 229 mencipta rekod baru dalam sejarah ‘pay-per-view’ dengan 2 juta order diterima untuk menonton pertarungan tersebut.
Berdasarkan rekod tersebut, tidak pelik jika ‘rematch’ di antara mereka berdua ini berlaku pada masa hadapan. Namun begitu, sesuatu yang menarik telah keluar dari mulut bapa Khabib kerana ia mungkin akan berlaku dalam bentuk sukan tinju, bukannya MMA.
“Mengenai pertarungan menentang Conor di bawah peraturan tinju, ia merupakan pertarungan yang menarik minat kami.”
“Khabib telah menunjukkan yang beliau mampu menewaskan ‘strikers’ terbaik dalam sukan MMA. Khabib pernah bercakap mengenai perkara ini, tetapi tidak ramai yang percaya beliau mampu melakukannya.”
“Walau bagaimanapun, selepas Khabib menang ke atas Michael Johnson, Edson Barboza, dan terbaru Conor, ramai pihak mula percaya dengan keupayaan Khabib.”
“Khabib mampu bertarung dalam gelanggang tinju. Khabib mempunyai segala skill yang diperlukan untuk meraih kemenangan walaupun bertarung menggunakan peraturan tinju.”
“Salah satu skill paling penting adalah ketahanannya. Saya ingat lagi pertarungan 5 pusingan Khabib menentang Iaquinta, dimana Khabib menunjukkan dirinya bersedia untuk bertarung dalam apa juara keadaan dan situasi. Menggunakan segalanya dari ‘light left jab’ untuk mendapat penguasaan di lantai.”
Dana on Zuffa Boxing: A lot of things didn't line up the way that I thought they would in the boxing world, when I said we're about to make a ballsy move. The thing kinda took a left turn, so I wasn't able to make an offer on that deal yet…but when it happens I'm gonna jump in.
— Jed I. Goodman (@jedigoodman) August 7, 2018
McGregor dilaporkan sangat berminat untuk membalas dendam kekalahannya kepada Khabib bulan lalu tetapi persoalan paling besar disini adakah Presiden UFC, Dana White bersedia memberikan lampu hijau kepada idea pertarungan tinju ini ?