Bagi Terus Lewandowski Ballon d’Or dan Hadiah Nobel Untuk Gol Lipat Menakjubkan Ini

Pemain penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski sepatutnya terus diberikan trofi Ballon d’Or dan hadiah Nobel kerana telah menghasilkan satu gol lipat akrobatik yang sangant menakjubkan.

Pemenang Ballon d’Or akan diumumkan pada 29 November 2021 di Paris namun dengan jaringan spektakular ini dengan tali kasut tidak terikat dalam cuaca bersalji, Robert Lewandowski sememangnya layak.

Pemain kebangsaan Poland itu telah menjaringkan 29 gol dalam 24 penampilan untuk Bayern munich dan juga negaranya, rekod luar biasa tahun lalu diteruskan hingga kini.

Gol padu ini dihasilkan Lewandowski di separuh masa pertama ketika menentang Dynamo Kyiv dalam saingan Champions League kumpulan E yang berlangsung di Ukraine.

Pada ketika kejadian berlaku, Robert Lewandowski telah membelakangi gawang Dynamo Kyiv selepas terlepas hantaran rakan sepasukannya.

Namun clearance tiada pedoman dari pemain pertahanan tengah Dynamo Kyiv, Ilya Zabarnyi telah menyebabkan bola melambung ke atas kepala Lewandowski.

Sambil mendongak melihat bola di atas kepala dengan membelakangi gawang, dengan pantas otak Lewandowski membuat perkiraan apa yang perlu dilakukan.

Selepas beberapa milisaat keputusan dicapai dengan menggunakan kekuatan kaki kiri, Lewandowski melonjak ke atas dan melibas kebelakang menggunakan kaki kanan.

Bola lipatan itu dihentam ke tanah dan melantun masuk ke gawang Dynamo Kyiv dan gagal untuk ditepis oleh penjaga gol kerana semuanya berlaku dengan pantas.

Lewandowski setakat musim ini telah terlibat secara langsung untuk 10 gol Bayern Muncih di Champions League dan antara calon kegemaran untuk menjulang Ballon d’Or sekali.

Tahun 2020 menyaksikan Ballon d’Or telah dibatalkan untuk menjaga prestij anugerah lantaran format dan peraturan perlawanan bola sepak diubah malah ada liga dihentikan kerana wabak.

Musim 2019/20 menyaksikan Bayern Munich telah mempamerkan antara prestasi terhebat mereka dalam sejarah 120 tahun kewujudan mereka samada di peringkat domestik dan Eropah.

Dalam musim terhebat Bayern Munich mengecap treble ini tiada pemain yang memberi sumbangan yang lebih besar daripada apa yang dilakukan oleh Robert Lewandowski.

Pemain penyerang Poland ini telah menjaringkan gol dalam setiap perlawanan dalam perjalan Bayern Munich ke final Champions League yang berlangsung di Lisbon.

Walaupun sibuk dan aktif bermain Tik Tok di luar sana, di dalam padang Champions League, Lewandowski telah menjaringkan 15 gol dan 6 assist.

Di Bundesliga juga Lewandowski telah menjaringkan 34 gol dalam 31 perlawanan liga dan mencetak 6 gol dalam 5 perlawanan di German Cup.

Itulah kisah malang Robert Lewandowski pada tahun lalu yang mempamerkan aksi sang juara yang mutlak dan tidak terkalahkan namun tiada siapa menjangka dengan apa yang melanda dunia ketika itu.

Walaupun mendapat saingan sengit untuk anugerah Ballon d’Or musim ini, Lewandowski masih lagi calon pilihan untuk memenanginya dengan prestasi menakjubkan pada musim ini.

Bekas pemenang Ballon d’Or Luis Suarez (bukan Suarez Atletico Madrid) berbesar hati untuk menyerahkan dan menghadiahkan trofi Ballon d’Or yang pernah dimenannginya kepada Lewandowski jika tidak dipilih sebagai pemenang pada tahun ini.

“Berikan Ballon d’Or kepada Lewandowski! Jika tidak, saya akan berikannya trofi milik saya”

Luis Suarez merupakan bekas pemain tengah Barcelona dan Inter Milan. Luis Suarez telah dianugerahkan Ballon d’Or pada tahun 1960.

Pemain berusia 33 tahun itu tahu dia berdepan saingan besar untuk merebut Ballon d’Or tetapi percaya pencapaiannya bercakap untuk diri mereka sendiri.

“Kemungkinan memenangi Ballon d’Or amat bermakna buat saya, ia membuatkan saya berasa bangga,” katanya kepada MARCA.

“Jika anda lihat semua yang saya capai, bukan sahaja tahun ini, tahun lalu juga apabila mereka membatalkan majlis, saya telah memenangi banyak gelaran, menjaringkan banyak gol.”

“Ia amat bermakna bagi saya untuk memenanginya, setelah memenangi Liga Juara-Juara, Piala Super, Piala Dunia Kelab. Memecah rekod Gerd Muller dengan 41 gol Bundesliga juga merupakan satu pencapaian besar, yang membuatkan saya sangat bangga dan gembira. Semua orang boleh melihat apa yang saya telah lakukan dan terus lakukan.”

“Pencapaian saya bercakap untuk diri mereka sendiri kerana dua tahun terakhir saya melakukan pencapaian besar, bukan hanya untuk saya tetapi untuk mana-mana pemain dalam sejarah.”

BACA:  Klopp Suruh Nunez Bertenang Dan Samakan Dengan Lewandowski