Bayern Munich Juara Maka RM25 Juta Menjadi Milik Liverpool

Seluruh alam bola sepak telah mengetahui bahawa, Bayern Munich telah dinobatkan sebagai penakluk Eropah yang baru selepas muncul juara kejohanan paling agung di Eropah, Champions League bagi musim 2019/20.

Bayern Munich mudah menundukkan PSG yang nyata kekok dan sendu di perlawanan akhir, gol tunggall daripada Kingsley Coman sudah cukup untuk menobatkan pasukan gergasi Jerman itu sebagai juara.

Bayern Munich mencipta sejarah apabila menjadi pasukan pertama mencatatkan 100 peratus kemenangan di kempen Champions League dalam semusim dengan 11 kemenangan.

Bayern Munich menyamai rekod Liverpool dengan kemenangan buat kali ke-6 di pentas Champions League. 1973/74, 1974/75, 1975/76, 2000/01, 2012–13 dan 2019/20.

Kemenangan Bayern Munich ini telah membuatkan Liverpool tersenyum lebar dan menadah tangan untuk menerima wang saguhati daripada Barcelona. Kenapa Barcelona pulak?

Ketika dipinjamkan ke Bayern Munich tiada syarat diletakkan dalam kontrak oleh Barcelona bahawa Coutinho tidak boleh turun beraksi ketika menentang Barcelona. Syarat yang sudah menjadi kebiasaan buat kelab Eropah.

Kerosakkan telah terjadi apabila tiga gol Coutinho menyebabkan Barcelona bolos 8 gol buat pertama kali sejak tewas kepada Sevilla dengan jaringan yang sama pada tahun 1946 di Spanish Cup.

Dan lebih teruk lagi jika, Bayern Munich muncul juara Champions League musim ini kerana Barcelona akan terpaksa membayar Liverpool Β£4.5 juta ($5.8 juta) lebih kurang RM25 juta seperti yang tertera dalam kontrak.

Maka segalanya sudah tertulis dan Bayern Munich muncul juara.

Salah satu klausa atau syarat dalam kontrak ketika Barcelona mengikat Coutinho adalah:

β€œBarcelona perlu membayar sejumlah wang kepada Liverpool jika pemain Brazil itu menjuarai Champions League pada musim 2018/19 atau 2019/20.”

Lebih malang dalam kontrak itu tidak disebut secara spesifik samada Coutinho perlu menang bersama Barcelona sahaja atau kelab lain bagi membolehkan Liverpool meraih ganjaran.

Oleh sebab itu secara teknikalnya, Bayern Munich telah muncul juara, maka Liverpool boleh menuntut wang daripada Barcelona. Baler! Baler!

Sejak meninggalkan Liverpool pada 2018, perjalanan karier Coutinho tidaklah seindah dan sepadan dengan tanda harga yang dimiliki oleh beliau.

Apa yang menariknya, kesemua kejuaraan besar yang beliau impikan dan yakin tidak akan mampu dimenangi oleh Liverpool kini semuanya sudah berjaya dijulang oleh bekas rakan sepasukannya.

Saingan Liga Juara-juara, Super Cup, FIFA Club World Cup, dan terbaru saingan Liga Perdana Inggeris, semuanya berjaya dimenangi oleh anak-anak buah kendalian Jurgen Klopp sejak pemergiannya.

BACA:Β  Ince: Kehilangan Coutinho Merupakan Perkara Terbaik Yang Mampu Terjadi Kepada Liverpool