Penyokong Villa Teruja Melihat Rangkuman Aksi Coutinho Ketika Bersama Liverpool

Rangkuman aksi mantap Philippe Coutinho ketika kariernya bersama Liverpool membuktikan yang Aston Villa kini memiliki antara pemain yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Coutinho memiliki reputasi yang sungguh cemerlang dalam saingan Premier League, dan Villa jelas sangat bertuah kerana berjaya mendapatkan khidmatnya.

Selepas melengkapkan perpindahan mega menyertai Barcelona pada tahun 2018 yang lalu, Coutinho sepertinya gagal untuk mendapatkan rentak persembahan terbaiknya.

Aksi beliau ketika di Nou Camp jauh lebih hambar berbanding ketika karier kegemilangan beliau di Anfield bersama Liverpool.

Beliau bahkan turut dianggap sebagai penandatanganan paling gagal dalam sejarah kelab oleh Barcelona kerana tidak memberikan impak seperti yang diharapkan.

Walau bagaimanapun, semua peminat tahu siapa Coutinho ketika berada di kemuncak kariernya, beliau pemain berkelas dunia yang mampu menggelecek, menghantar bola dan menjaringkan gol.

Kualiti hantaran dan kualiti penyudah yang beliau miliki jelas sekali tidak boleh diragui oleh sesiapa sahaja kerana beliau sudah membuktikan itu ketika beraksi bersama Liverpool.

Beliau merupakan pemain play-maker yang mempunyai kemampuan untuk mengubah tempo permainan dan mampu mendominasi jentera serangan dengan sungguh mengagumkan.

Kini telah tular rangkuman aksi hebat beliau ketika kariernya di Anfield, dan ia jelas membuktikan yang Aston Villa bakal memperoleh durian runtuh andai Coutinho berjaya mendapatkan semula rentak persembahan terbaiknya.

Akaun twitter milik @PassLikeThiago telah berkongsi sebuah video yang merangkumkan aksi Coutinho ketika kariernya di Anfield, dan ia merupakan sebuah video yang sangat berbaloi untuk ditonton.

Rakaman tersebut tidak menunjukkan aksi pemain berusia 29 itu menjaringkan gol, namun ia menunjukkan tentang kemampuan Coutinho dalam mengawal bola, menggelecek dan menunjukkan skil-skill yang dasyat.

Para peminat di media sosial terpukau melihat aksi Coutinho dan terus mulai yakin tentang mengapa beliau digelar The Magician satu ketika dahulu.

โ€œSaya rasa dia ni lah paling layak untuk kita anggap sebagai jelmaan semula Ronaldinho. Saya tak sabar nak lihat dia kembali beraksi dalam saingan Premier League.โ€

โ€œSaya tak pernah nampak semua skill ni ketika kariernya bersama Barcelona, saya yakin dia boleh kembali menyerlah ketika beraksi di bawah kendalian Steven Gerrard.โ€

โ€œTak mustahil dia akan mampu mendapatkan tahap persembahan seperti ini sekali lagi dalam saingan Premier League. Sebagai penyokong Liverpool, saya rasa Aston Villa sangat beruntung.โ€

โ€œIni yang para penyokong Aston Villa akan lihat nanti, dia memang ada kemampuan ini dan saya rasa di England dia akan mampu sekali lagi mengeluarkan kemampuan sebenar dia.โ€

โ€œGerrard tahu kemampuan dia dan saya yakin Gerrard juga tahu bagaimana cara terbaik untuk menggunakan Coutinho. Percayalah dia akan kembali bersinar.โ€

Coutinho dilaporkan menolak beberapa tawaran dari England dan serata Eropah, sebelum akhirnya bersetuju untuk menyertai Aston Villa di bawah kendalian Steven Gerrard.

Beliau bakal menandatangani perjanjian sebagai pemain pinjaman selama enam bulan, dan Coutinho akan diumumkan sebagai pemain Aston Villa pada hari ini.

Coutinho dan Gerrard pernah menikmati karier sebagai rakan sepasukan ketika di Anfield, dengan pengurus Villa itu sangat berharap bintang Brazil itu akan kembali menemui sentuhan terbaiknya.

Bercakap tentang penandatanganan pertama beliau di Villa Park, Gerrard menyatakan bahawa:

โ€œSaya tak fikir kamu akan dapat gelaran the Magician seandainya kamu bukan pemain bola sepak yang istimewa.โ€

Coutinho bakal membuat penampilan pertama bersama Aston Villa pada Isnin hadapan, ketika Villa bertemu Manchester United dalam saingan Piala FA.

Villa akan sekali lagi bertemu Manchester United pada 15 Januari nanti, dalam aksi saingan Premier League pula.

Sumber: SPORTbible

BACA:ย  Steven Gerrard Boleh Jadi Pengurus Teragung Selepas Sir Alex Ferguson