Bayern Munich kini sedang merangka pelan B untuk mendapatkan seorang pemain penyerang setelah bidaaan kedua untuk Harry Kane ditolak oleh Tottenham Hotspur – walaupun terdapat laporan akan menyediakan bidaan ketiga bernilai £100 juta.
Masa depan Kane bersama Spurs mulai diperbincangkan sejak musim serba tidak menentu pasukan itu pada musim lalu berakhir.
Terdapat laporan kapten skuad kebangsaan England itu mahu meninggalkan Spurs pada jendela perpindahan musim panas ini, tetapi Spurs enggan melepaskan pemain bintang mereka itu.
Sejak beberapa minggu lalu Kane dikaitkan dengan perpindahan ke Bundesliga, tetapi dua bidaan daripada Bayern Munich telah ditolak.
🚨 Bayern Munich are set to step up their pursuit of Harry Kane after their first two bids worth €70m and €80m were rejected.
The German club are ready to spend €100M on the English striker and are preparing a new offer.
(Source: @lequipe) pic.twitter.com/tXY13QGPJm
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) July 11, 2023
Pengurusi Tottenham Daniel Levy dikatakan mahukan tawaran mencecah £120 juta untuk membenarkan Kane meninggalkan pasukan itu.
Nilai tersebut dilihat oleh Bayern sebagai terlampau tinggi dan tidak berbaloi untuk dibelanjakan untuk pemain yang hanya mempunyai baki kontrak setahun.
Disebabkan kesukaran mendapatkan Kane, BILD melaporkan Bayern Munich kini sedang merangka alternatif lain untuk mengisi posisi serangan pasukan itu untuk saingan musim hadapan.
Laporan tersebut mengatakan kelab Bavarian itu kini sedang mengintai peluang untuk mendapatkan pemain Man City, Julian Alvarez secara pinjaman, atau membawa masuk penyerang Juventus, Dusan Vlahovic.
🚨 Bayern Munich will move onto their ‘plan B’ targets if they fail in their attempts to sign Harry Kane.
Dušan Vlahović and Julián Álvarez are two names being considered.
(Source: @BILD) pic.twitter.com/TGEJkNIhwR
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) July 11, 2023
Dengan adanya Eric Choupo Moting dan Mathys Tel daripada skuad terdahulu dan tambahan seorang lagi penyerang baharu yang dibawa secara pinjaman, jaguh Jerman itu percaya ia sudah memadai untuk mereka mengharungi cabaran musim 2023/24.
Bayern sekadar mahu mendapatkan pemain penyerang secara pinjaman pada musim ini kerana percaya akan berjaya membawa masuk Kane ke kelab itu pada jendela perpindahan musim panas akan datang apabila kontrak pemain itu bersama Spurs tamat.
Bercakap mengenai masa depan Kane, pengurus baharu Spurs, Ange Postecoglu berkata dia akan melakukan pertemuan dengan pemain itu dalam masa terdekat.
“Kane adalah salah seorang penyerang terbaik dunia pada masa ini dan saya mahu dia bermain di sini.
“Saya mahu memperkenalkan diri kepada Harry dan berkongsi visi, cuba memahami visi dimilikinya dan kemudian cuba untuk berjaya.
Harry Kane will be offered around $500K per week if he decides to stay at Spurs, reports @Matt_Law_DT 💰 pic.twitter.com/vIzcfg69II
— B/R Football (@brfootball) July 11, 2023
“Perbualkan saya akan berkisar bagaimana dia boleh bersama-sama membantu kelab ini untuk berjaya dan saya pasti itulah perkara yang dimahukannya.”
Walaupun mahu Kane kekal berada di dalam skuad Tottenham untuk musim hadapan, Postecoglu bagaimanapun ia bukan di dalam bidang kuasanya untuk memastikan Kane terus bersama kelab itu.
“Tiada jaminan diberikan kepada saya dan saya juga tidak menjangkakan ia diberikan. Pada saya, saya hanya mahu fokus untuk perkara yang saya boleh lakukan, dan pada masa ini Harry adalah sebahagian daripada kelab ini.
“Saya berpendapat ia bukan bidang kuasa saya untuk mengurus atau melayan [masa depan Kane] kerana situasi yang mereka hadapi. Saya perlu melayan semua pemain secara saksama.”