Bekas Pemain EPL Dedah Rahsia Rakan Berak Di Dalam Kasut But Untuk Ajar Hormat Pemain Senior

Bekas pemain Reading, Swansea dan Middlesbrough Letoy Lita mendakwa rakan sepasukannya telah meninggalkan hadiah istimewa di dalam kasut but miliknya di bilik persalinan.

Karier profesional Lita bermula dengan Bristol City, mendedahkan rakan sepasukannya membuang air besar di dalam kasut but miliknya sebagai pengajaran untuk menunjukkan maksud seneoriti di dalam pasukan.

Pada masa lalu ia adalah tradisi untuk seorang pemain muda bertugas membersihkan kasut but pemain skuad utama selepas latihan.

Dan suatu hari Lita menerima akibat kerana gagal membersihkan kasut but milik Danny Coles.

Bercakap kepada podcast Under The Cosh, Lita yang kini berusia 38 tahun berkongsi: “Saya adalah budak suruhan Danny Coles [ketika di Bristol]. Saya sepatutnya pulang ke London pada hujung minggu itu.

“Dan pada satu minggu saya bergegas mengejar bas dan lupa membersihkan kasut but Coles.

“Pada Isnin berikutnya saya mendapati ada najis di dalam kasut but milik saya – dan ia berada di situ sejak Jumaat sebelumnya.

“Saya bercakap kepada Claytone Fortune [rakan sepasukan di Bristol dan berkata, ‘Adakah ini benar? Adakah mereka [pemain senior] sanggup melakukan perkara sebegini? Kita semua pemain bola sepak profesional. Apakah yang telah berlaku? Adakah ini normal?

“Coles hanya tampil melakukan pengakuan mengenai perbuatannya 10 tahun kemudian apabila berkata. Dia sebenarnya adalah rakan sepasukan yang baik. Dia adalah individu yang baik. Dia cuma mahu memberikan saya pengajaran.”

Lita adalah bekas pemain akademi Chelsea selama beberapa tahun sebelum menyertai Bristol City pada 2002.

Di situlah dia memulakan debut profesionalnya dan pantas menjadi antara pemain utama Bristol City.

Pada musim ketiganya, Lita menjaringkan 24 gol daripada 44 penampilan sebelum disambar Reading dengan nilai rekod kelab £1 juta pada 2005.

BACA:  Casemiro Dan Fred Ajar Reading Cara Membaca Dengan Betul, Kad Merah Buat Andy Caroll 1.0