Mourinho: Manchester United Berhak Tamatkan Musim Di Kedudukan Ke-2

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho berkata pasukannya berhak mengakhiri musim ini di kedudukan ke-2 dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan turut membidas mereka yang pernah mengkritik Manchester United sebelum ini.

Terdapat dakwaan dari beberapa pengulas bolasepak yang mengatakan Liverpool dan Tottenham Hotspurs mempunyai skuad yang lebih baik daripada skuad yang dimiliki Mourinho. Tetapi Mourinho cepat untuk membidas dakwaan tersebut sambil berkata kedudukan liga tidak pernah menipu.

Tempat ke-2 idaman Mourinho

Dalam perlawanan terakhir hujung minggu lepas, Manchester United berjaya mengenepikan cabaran Swansea di Old Trafford hasil jaringan Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez. Ia juga kemenangan ke-4 berturut-turut Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Dengan keputusan tersebut, mereka kini mempunyai kelebihan 2 mata ke atas penghuni tempat ke-3, Liverpool disamping berkelebihan satu perlawanan. Liverpool, Tottenham dan United kini bersaing sengit untuk mengakhiri musim di bawah pasukan bakal juara, Manchester City.

Walaupun United kini selesa menduduki slot automatik ke Liga Juara-Juara musim hadapan, taktik yang digunapakai Mourinho sepanjang musim ini sering menerima kritikan dari pelbagai pihak.

Pengkritik turut mendakwa Liverpool dan Tottenham adalah pasukan yang lebih bagus daripada Manchester United dan mereka lebih berhak mengisi posisi ke-2 dalam liga.

Menurut Mourinho, bukan Guardiola berhak menang pengurus terbaik

Ketika bercakap kepada sidang media selepas pasukannya mengutip 3 mata penuh menentang Swansea, Mourinho berkata dakwaan tersebut adalah tidak berasas berdasarkan persembahan konsisten yang dipamerkan anak buahnya sejak kebelakangan ini.

“Manchester City tidak buat penting buat saya ketika ini. Apa yang penting buat saya sejak Manchester United meninggalkan kedudukan pertama dalam liga adalah kami menghuni tangga ke-2 untuk sepanjang musim selepas itu.”

“Kami berhak mengakhiri musim di tangga ke-2 walau apapun kritikan yang dilontarkan terhadap kami. Anda boleh berkata pasukan di tangga ke-3, 4, 5 atau 6 adalah pasukan yang lebih bagus daripada Manchester United.”

IPengurus ni lebih berhak menang pengurus terbaik daripada Guardiola. Carlos Carvalhal. Datang satu kapal dari Portugal

“Tetapi sebenarnya mereka bukanlah pasukan yang lebih baik daripada kami. Kami mempunyai lebih banyak mata daripada mereka.”

Pep Guardiola berpeluang untuk merangkul trofi Liga Perdana Inggeris pertamanya hujung minggu ini sekiranya Manchester City mencatatkan kemenangan ke atas United. Guardiola juga dijangka akan membolot anugerah pengurus terbaik tahunan yang bakal diumumkan tidak lama lagi.

Walaubagaimanapun, Mourinho yang terkenal dengan permusuhannya dengan Guardiola berkata pengurus Swansea, Carlos Carvalhal juga patut dipertimbangkan untuk memenangi anugerah tersebut sekiranya beliau berjaya membimbing Swansea kekal dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Untuk rekod, kekalahan Swansea ditangan United merupakan kekalahan ke-2 mereka sejak Carvalhal mengambil alih pasukan pada Januari lalu.

“Pengurus ini [Carlos Carvalhal] akan membawa Swansea kekal dalam Liga Perdana Inggeris musim ini. Apabila beliau berjaya melakukannya, Carvalhal sepatutnya dinamakan sebagai pengurus terbaik musim ini. Beliau akan menyelamatkan Swansea dari tersingkir.”

BACA:  Premier League 2022/23: Manchester United 3-1 Arsenal