Casemiro Dan Fred Ajar Reading Cara Membaca Dengan Betul, Kad Merah Buat Andy Caroll 1.0

Manchester United melayan kunjungan Reading di Old Trafford bagi perlawanan pusingan keempat Piala FA dengan misi mahu terus kekal menjadi satu-satunya pasukan yang masih bermain di semua kejohanan domestik.

Harry Maguire kembali bermain bergandingan dengan Victor Lindelof dan Aaron Wan Bissaka di kanan telah mengembalikan kenangan kehebatan luar biasa di zaman silam.

Jentera serangan Reading dikuasakan oleh Andy Carrol original dan bekas pemain Manchester United, Paul Ince selaku pengurus telah menurunkan anaknya sendiri, Tom Ince di sayap kiri.

Di atas kertas Reading yang bermain di Liga Kejuaraan dan pasukan kedua paling banyak bolos di sana boleh menjadi santapan mudah Manchester United.

Sepakan percuma Marcus Rashford cantik namun tepat kepada penjaga gol Reading, Joe Lumley yang menepis dan bola muntah pantas dirembat Cristian Eriksen namun berjaya dihadang.

Antony memotong ke tengah selepas menerima kembali bola dari Aaron Wan Bissaka lalu melorongkan bola kepada Bruno Fernandes yang membuat percubaan tersasar.

Selepas 30 minit permainan Manchester United mencatatkan 11 percubaan namun hanya satu saja percubaan tepat berjaya dilakukan dan Reading tidak sebarang percubaan.

Dengan belasan percubaan yang gagal, Marcus Rashford akhirnya berjaya membuka tirai jaringan melalui satu sundulan selepas menerima umpanan Wout Weghorst, penjaga gol Reading Joe Lumley seperti berjaya menangkap bola.

Namun teknologi garisan gol mengesahkan bola melepasi garisan sepenuhnya dan Joe Lumley telah menangkap bola itu di dalam gawang.

Video Assistant Referee (VAR) segera campur tangan untuk meneliti gol itu bersih atau tidak lalu didapati Wout Weghost telah pun ofsaid ketika menerima hantaran Casemiro.

Reading datang di penghujung separuh masa pertama dan hampir saja mendahului selepas aksi kelam kabut pertahanan Manchester United namun gagal dimanfaatkan.

Deretan peluang gagal disudahkan oleh Manchester United selepas melakukan 15 percubaan untuk tempoh 45 minit pertama dan hanya dua sahaja menemui sasaran.

Bersambung perlawanan, Reading tampak mula menyerang dan Andy Caroll memberi amaran awal dengan satu percubaan jarak jauh.

Pada minit ke-55 Casemiro mencetak nama selaku penjaring dengan sungkitan penuh berseni selepas menyudahkan lorongan cantik dari rakan senegaranya Antony.

Tiga minit kemudian Casemiro menggandakan kedudukan dengan satu rembatan jarak jauh yang terus menerjah ke bucu gawang yang muncul disentuh sedikit kepada Tom McIntyre.

Andy Carrol dilayangkan kad merah selepas mengutip kad kuning kedua apabila melakukan terjahan lambat ke atas Casemiro.

Pada minit ke-67 Fred yang masuk menggantikan Cristian Eriksen menjaringkang gol ketiga dengan satu flick jahat selepas menerima hantaran Bruno Fernandes.

Amadou Mbengue hanya memerlukan tiga minit di padang selepas masuk mengggantikan Junior Hoilett untuk mengurangkan defisit dengan tandukan bebas tanpa dikawal dari sepakan penjuru Tom Ince.

Berbaki 15 minit permainan perlawanan kurang rancak apabila Erik Ten Hag memasukkan pemain muda dan Reading barulah boleh bernafas dan bermain bola.

Manchester United mara ke pusingan kelima Piala FA.

Kesebelasan Utama Man United: Man United: David De Gea; Tryrell Malacia, Victor Lindelof, Harry Maguire, Aaron Wan-Bissaka; Casemiro, Cristian Eriksen, Bruno Fernandes; Marcus Rashford, Wout Weghorst, Antony.

Pemain Simpanan: Heaton, Martinez, Varane, Williams, Fred, Mainoo, Pellistri, Elanga, Garnacho

Kesebelasan Utama Reading: Lumley, Hoilett, Baba, Yiadom (C), McIntyre, Holmes, Hendrick, Loum, Ince, Joao, Carroll.

Pemain Simpanan: Bouzanis, Guinnes-Walker, Mbengue, Dann, Craig, Fornah, Azeez, Long, Meite

BACA:  Mourinho Dakwa Liverpool Tertekan Untuk Memenangi Liga Perdana Inggeris Selepas Berbelanja Besar