Bekas pemain Liverpool, Michael Ngoo telah membuka cerita mengenai kemurungan yang beliau deritao selepas mengalami kecederaan ekoran terjahan daripada Virgil van Dijk suatu ketika dahulu.
Michael Ngoo memulakan karier remajanya bersama Southend United, kemudian disambar Liverpool di usia 16 tahun dengan yuran perpindahan £250,000 pada tahun 2009.
Pada musim 2010/11 Michael Ngoo beraksi bersama skuad bawhah 18 tahun Liverpool dengan menjaringkan 15 gol dalam 21 penampilan.
Michael Ngoo kan Virgil van Dijk eindelijk vergeven voor tackle tijdens Celtic – Kilmarnock in oktober 2014: ‘Hij heeft mijn carrière verwoest met die tackle, maar ik ben altijd blijven geloven dat het weer goed zou komen’ https://t.co/yH2abRwwvi pic.twitter.com/lSkGKEZG3Q
— AD.nl/sportwereld (@ADSportwereld) March 27, 2021
Michael Ngoo terus mengukuhkan reputasi selaku penyerang pada musim seterusnya dengan menjadi penjaring terbanyak pasukan simpanan.
Bermula tahun 2013, Ngoo gagal mendapatkan tempat bersama skuad senior dan dipinjamkan ke Heart of Midlothian, Yeovil Town dan Walsall sebelum menyertai Kilmarnock pada musim 2014/15.
Hanya enam penampilan sahaja Michael Ngoo membuat penampilan bersama Kilmarnock selepas meninggalkan Liverpool dengan kontrak selama dua tahun.
Karier Musnah Angkara Van Dijk
Perlawanan menentang Celtic di Parkhead menjadi mimpi ngeri dalam karier Michael Ngoo sehingga membawa kemurungan sehingga ke hari ini.
Pertembungan dengan Virgil Van Dijk menyaksikan Michael Ngoo telah diterjah keras dan Michael Ngoo terpaksa berehat dua tahun untuk kembali pulih.
Terjahan pemain pertahanan terbaik dunia itu telah menghantar Ngoo ke bilik pembedahan sebanyak dua kali di mana tulang buku lali beliau terpaksa diikat dengan skru.
Ex-Liverpool star bravely opens up on battle with depression after injury from Virgil van Dijk tackle left him out of action for two yearshttps://t.co/JKXoz9crxZ pic.twitter.com/4SHBTibl85
— Mirror Football (@MirrorFootball) March 27, 2021
Kemurungan dan tekanan jelas masih dialami Michael Ngoo bukan setakat fizikal malahan secara dalaman mendedahkan perkara itu kepada Planet Football.
“Aku bukan hanya cedera secara fizikal, aku juga secara psikologi koyak teruk.”
“Sebelum aku jalani pembedahan pertama, doktor pakar berkata dan menjelaskan jika proses pemulihan aku tidak berjalan seperti dirancang maka aku tidak akan dapat bermain bola secara profesional sekali.”
“Aku melalui masa suka, aku bawak kereta buka muzik dan pergi merayau tanpa arah tujuan dan kemudian balik ke rumah.”
Virgil van Dijk has been forgiven by Michael Ngoo after the Dutchman's tackle required him to have two surgeries#LFC https://t.co/718you1imm
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) March 27, 2021
Pada ketika itu Michael Ngoo sangat takut dan tertekan akan kemungkinan beliau tidak akan boleh bermain bola kembali.
“Aku sangat tertekan dan dan berfikir apa aku nak buat kerana aku fikir aku tidak akan dapat menendang bola lagi.”
Kembali Beraksi dan Marah dengan Van Dijk
Micahel Ngoo akhir berjaya melalui proses pemulihan walaupun dirundung tekanan dan kemurungan serta kembali beraksi untuk meneruskan karier beliau.
Pada tahun 2016, Michael Ngoo beraksi bersama Bromley kelab non-league dan setahu kemudian kembali ke football league bersama Oldham Athletic untuk satu tempoh yang singkat.
Tahun 2017, Michael Ngoo menyertai kelab Albania, Tirana dan berjaya membawa kelab itu naik ke Albanian Premier League dengan 11 gol pada musim pertama.
be honest you didn’t expect to see Michael Ngoo here pic.twitter.com/AEDwDSmT8A
— 𝗮𝗮𝗿𝗼𝗻💫 (@ftbllaaron) March 27, 2021
Kini Michael Ngoo yang berusia 28 tahun anak kelahiran London beraksi bersama kelab Cyprus, Enosis Neon Paralimni.
Michael Ngoo pada tahun 2014 pernah meluahkan bahawa kemarahan kepada Virgil Van Dijk yang menghancurkan karier bola sepak beliau dengan satu terjahan yang sengaja dilakukan.
“Aku terus memberitahu fisio bahawa Van Dijk mahu mencederakan aku.”
“Sebelum terjahan itu, kami telah bertengkan. Kemudian van Dijk datang dari belakang. Aku rasa itu dilakukan dengan sengaja.
Former Liverpool starlet has forgiven Virgil van Dijk for tackle that nearly ended career – Liverpool Echo: Virgil van Dijk has been forgiven by Michael Ngoo after the Dutchman's tackle required him to have two surgeries https://t.co/9BzBtIYYPQ #malysia #guesposts #malysianews pic.twitter.com/WqxuwuQ2XX
— @globalfirstnews (@globalfirstnews) March 28, 2021
Kemudian Michael Ngoo menjelaskan bahawa beliau telah memaafkan kejahatan yang sengaja dilakukan oleh Van Dijk.
“Van Dijk telah memohon maaf melalui kawan aku, John Guidetti yang telah menjadi pemain pinjaman Celtic pada masa itu.
“Kerosakan telah berlaku dan aku tidak mahu menyimpan dendam.”
Micahel Ngoo merupakan pemain England bawah 19 tahun dan menyertai skiad Piala Dunia U-20 England pada 2011 di Colombia dan sempat tiga penampilan di kejohanan itu.
Itulah kisah, Michael Ngoo yang mungkin permulaan karier bola sepak yang agak berpotensi namun terjahan Virgil van Dijk telah memberi kesan kepada karier pemain berusia 28 tahun itu.
Selepas merosakkan masa depan pemain lain, Van Dijk kini menikmati hidup sebagai pemain bintang bertaraf dunia.