Bekas pemain penyerang Manchester United, Mame Biram Diouf telah menjadi wira dipenentuan sepakan penalti selepas menjadi penjaga gol bidan terjun disaingan Turkish Cup.
Mame Biram Diouf kini beraksi bersama kelab Turki Hatayspor sejak tahun 2020 yang bermain di liga teratas Turki iaitu Super Lig.
Pemain penyerang Senegal itu tiada pilihan lain dan terpaksa melawan arus menjadi penjaga gol selepas penjaga gol pertama dan juga kedua telah dilayangkan kad merah.
Kejadian tidak diingini ini terjadi di pusingan keempat dalam saingan Turkish Cup ketika Hatayspor bertemu lawannya Eyupspor di masa tambahan.
Remember Mame Biram Diouf?
Last night for Hatayspor, he had to go in goal for penalties after first the starting and then sub goalkeeper were sent off.
Miraculously, he took the first penalty, scored it, and Hatayspor went on to win the shoutout 6-5 🧤 pic.twitter.com/V9t4cEna3w
— These Football Times (@thesefootytimes) December 2, 2021
Abdullah Yigiter telah dilayangkan kad merah dipenghujung perlawanan dan Yavuz Bugra Boyar masuk sebagai pemain gantian.
Namun Yavuz Bugra Boyar juga mengutip kad merah pada minit ke-121 dan kemudiannya perlawanan dibawa ke penentuan sepakan penalti.
Pertukaran sudah habis dilakukan, Hatayspor tiada pilihan lalu membuat keputusan memilih Mame Biram Diouf sebagai penjaga gol bidan terjun.
Mungkin dalam banyak-banyak pemain berada dipadang itu, Mame Biram Diouf paling berbakat dan berkemampuan untuk menjadi penjaga gol.
📺Atakaş Hatayspor – Eyüpspor (penaltılar)
😮Gecenin kahramanı iki kez kaleye geçen ve penaltılarda da kaleyi koruyan Mame Diouf oldu!
Mame Diouf ayrıca penaltı vuruşlarında 1 penaltı da attı!
😀Hem kaleci hem oyuncu! pic.twitter.com/6s4ekc1Qr9— A Spor (@aspor) December 1, 2021
Mame Biram Diouf tiada masalah untuk menjaringkan gol untuk Hatayspor selaku penendang pertama sepakan penalti dengan tendangan yang penuh ketenangan.
Tiada satu pun penalti yang berjaya diselamatkan Mame Biram Diouf namun Hatayspor berjaya menyingkirkan Eyupspor dengan kemenangan 6-5 dan mara ke pusingan seterusnya.
Bekas penyerang Manchester United itu tetap menjadi wira selepas pemain Eyupspor gagal menyempurnakan sepakan penalti pertama dan juga yang terakhir.
Hatayspor mencipta kebangkitan sensasi dan dramatik dalam perlawanan ini selepas Enes Keskin meletakkan Eyupspor dihadapan pada minit ke-19.
Atakaş Hatayspor 0⃣-1⃣ Eyüpspor
⚽️ 18' Enes Keskin pic.twitter.com/oUG5q9PThX— A Spor (@aspor) December 1, 2021
Namun pemain pertahanan, Fatih Kurucuk kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-74 dan kedudukan ini kekal hingga tamat perlawanan dan dibawa ke masa tambahan.
Kehilangan dua penjaga dan beraksi 10 orang sepanjang masa tambahan dan menjadi 9 dipenghujung perlawanan, Hatayspor bertahan ke penentuan sepakan penalti dan menang.
Atakaş Hatayspor 1-1 Eyüpspor
⚽️74' Fatih Kuruçuk pic.twitter.com/U3oYL8ie9M
— A Spor (@aspor) December 1, 2021
94' Atakaş Hatayspor kalecisi Abdullah Yiğiter kırmızı kart gördü! 🔴
Beş oyuncu değişikliği hakkı dolduğu için Hatayspor'da kaleye bir oyuncu geçecek. pic.twitter.com/GsfVz2GC5n— A Spor (@aspor) December 1, 2021
Mame Biram Diouf dijulang menjadi wira dengan jaringan sepakan pembukaan walaupun tidak menyelamatkan satu pun sepakan penalti Eyupspor.
Pemain penyerang berusia 33 tahun itu telah mempamerkan prestasi yang memberangsangkan di liga Turki selepas menjaringkan 6 gol dalam 14 penampilan untuk semua kejohanan bersama Hatayspor musim ini.
🎙️ Mame Diouf: "Gençliğimde de kaleye geçerdim. Çünkü gençken bazen çılgınca şeyler denersiniz. Ben de mahallede arkadaşlarımla bunu deniyordum. Arkadaşlarımın bana ne zaman ihtiyacı olursa ben elimden gelenin en iyisini yapmaya çalışıyorum." pic.twitter.com/F31mRnpPIU
— A Spor (@aspor) December 2, 2021
Jadi peminat Manchester United semua, adakah anda kenal siapa Mame Biram Diouf? Kalau tak kenal boleh sambung bacaan anda.
Mame Biram Diouf dilahirkan pada 16 Disember 1987 di Dakar Senegal. Diouf memulakan kerjaya sebagai pemain bola sepak profesianal bersama Diaraf.
Lantaran kehebatannya pada tahun 2007 Diouf telah berpindah ke Molde. Pada musim pertamanya di Molde, Diouf memenangi Divisyen Pertama Norway dan membawa Molde naik ke liga teratas Norway.
Persembahan dan prestasinya dalam menjaringkan gol menarik minat beberapa kelab besar dan Diouf akhirnya berpindah ke Manchester United pada 2009 sebelum dipinjamkan kembali ke Molde sehingga Januari 2010.
Mame Biram Diouf. Pencetak gol barusan itu mantan pemain Manchester United. pic.twitter.com/lOB7I2Od5l
— DearSepakBola (@dearsepakbola) August 30, 2014
Diouf menjaringkan gol pada penampilan pertamanya di tempat sendiri untuk United dan memenangi Piala Liga sebagai pemain gantian yang tidak digunakan di final 2010.
Tidak mendapat tempat di Old Trafford Diouf menyertai Hannover pada Januari 2012, di mana dia menjaringkan 35 gol dalam 71 penampilan, sebelum berpindah ke Stoke City secara percuma pada 2014.
Diouf menghabiskan enam musim dengan Stoke menjaringkan 25 gol dalam 157 penampilan sebelum mengangkat kaki pada musim panas 2020 dan menyertai Hatayspor.
Diouf membuat penampilan sulungnya bersama Senegal pada 2009 dalam kemenangan persahabatan 2–1 ke atas DR Congo; beliau telah mewakili negara pada Piala Negara-Negara Afrika 2015 dan 2017 serta Piala Dunia FIFA 2018.