Bert van Marwijk Tuduh Manchester United Abaikan Van De Beek

Bekas pengurus Belanda, Bert van Marwijk telah membuat satu dakwaan dengan menuduh pemain Machester United telah mengabaikan Donny Van De Beek.

Bert van Marwijk telah memuji pemain yang juga berasal dari Belanda Donny Van De Beek sebagai seorang pemain bola sepak yang bagus.

Pemain berusia 23 tahun itu merupakan ubi berkualiti tinggi, gred premium dari baka bermutu hasil tuaian daripada sistem penanaman pemain muda Ajax Armsterdam.

Donny Van De Beek dilaporkan telah menyertai Manchester United dengan nilai perpindahan bernilai €40 juta daripada Ajax Armsterdam.

Pemain tengah Belanda itu telah dilamar oleh Manchester United dengan ikatan kontrak selama 5 tahun dengan pilihan untuk sambungan kontrak di tahun mendatang.

Namun Van De Beek bergelut untuk merebut tempat dalam skuad utama pada awal ketibaannya dan kini semakin sengsara walaupun sekadar mahu mendapatkan minit permainan.

Sebelum ini, Ole Gunnar Solskjaer sudah pun dikecam kerana layanan beliau ke atas Van de Beek yang jarang diberi peluang beraksi.

Dengan situasi masih sama dan tidak berubah maka Bert van Marwijk telah meluahkan ketidakpuasan hatinya di dalam kolum beliau bersama De Telegraaf.

“Aku rasa Donny van de Beek merupakan seoranga pemain bola sepak yang bagus.”

“Beliau mempunyai teknik yang berfungsi dan walaupun usianya masih muda beliau mempunyai wawasan atau insight untuk membuat pilihan yang tepat.”

“Beliau juga mempunyai kemampuan berlari yang hebat, jadi aku faham la kenapa Manchester United membayar £35 juta. Namun dia hanya mendapat masa bermain yang sedikit.”

Bert van Marwijk juga tidak berpuas hati apabila Van de Beek sekadar memanaskan bangku simpanan ketika menentang Chelsea.

“Pada ahad, beliau sekali lagi di bangku simpanan untuk tempoh 90 minit dalam perlawanan penting menentang Chelsea.”

“Bagaimana ini boleh terjadi? Van De Beek bukan tiba-tiba jadi pemain bola sepak yang teruk atau seseorang yang tidak mampu menangani tahap tersebut.”

“Aku rasa ini bukan disebabkan oleh kualiti tetapi ada benda lain yang terlibat dalam persekitaran yang berbeza.”

Bert van Marwijk berpendapat posisi Van de Beek tiada di Manchester United sebagaimana wujud di Ajax.

“Bermain diposisi yang sama menjadikan beliau sangat kuat di Ajax namun tidak wujud di Manchester United.”

“Di sana, ruang yang dicari antara pemain tengah dan pemain pertahanan pasukan lawan hilang atau diabaikan rakan sepasukan. Lariannya yang tepat tidak mampu dilihat rakan disana. Inilah masalahnya.”

“Dia pemain yang bagus tapi pada masa yang sama dia bergantung pada rakan sepasukan dan itu akan menghidupkan permainan.”

“Untuk berjaya dan bertahan di perantauan ada benda lain yang diperlukan. Kau perlu mempunyai atau mencipta kualiti yang lain.”

“Jika rakan sepasukan abaikan kau dan permainan dimainkan tidak kena dengan tekak kau, maka kau perlu cari jalan lain.”

“Pemain yang baik dalam pasukan perlu lebih memikirkan tentang dirinya dan perlu mempunyai kualiti teknikal dan taktikal untuk memberi kelainan.”

Nampak gayanya Bert van Marwijk mahukan pemain Manchester United bermain mengikut cara Van De Beek dan memberi bantuan secukupnya untuk Van de Beek mempamerkan potensi sebenar.

Mungkin Bert van Marwijk lupa bahawa wujudnya Bruno Fernandes yang menjadi harapan Manchester United sejak setahun yang lalu.

Untuk Van de Beek terus bertahan mungkin Van De Beek perlu mengikut cara permainan rakan pasukannya atau mencari jalan lain dengan berpindah.

BACA:  Reaksi Donny Van De Beek Di Bangku Simpanan Menjelaskan Betapa Teruk Permainan Setan Merah