Reaksi Donny Van De Beek Di Bangku Simpanan Menjelaskan Betapa Teruk Permainan Setan Merah

Reaksi pemain baru Manchester United, Donny Van De Beek di bangku simpanan menjelaskan serta merumuskan betapa teruk, buruk dan sama waktu dengannya permainan Setan Merah selama 70 minit di padang.

Donny Van De Beek telah diperincikan oleh peminat Manchester United tampak ‘estatic’ ketika reaksi wajahnya di tepi padang dirakam oleh kamera ketika perlawanan berlangsung.

Estatic ini menurut carian google adalah “Merasakan atau menyatakan kebahagiaan atau kegembiraan yang luar biasa.” Bahagia la sangat kan?

Video rakaman reaksi Van De Beek berdurasi 12 saat ini menampakkan reaksi tidak selesa beliau melihat apa yang belum terjadi dan bakal terjadi di padang.

Ini kerana video ini adalah sebelum sepak mula permainan di mulakan namun reaksi ini menjadi gambaran sebenar apa bakal terjadi dalam perlawanan ini.

Mata melilau, berkerut dahi, kejap pandang ke kiri kejap ke kanan sambil menggenggam tangan sendiri dan menghentak-hentak kaki ke lantai.

Video ini telah dijadikan penanda aras permainan Setan Merah selama 70 minit sebelum Van De Beek masuk.

Donny van de Beek seolah-olah tidak selesa kenapa la beliau tidak diturunkan dalam kesebelasan utama dan merasakan dapat memberi sumbangan.

Pemain muda daripada Ajax itu diturunkan Ole Gunnar Solskjaer pada minit ke-67 masuk menggantikan Paul Pogba dan Van De Beek mungkin satu-satu benda positif dalam kekalahan Setan Merah ini.

Pada minit-minit awal di padang Van De Beek kurang menerima bola dari rakan yang semacam tidak percaya dengan kebolehan beliau atau tiada kimia serta belum serasi.

Hanya tujuh minit diperlukan untuk berada di padang, Van De Beek menjaringkan gol pertamanya bersama Setan Merah dalam debut di Premier League.

Selepas menjaringkan gol barulah Van De Beek mula mendapat bola dan mengubah sedikit permainan Setan Merah dengan permainan satu sentuhan dan pantas melepaskan bola.

Namun semuanya sudah terlambat apabila Wilfred Zaha menamatkan sisa perjuangan Setan Merah lebih awal dengan gol ketiga.

Donny Van De Beek menjadi pemain ke-20 Setan Merah menjaringkan gol di Premier League dalam perlawanan pertama dan pemain ke-10 melakukannya dari bangku simpanan.

Donny Van De Beek mampu meberikan sesuatu.

Mungkin masih terlalu awal untuk menilai Van De Beek dengan tempoh permainan lebih kurang 25 minit namun kemampuan menjaringkan gol dalam debut masuk sebagai pemain gantian dan mula menunjukkan kualiti luar biasa dirinya.

Nyata permainan berubah dengan kemasukan Van De Beek dan beliau tahu bagaimana untuk bermain menentang pasukan yang padat seperti Crystal Palace apabila 10 lagi rakan sepasukannya sudah pening.

Berdasarkan video ini ada yang bergurau menyatakan bahawa budak baru Setan Merah ini memikir adakah benar keputusan yang dibuat dalam hidupnya kini.

Pemain tengah Belanda berusia 23 tahun ini pada bulan Januari lalu kuat dikaitkan dengan Real Madrid sebelum dirembat Manchester United dengan bayaran £35 juta.

Perjalanan Karier Donny Van De Beek

Donny Van De Beek merupakan ubi muda berusia 23 tahun ini telah membuat debut senior bersama Ajax pada 2015 di usia 17 tahun dan mempunyai pengalaman bermain di kejohanan Eropah.

Van De Beek telah memainkan peranan besar membawa Ajax ke separuh akhir Champions League pada musim 2019/20 dan bermain menentang Setan Merah di perlawanan akhir Europa League 2017.

Pemain antarabangsa Belanda ini telah menjaringkan 10 gol dan 11 assist dalam 37 perlawanan terakhir di Eredivisi sebelum menutup tirai.

Usai pengumuman rasmi dibuat, Donny Van De Beek telah diberikan jersi bernombor 34 dan jersi Van De Beek boleh terus dibeli secara atas talian di laman sesawang Setan Merah.

Donny Van De Beek dilaporkan menyertai Manchester United dengan nilai perpindahan bernilai €40 juta.

Van De Beek turut dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona, namun kerana tiada tawaran yang dilakukan oleh gergasi Catalan itu, Setan merah masih mendahului perebutan untuk mendapatkan khidmatnya.

Secara keseluruhan Donny Van De Beek telah merekodkan 159 penampilan bersama Ajax dengan 40 gol dan 43 assist serta memegang 10 cap bersama Belanda.

Bersama Ajax, Van De Beek telah memenangi Eredivisi pada musim 2018/19, KNVB Cup 2018/19 dan Johan Cryuff Shield bagi tahun 2019.

Nama: Donny Van De Beek

Tarikh Lahir: 18 April 1997

Asal: Belanda

Posisi: Midfielder

Caps: 10

BACA:  Rasmi: Donny Van De Beek Sah Milik Manchester United