Salah seorang bintang Premier League yang sudah berkahwin telah ditangkap oleh pihak polis kerana disyaki terlibat dengan kesalahan gangguan seksual terhadap kanak-kanak.
Pemain tersebut dikatakan berusia 31 tahun dan telah digantung oleh pihak kelab sepanjang tempoh disiasat oleh pihak polis.
Beliau telah ditangkap pada Jumaat lalu oleh pihak polis Manchester sebelum dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditangkap di kediaman beliau.
BREAKING: Premier League footballer arrested over alleged child sex offences https://t.co/0t8xbMWynD pic.twitter.com/AcTdRZJmzV
— Mirror Football (@MirrorFootball) July 19, 2021
Pihak polis Manchester telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa:
“Pegawai kami telah menangkap seorang lelaki berusia 31 tahun pada Jumaat, 16 Julai kerana disyaki terlibat dalam kes gangguan seksual terhadap kanak-kanak.”
“Dia dibebaskan oleh jaminan polis sementara menunggu siasatan lebih lanjut.”
Wakil jurucakap dari kelab telah menyatakan bahawa:
“Kami mahu sahkan yang kami telah menggantung salah seorang pemain dari skuad utama ekoran dari beliau kini di bawah penyiasatan pihak polis.”
“Pihak kelab akan terus memberi sokongan kepada pihak berwajib dengan membantu segala apa yang kami mampu dan kami juga tidak akan membuat sebarang kenyataan lagi pada ketika ini.”
Very serious. His club have confirmed they have suspended him until further investigations. https://t.co/BAoxHVi5ft
— Osman 🎗 (@OsmanZtheGooner) July 19, 2021
Menurut laporan dari Global247, pemain yang dimaksudkan oleh berita tersebut adalah bintang utama Everton, Sigurdsson.
Laporan sama turut menjelaskan yang pihak polis sendiri sudah mengesahkan yang pemain tersebut adalah Sigurdsson dan pihak kelab sudah menggantungnya.
Everton sendiri turut sudah mengesahkan kepada Global247news yang mereka telah menggantung Sigurdsson sehingga penyiasatan selesai dijalankan.
Pendedahan tersebut dibuat selepas isteri kepada pemain menafikan dakwaan tersebut lalu menutup akaun media sosial miliknya.
Bahkan, penyampai bola sepak, Adam Brown sendiri berdiri teguh dengan pendirian beliau yang menyatakan bahawa Sigurdsson adalah pemain yang ditangkap oleh pihak polis itu.
Really hope this isn’t Gylfi Sigurðsson like everyone is saying 😔😔 #efc https://t.co/9TQKM5ZHbo
— Cam Melling (@RomseyCam) July 19, 2021
Brown yang menjadi wakil kepada Football with Brownie di YouTube telah memberitahu Global247news bahawa:
“Sudah tentu dia adalah orangnya, kesemua kenalan saya di Merseyside telah mengesahkan hal tersebut sepanjang hari ini.”
A 31 yr old football player has been arrested on suspicion of child sex offence. Although his name cannot be declared due to legal reason some news outlet have revealed it to be Everton's Sigurdsson. Considering the club's latest statement this doesn't look like a coincidence. pic.twitter.com/9dOdda7FXk
— Alexi Vishesh (@visheshpraani) July 20, 2021
Brown yang tinggal di Marbella turut menyatakan yang:
“Saya boleh sahkan semua kawan saya dari kedua-dua di Sepanyol dan di Everton football club sendiri telah mengesahkan yang bintang Iceland, Sigurdsson telah ditangkap.”
Gylfi Sigurdsson telah ditandatangani oleh Everton pada musim panas 2017 dari Swansea dengan yuran perpindahan bernilai €49.4 juta.
Beliau merupakan pemain terpenting skuad Everton dan juga nadi utama dalam membantu jentera serangan The Toffees.
Sigurdsson jelas mempunyai kelebihan yang mengagumkan dalam situasi bola mati dengan beliau dianggap sebagai Safiq Rahim Everton.
Berita ini merupakan berita panas yang masih banyak perkara serta permasalahan yang belum terungkap dan akan dileraikan selepas laporan penuh didedahkan kepada umum.
Walau bagaimanapun, masih belum benar-benar boleh dipastikan bahawa individu yang dimaksudkan adalah Sigurdsson kerana setakat ini hanya Global247news sahaja yang melaporkan hal tersebut.
BREAKING: A Premier League footballer has been arrested over alleged child sex offences.
The player arrested is thought to be Gylfi Sigurdsson.
😳😳😳 pic.twitter.com/4Vjxebs2Qt
— DCFC_Banter_Page (@PageDcfc) July 19, 2021
Selain dari itu, fakta-fakta seperti Everton mahu menandatangani Andros Townsend mengukuhkan lagi fakta yang menyatakan Sigurdsson merupakan pesalah yang dimaksudkan.
Sigurdsson dikatakan mengganggu wanita di bawah umur dengan menghantar mesej berbaur gangguan seksual dan hal itu juga masih belum boleh disahkan lagi.
Wakil The Sukan di UK sedang membuat penyiasatan lebih lanjut tentang hal ini dan seandainya ada perkembangan terbaru, kami akan sampaikan kepada peminat di Malaysia selepas ini.
Sumber: SPORTbible