Salah seorang penyokong Liverpool berjaya menangkap bola sepakan penalti dari penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga dan beliau turut membawa bola tersebut pulang ke rumahnya.
Kepa masuk menggantikan Edouard Mendy dengan beliau dimasukkan khas untuk berdepan aksi penentuan sepakan penalti bertemu Liverpool di Wembley kemarin.
Kedua-dua Chelsea dan Liverpool telah mempamerkan aksi yang sangat menghiburkan sepanjang 120 minit perlawanan, namun tiada sebarang gol yang berjaya dihasilkan.
Watch the ball go flying into the crowd from Kepa's penalty 😂 pic.twitter.com/K9YsF9Z3w4
— ryan – 🙏🏼🇺🇦 (@6Thiagoat) February 28, 2022
Punca utama mengapa tiada gol yang berjaya dihasilkan adalah kerana kecemerlangan kedua-dua penjaga gol, Kelleher dan Mendy.
Walau Mendy beraksi sangat cemerlang, namun Thomas Tuchel lebih mempercayai Kepa Arrizabalaga untuk beraksi dalam aksi penentuan sepakan penalti.
Malang untuk penjaga gol dari Sepanyol itu, beliau yang diharapkan akan menjadi wira kelab, akhirnya terpaksa akur menjadi punca kekalahan 11-10 Chelsea di tangan Liverpool.
Kepa Arrizabalaga gagal untuk menyelamatkan walau satu dari 11 sepakan penalti yang diambil oleh para pemain Liverpool.
Beliau kemudiannya menjadi pemain ke-11 Chelsea yang tampil untuk mengambil sepakan penalti, namun malang untuknya kerana bola rembatan beliau melambung tinggi melepasi gawang gol.
Kegagalan beliau itu secara tak langsung mengesahkan kemenangan untuk Liverpool muncul Juara saingan Carabao Cup buat kali ke-9 dalam sejarah mereka.
We don finally see the ball kepa play😭 pic.twitter.com/FRMHHjV6Wb
— provii (@provii8) February 27, 2022
Me and the boys have gone out to look for the ball Kepa kicked. pic.twitter.com/jWS5k3XnqV
— Ekirungi(EkiNyc)🌟✨ (@NzeEkirungi) February 27, 2022
Still searching for Kepa's ball 🤦🏾♂️ pic.twitter.com/M42TrmMT5E
— Elon Musk's successor (@ChukwuemekaNo1) February 27, 2022
Don't worry Kepa , we found the ball. pic.twitter.com/3fUOwY9cPg
— m. jad. (@serbianbeast7) February 27, 2022
Seperti kebiasaannya, selepas tamat perlawanan ramai yang bergurau mengejek Kepa dengan ada yang mengatakan bola tersebut dah sampai Pejabat FAM, ada yang kata bola tu masih belum jatuh dan macam-macam lagi.
Walau bagaimanapun, kenyataan yang sebenarnya berlaku adalah bola tersebut berjaya ditangkap oleh salah seorang penyokong Liverpool yang duduk di ‘Row Z’ di Wembley.
A Liverpool fan caught Kepa’s penalty and took the ball home 😭😭 pic.twitter.com/1RzlJ9M0xf
— The72 – We Love the #EFL (@_The72) February 27, 2022
Anak kepada penyokong Liverpool yang berjaya menangkap bola itu telah memuat naik gambar bukti bola tersebut kini berada di rumahnya dengan menulis:
“Hanya ayah yang berjaya menangkap bola sepakan penalti Kepa dan bawa pulang ke rumah.”
Tulis beliau di laman instagram miliknya.
Jelas tertulis pada bola tersebut tarikh hari perlawanan, nama pasukan yang beraksi dan arena perlawanan tersebut dilangsungkan.
Maka dengan itu, sudah jelas dan terbukti yang bola tersebut sememangnya bola dari aksi perlawanan akhir Carabao Cup dan berkemungkinan besar ia bola yang dirembat oleh Kepa Arrizabalaga.
Kepa sememangnya memiliki rekod yang sangat baik ketika berbicara tentang aksi dalam penentuan sepakan penalti.
Beliau sudah beberapa kali menjadi wira Chelsea ketika berdepan sepakan penalti, termasuk ketika membantu The Blues menjuarai saingan Super Cup pada Ogos lalu.
Kelleher even waved goodbye to Kepa’s ball…😂 pic.twitter.com/Gk6F9vAa9L
— 💯Arua'sFavouriteSon🇺🇬 (@BrianAita) February 27, 2022
Ia bukanlah petang yang baik untuk pemain berusia 27 tahun itu dan keputusan Thomas Tuchel memasukkan beliau turut jadi topik perdebatan hangat antara Jamie Carragher dan Jamie Redknapp.
Carragher dan Redknapp berdebat tentang keputusan Thomas Tuchel
Bekas pemain Liverpool yang pernah beraksi bersama Jamie Carragher dan Jamie Redknapp bertekak di studio Sky Sports kerana memperdebatkan keputusan Thomas Tuchel memasukkan Kepa Arrizabalaga.
Kedua-dua legenda Liverpool itu bertekak dan nyaris bertumbuk hanya kerana memperdebatkan keputusan Thomas Tuchel memilih untuk mempercayai Kepa berbanding Mendy untuk berdepan aksi penentuan sepakan penalti.
Pada minit ke-119 permainan dalam aksi perlawanan akhir saingan Carabao Cup, Thomas Tuchel memutuskan untuk mengeluarkan Edouard Mendy dan memasukkan Kepa Arrizabalaga.
Jamie Carragher and Jamie Redknapp in fiery discussion over Thomas Tuchel's Kepa decisionhttps://t.co/jkTvObnHUI pic.twitter.com/rlQf6A6ONq
— Mirror Football (@MirrorFootball) February 28, 2022
Tujuan utama beliau membuat pertukaran tersebut adalah kerana beliau lebih percayakan Kepa untuk menjaga gawal gol Chelsea dalam aksi penentuan sepakan penalti.
Kepa Arrizabalaga merupakan penjaga gol paling banyak menyelamatkan sepakan penalti dalam sejarah Chelsea dan jelas sekali kerana itulah pengurus mempercayai beliau.
Walaupun beliau memiliki rekod yang menakjubkan dalam berdepan sepakan penalti, namun sayangnya pemain berusia 27 tahun itu gagal untuk menyelamatkan walau satu sepakan penalti dari kem Liverpool.
11 pemain dari skuad kendalian Jurgen Klopp itu tampil untuk mengambil sepakan penalti, dan kesemua 11 mereka berjaya menyempurnakan sepakan penalti masing-masing.
10 pemain Chelsea tampil mengambil sepakan penalti sebelum Kepa turut berjaya menyempurnakan sepakan penalti masing-masing berdepan Kelleher.
'I never said that' – Carragher and Redknapp clash on Sky after Liverpool beat Chelsea#LFC https://t.co/MqrH01FnVP
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) February 28, 2022
Malang untuk penjaga gol dari Sepanyol itu, kerana ketika beliau yang tampil mahu menyepak, bola rembatan beliau jauh tersasar, seterusnya mengesahkan kemenangan 11-10 Liverpool menewaskan Chelsea untuk muncul Juara.
Selepas tamat perlawanan tersebut, pudit Sky Sports yang juga merupakan bekas pemain midfield Liverpool, Jamie Redknapp tampil menghentam keputusan Tuchel memasukkan Kepa menggantikan Mendy.
“Aku tak suka, aku rasa semua ni sampah.”
Jelas Redknapp.
“Mendy jelas sekali boleh selamatkan mereka, dia antara penjaga gol terhebat dunia.”
“Aku tak rasa ia berkesan dan ia memang idea sampah. Aku langsung tak suka tingkah laku Kepa, aku rasa ini semua sebab dia terlampau nak jadi pandai untuk kebaikan diri sendiri. Padahal dia menyusahkan.”
“Dia (Mendy) merupakan penjaga gol yang lebih hebat dan tidak ada sebab mengapa mereka tak boleh menang kalau guna Mendy sebagai penjaga gol.”
Things got HEATED between Jamie Carragher and Jamie Redknapp when debating the decision to bring on Kepa for the penalty shoot-out! 😡 pic.twitter.com/jA1yT7Nsd4
— Sky Sports Football (@SkyFootball) February 27, 2022
Jamie Carragher kemudiannya cuba mengingatkan Redknapp semula tentang rekod cemerlang Kepa Arrizabalaga dalam menyelamatkan sepakan penalti.
“Kita tak patut lupa keputusan yang dia buat ketika perlawanan akhir Super Cup.”
Jelas Carragher.
“Kepa dimasukkan dan mereka menang perlawanan itu. Aku rasa Chelsea dah menang dua penentuan sepakan penalti sebelum perlawanan akhir hari ni, dan ini pertandingan merebut Piala.”
“Ada cara tertentu sebalik semua ni dan kamu juga ada sisi psychological untuk semua ni, yang mana kau bawa masuk penjaga gol dari tempat duduk simpanan dan bagaimana ia beri kesan kepada mental pasukan lawan.”
“Itu bukan masalah dia dan aku rasa semua penalti dari semua pemain memang bagus.”
Perdebatan itu berterusan dengan Redknapp kemudiannya menyatakan:
“Dia (Kepa) tak dapat selamatkan penalti, langsung tak dapat.”
🗣 "Sometimes when van Dijk is under pressure he kicks it out, while Silva wouldn't he'd find a solution."
Jimmy Floyd Hasselbaink didn't see eye-to-eye with Jamie Redknapp or Jamie Carragher on this one 👀 pic.twitter.com/Xfq6xScBwe
— Sky Sports Football (@SkyFootball) February 27, 2022
“Sesiapa saja boleh gagal sempurnakan penalti, tapi ia langsung tak masuk akal untuk aku. Dia bukan penjaga gol yang cukup bagus untuk diorang rasa nak bergantung kepada dia.”
Jelas Redknapp lagi.
“Aku tak pernah cakap macam tu.”
Balas Carragher.
“Tak mungkin seorang pengurus akan membuat satu keputusan yang boleh membuatkan peratusan kemenangan dia merosot. Mereka dah berjaya lakukan itu. Siapa yang tahu apa boleh berlaku?”
“Apa aku cuba katakan adalah, Tuchel dah buat keputusan sebelum ni dan mereka menang Super Cup.”
Perdebatan itu sepertinya tiada penghujungnya dengan Redknapp tetap meletakkan sepenuh kesalahan di atas bahu Thomas Tuchel dan menganggap Kepa Arrizabalaga penjaga gol sampah.
Somebody grab the popcorn because Redknapp and Carragher battling it out was TV gold 🍿https://t.co/Qaxvjj24BQ
— GiveMeSport (@GiveMeSport) February 28, 2022
Sementara Jamie Carragher pula beliau percaya nasib tidak menyebelahi Chelsea hari ini dengan keputusan itu sebenarnya merupakan keputusan bijak dari Tuchel.
Sumber: SPORTbible