Berpakaian jubah berwarna warni sekumpulan bomoh Peru cuba mengikat gerakan dan kelincahan Neymar untuk mengekang pemain itu menjelang pertemuan di antara Brazil dan Peru di pusingan kelayakan Piala Dunia esok.
Kumpulan bomoh tradisional itu datangnya dari kawasan hutan, pergunungan dan pedalaman Peru dan menggelar diri mereka ‘Tayta Inti’ (Bapa Matahari).
Mereka berkumpul dan hadir untuk melakukan ritual secara bersama dalam usaha membantu Peru bersaing menentang juara Piala Dunia lima kali, Brazil.
“Kami sudah neutralkan (ancaman) Neymar dengan mengikat kakinya. Kami mengikatnya supaya dia tidak berada di dalam keadaan terbaik, gagal berlari dan bermain dengan baik,” kata salah seorang bomoh yang dikenali sebagai Felix Rondan.
#NSTsports "We have neutralised #Neymar by tying his feet. We tied him up so that he is not in good shape, and doesn't run and play well." – #Shaman https://t.co/DAqPKk6X1k#Peru #WorldCup #Football #Brazil
— New Straits Times (@NST_Online) September 12, 2023
Melalui ritual yang dilakukan bomoh tersebut dilihat meniup cengkerang siput di luar Stadium Nasional di mana perlawanan berlangsung.
Peralatan lain yang digunakan ialah seperti pedang, bendera, dan objek pemujaan selain gambar pemain itu sendiri.
Sebelum itu bomoh-bomoh tersebut turut menggunakan ayuahasca – bahan yang menyebabkan halunisasi – kononnya bertujuan untuk membuka dunia alam roh.
Walter Alarcon yang juga salah seorang bomoh yang hadir berkata ritual tersebut dilakukan untuk menganggu minda Neymar supaya pemain itu gagal menampilkan kebolehan yang dimahukannya – iaitu menjaringka gol.
Alarcon bagaimanapun meramalkan perlawanan akan berakhir dengan keputusan seri kerana perlawanan tersebut terlalu sukar untuk Peru.