Brazil kini berhadapan kemungkinan hukuman penolakan mata untuk pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 selepas insiden kekecohan membabitkan penyokong ketika tewas 1-0 kepada Argentina pada awal minggu ini.
Kekecohan membabitkan penyokong di antara kedua-dua pasikan tercetus di perlawanan yang diadakan di Stadium Maracana, Rio de Janerio menyebabkan sepak mula perlawanan tersebut terpaksa ditangguhkan selama 30 minit.
Pemain kedua-dua pasukan turut cuba menenangkan keadaan, dan penjaga gol Argentina Emiliano Martinez turut mendesak penguatkuasaan perundangan digunakan untuk mengelak pertembungan di antara penyokong pada masa depan.
Kapten pasukan Argentina Lionel Messi mengetuai pemain pimpinannya meninggalkan kawasan permainan ketika keadaan menjadi tidak terkawal.
Brazil 'could face a points DEDUCTION' in World Cup qualifying after Argentina defeat with FIFA 'set to open investigation' into violence at the Maracanã 🇧🇷🚨 https://t.co/GAWN0As016
— Mail Sport (@MailSport) November 23, 2023
Insiden tersebut menyebabkan Persektuan Bolasepak Brazil (CBF) kini berhadapan hukuman daripada FIFA. Artikel 17 badan bola sepak dunia itu jelas berkata: “Pasukan tuan rumah atau persatuan diberikan tanggungjawab untuk menjaga keselamatan di dalam dan luar stadium sebelum, ketika dan selepas perlawanan.”
Ini bermakna Brazil boleh dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku sebagai tuan rumah.
Akhbar Globo di Brazil dalam laporannya berkata FIFA kini bersedia untuk menyiasat CBF berkaitan kejadian tersebut.
Antara hukuman yang boleh dijatuhkan termasuklah di dalam bentuk denda, bermain di dalam stadium tanpa kehadiran penonton ketika aksi di tempat sendiri, diarahkan untuk beraksi di gelanggang neutral, dan malah boleh ditolak mata.
Dan sekiranya penolakan mata dilakukan, maka ia akan membuatkan Brazil bergelut untuk layak ke Piala Dunia 2026 setelah kini turut berada di kedudukan keenam saingan peringkat kumpulan.
Enam pasukan dari terbaik Amerika Selatan akan layak ke Piala Dunia 2026, manakala pasukan di kedudukan ke-7 akan beraksi di play-off.
Actions have consequences.
FIFA President, Gianni Infantino has condemned the chaotic scenes before Brazil's game vs. Argentina.
The record world champions could face severe repercussions.
Click here to read more 👇https://t.co/b64tHDabWm
— Sports Brief (@sportsbriefcom) November 23, 2023
Kebiasaannya Brazil layak secara automatik, dan penolakan mata sudah pasti akan risiko terhadap pasukan yang kaya dengan sejarah Piala Dunia itu.
Dalam perlawanan tersebut, Argentina mengakhiri perlawanan sebagai pemenang hasil gol tunggal perlawanan olrh Nicolas Otamendi.
Juara bertahan Piala Dunia itu kini berada di kedudukan teratas kumpulan hasil lima kemenenangan daripada enam yang sudah dilalui setakat ini.
Selepas perlawanan Messi mengkritik layanan yang diterima oleh penyokong Argentina oleh pihak berkuasa di dalam stadium.
“Kami menuju bilik persalinan kerana ia langkah terbaik untuk menenangkan keadaan. Ia boleh berakhir dengan tragedi.”
Pemenang Ballon d’Or dengan rekod tujuh kali itu kemudiannya menulis di media sosial:
“Kemenangan hebat di Maracana, walaupun ia dibayangi kejadian buruk terhadap penyokong Argentina di Brazil.
“Perkara ini tidak boleh dibenarkan untuk berlaku. Ia amat gila dan ia perlu diakhiri sekarang.”