Cara Permainan Minda Azpilicueta Sebelum Kai Havertz Mengambil Sepakan Penalti Dipuji Peminat Seluruh Dunia

Ketua pasukan Chelsea, Cesar Azpilicueta menunjukkan tahap kebijaksanaannya yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika aksi bertemu Palmeiras awal pagi tadi.

Sebelum Kai Havertz mengambil sepakan penalti, Azpilicueta terlebih dahulu memainkan peranan yang cukup penting dalam bermain permainan minda dengan pasukan lawan.

Havertz berjaya menjaringkan gol yang membantu Chelsea muncul sebagai Juara saingan Champions League dengan menewaskan Manchester City di Porto musim lalu.

Ketika aksi perlawanan akhir FIFA Club World Cup awal pagi tadi, beliau sekali lagi menjadi wira The Blues dengan muncul sebagai penjaring gol kemenangan untuk Chelsea pada minit ke-117 permainan.

Beliau bijak memperdaya penjaga gol Palmeiras, Weverton ketika menyempurnakan sepakan penalti untuk mengesahkan kemenangan 2-1 Chelsea dalam perlawanan tersebut.

Walau bagaimanapun, harus diakui yang permainan minda Azpilicueta sebelum sepakan penalti itu diambil harus diberikan pujian kerana ia jelas sangat berkesan.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu memegang bola dan menunjukkan seolah-olah beliau yang mahu mengambil sepakan penalti tersebut.

Apa yang menariknya dengan tindakan beliau itu?

Beliau sebenarnya menjadikan dirinya sebagai kambing hitam dengan pemain pasukan lawan mula bermain permainan minda dengannya kerana percaya yang beliau akan mengambil sepakan penalti tersebut.

Baik penjaga gol mahupun pemain Palmeiras, kesemua mereka jelas cuba mengganggu tumpuan Azpilicueta dan berharap agar ketua pasukan Chelsea itu akan gagal menyempurnakan sepakan penalti tersebut.

Walau bagaimanapun, ketika semua pemain sudah bersedia, beliau menyerahkan bola kepada Kai Havertz dan membiarkan pemain muda Jerman itu yang menyempurnakan sepakan penalti tersebut.

Havertz jelas sekali sudah menenangkan dirinya sendiri ketika Azpilicueta menjadi kambing hitam, sementara pemain Palmeiras sudah tentu rasa dipermainkan kerana bukan ketua pasukan The Blues itu yang mengambil sepakan penalti tersebut.

“Sebab tu dia layak untuk dianggap sebagai ketua terbaik, dia bagi masa untuk Havertz tenangkan diri sebelum menyerahkan tugas berat itu kepadanya.”

“Saya tak pernah tengok ada ketua pasukan lain yang lakukan hal seperti itu sebelum ini, pemain Palmeiras pasti menyesal kerana mengganggu Azpi sedang Havertz yang sedang bersedia untuk mengambil sepakan penalti tersebut.”

“Ia berkesan, kalau dari awal Havertz yang pegang bola, ada kemungkinan untuk beliau akan terjejas dengan gangguan dari pemain lawan.”

“Pujian sepenuhnya kepada Azpilicueta, dia memang ketua pasukan terbaik. Saya berbangga kita ada ketua pasukan seperti dia.”

Jelas sekali ia merupakan usaha berkelas dunia dari Cesar Azpilicueta yang kini merupakan antara legenda terhebat sepanjang zaman kelab.

Beliau sudah berjaya memenangi segalanya yang boleh dimenangi bersama skuad Chelsea, dan sudah tentu nama beliau akan dikenang sebagai legenda terhebat sepanjang zaman kelab.

Selepas tamat perlawanan, beliau mengesahkan yang beliau sedar apa yang beliau lakukan dan ia memang ada dalam perancangannya.

Havertz sementara itu turut menjelaskan tentang bagaimana beliau rasa sebelum mengambil sepakan penalti yang membantu Chelsea untuk dinobatkan sebagai sang penakluk dunia itu.

“Saya sangat gugup, saya perlu berterus terang. Saya maksudkan ia adalah penalti yang besar, sangat gila. Saya rasa sangat bagus untuk saya dapat tenangkan diri dan saya sangat gembira.”

Jelas pemain kebangsaan Jerman itu selepas tamat perlawanan.

“Saya merupakan pengambil sepakan penalti ketiga. Jorgi dan Rom kedua-dua mereka tak ada, jadi saya seorang sahaja berada di atas padang dan pemain lain berikan kepercayaan kepada saya. Hakim, Azpi, semua orang kata saya boleh lakukan, dan saya betul-betul lakukan.”

“Saya tak tahu apa nak kata, saya maksudkan yang saya memang selalu impikan untuk rasa perasaan sehebat ini. Saya bersyukur semua orang, keluarga saya, kekasih saya, semua orang dan ya terima kasih tak terhingga kepada mereka.”

Azpilicueta dijangka akan meninggalkan Chelsea sebagai pemain bebas ejen selepas kontraknya tamat pada penghujung musim nanti.

Memandangkan beliau sudah berjaya memenangi kesemua Piala yang boleh dimenangi bersama Chelsea, maka tidak hairanlah andai beliau akan dikenang sebagai legenda terhebat sepanjang zaman kelab.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Arsenal Diikat Kelab Bawahan Jerman, Kai Havertz Mengecewakan