Kai Havertz Akan Dijadikan Pemain NO8 Atau NO9?

Apabila Mikel Arteta memuji prestasi Kai Havertz sebagai hebat dalam perlawanan FA Community Shield ianya mungkin kedengaran agak keterlaluan.

Tetapi mungkin Arteta hanya mahu memberi semangat kepada Havertz atau kerana dia mahu menjadikan pemain itu sebagai penyerang-tengah pasukannya.

“Cara dia menekan (press), bagaimana pintarnya dia memahami ruang (space) dan masa (timing),” kata Arteta

“Dia berada dalam kedudukan betul untuk menjaringkan gol tetapi malangnya ia tidak berlaku. Dia sangat fizikal apabila dia perlu melakukannya.”

Pada mulanya Havertz dijangka akan diberikan peranan NO8 untuk menggantikan Granit Xhaka. Sepanjang sesi pramusim Havertz telah menghabiskan sebahagian besar masanya dengan peranan itu.

Kemudian Gabriel Jesus mengalami kecederaan dan pada perlawanan pembukaan menentang Nottingham Forest, Mikel Arteta mula melakukan eksperimennya.

Sejak sebulan lepas Arteta telah menggunakan 5 pemain dalam posisi yang berbeza-beza. Kesemua 3 pemain yang baru dibelinya tergolong dalam kumpulan pemain yang diuji dengan banyak peranan.

Jurrien Timber bermain di sebelah kiri dan kanan bahagian pertahanan. Declan Rice diberi peranan NO6 dan NO8. Havertz digunakan di bahagian tengah dan hadapan.

Menjelang perlawanan FA Community Shield, semua pemerhati menjangkakan Eddie Nketiah atau Leandro Trossard akan bermain di posisi penyerang-tengah.

“Dia (Havertz) telah bermain sebagai pemain-tengah menyerang (attacking midfielder) dalam majoriti kariernya tetapi dia juga boleh bermain di bahagian kanan,”

“Dia boleh bermain sebagai pemain sayap (winger), bergerak ke bahagian untuk menjadi pemain NO9, pemain NO9 palsu (false 9). Jadi kita lihat macam mana nanti,” kata Arteta sebelum pasukannya turun menentang City

Situasi seperti ini pernah berlaku pada musim lepas. Pada ketika itu William Saliba dan Gabriel dengan serta-merta menembusi kesebelasan utama.

Ia telah menjejaskan tempat Benjamin White dan pemain ini dialihkan ke posisi bek-kanan.

Perubahan ini sebenarnya tidak pernah dirancang. Namun White berjaya mengekalkan statusnya walaupun dengan peranan berbeza berbanding sebelumnya.

Arteta akan melakukan perkara itu sekali lagi pada musim ini. Ia tidak menjadi satu masalah kerana dia pernah melakukannya cuma kali ini perubahan itu berlaku di bahagian hadapan.

Arteta mempunyai 5 pemain yang boleh dipilih untuk mengisi tempat penyerang-tengah. Dalam 5 pemain itu, Arteta mempunyai 3 jenis pemain yang mempunyai gaya permainan berbeza.

Jesus dan Trossard agak mirip, pemain yang gemar berkeliaran di seluruh kawasan, menyambung permainan (link play) dengan rakannya dan melakukan penyudah atau hantaran akhir.

Nketiah dan Folarin Balogun pula pemain yang berbeza namun kedua-duanya cenderung untuk kekal di bahagian kawasan penalti dan agak berbahaya apabila berada di dalam kotak.

Kai Havertz pula, dengan ketinggian 6 kaki 4 inci dia mampu menawarkan dirinya sebagai sasaran untuk rakan sepasukannya terutamanya dalam perlawanan seperti FA Community Shield.

Dalam perlawanan itu, Havertz menggunakan kelebihan fizikalnya. Kakinya yang panjang dapat mencuri bola dari John Stone di halfway sebelum dia dikasari dan telah menyumbang satu sepakan percuma.

Beberapa minit kemudian, Havertz menjaga Stones di halfway untuk mendapatkan hantara-panjang dari Aaron Ramsdale dan bermain dia bermain dengan Gabriel Martinelli.

Kadang-kadang dia menjadi free man ketika pasukannya sedang melakukan sepakan gol. Dia juga akan turun ke bahagian-tengah untuk menerima hantaran dari penjaga gol.

Sebaik sahaja Nketiah menggantikan Rice, Havertz beralih ke peranan NO8. Selepas itu, dalam perlawanan menentang Forest Havertz telah diberikan peranan NO8.

Ketika menentang Forest, Havertz tidak lah begitu mengagumkan tetapi dia mempunyai detik-detik menarik untuk dilihat.

Pada babak pertama Havertz bermain di bahagian kiri. Dia menyumbang pergerakan tanpa-bola yang memberi manfaat kepada rakan sepasukannya yang lain.

Timber masuk ke bahagian dalam, Martinelli bergerak ke bahagain sisi dan Havertz memulakan lariannya ke ruang yang ditunjukkan dalam gambar dibawah.

Selepas menerima bola hantaran dari Timber, Martinelli melakukan satu sentuhan untuk meletakkan bola itu ke ruang kosong yang akan dikejar oleh Havertz.

Hantaran lintang-rendah dari Havertz gagal menemui Nketiah tetapi ia menunjukkan potensi Havertz untuk menjadi lebih baik dalam perlawanan seterusnya.

Pada babak kedua Havertz lebih kerap bergerak ke bahagian kanan untuk bermain lebih dekat dengan Martin Odegaard dan Bukayo Saka.

Dari situ, dia menggunakan smart dummy run dari Odegaard untuk mencipta peluang kepada Rice yang berada di tepi kotak. Rembatannya terkena tiang gol lawan.

Rice juga telah diberikan pelbagai peranan di bahagian tengah. Ketika menentang City Rice berperanan sebagai box to box dan bertindak sebagai holding midfielder ketika bertemu Nottingham Forest.

Dengan kepelbagaian ini ia bakal menjadi senjata kepada Arteta, pasukan lawan lebih sukar meramal Arsenal.

“Sebagai jurulatih, memiliki keupayaan itu adalah sesuatu yang anda mahukan,” kata Arteta sebelum dalam sesi pra perlawanan menentang Nottingham Forest.

“Detik-detik kami menukar permainan (menentang Manchester City), kami mengubah formasi kami, membawa beberapa pemain berkualiti masuk dengan kesegaran yang berbeza, limpahan kreativiti dan perkara lain mula berlaku dalam permainan.

“Akhirnya Leo menjaringkan gol, Fabio menjaringkan gol kemenangan dan penyudah seperti itu menjadi cukup penting.”

Fleksibiliti pemain dalam pasukan adalah kunci. Sejak beberapa musim lepas Arsenal lebih menekankan set kemahiran pemain berbanding posisi pemain dalam pembelian pemain baharunya.

Evolusi pasukan ini tidak menghairankan. White dan Trossard sudah melalui proses itu dengan diberi pelbagai peranan.

Ia mungkin menjadi sebab kenapa Arteta begitu merayu kepada semua orang untuk memahami ketibaan Havertz bukanlah semata-mata untuk menjadi pengganti Granit Xhaka.

“Saya tidak mahu dia (Havertz) kekal dengan satu posisi,” tambahnya.

“Saya akan melakukannya dengan pemain lain juga kerana apabila anda melakukannya, pasukan anda lebih sukar diramalkan, anda membuka fikiran mereka kepada perkara lain.

“Apabila anda menerokainya, anda mendapat kejutan yang baik. Anda perlu memahami bila untuk melakukannya dan adakah pemain itu mampu melakukannya.”

Penerokaan itu mungkin memerlukan masa untuk berfungsi dengan betul tetapi ia telah memberikan Arsenal lebih banyak helah kepada banyak pihak.

Sebelum berdepan City, nama Trossard atau Nketiah menjadi perdebatan kuat. Siapa yang akan diturunkan untuk berada di posisi Jesus yang sedang mengalami kecederaan.

Arteta kemudiannya menggunakan Havertz.

Sebelum turun menentang Forest, perdebatan berkisar di antara Havertz atau Trossard.

Arteta menggunakan Nketiah.

Ketiga-tiga pemain ini boleh berhujah mereka paling berhak untuk berada dalam kesebelasan utama ketika menentang Crystal Palace nanti.

Namun apa selepas 2 perlawanan, Havertz belum ditetapkan untuk bermain di posisi mana tetapi dia telah menjanjikan variasi kepada pasukan baharunya.

Sumber asal: Art de Roche

BACA:  Aubameyang Hantar Permohonan Rasmi Untuk Berpindah, Arsenal Dilaporkan Berminat