Gagal Menyerlah Bersama Arsenal, Kai Havertz Kini Bergelar Ejen 007

Perpindahan pemain tengah Jerman Kai Havertz dari Chelsea ke Arsenal adalah antara perpindahan yang paling mendapat perhatian pada jendela perpindahan musim panas yang lalu.

Ada beberapa sebab mengapa perpindahan Havertz dari Stamford Bridge ke Emirates menjadi bualan hangat sejak Jun lalu.

Salah satunya adalah kerana perseteruan di antara Chelsea dan Arsenal yang sering mendakwa diri sebagai Raja Bola Sepak di London.

Dan ini bukan kali pertama perpindahan pemain melibatkan kedua-dua kelab mencetuskan kehangatan.

Sebab kedua pula adalah kerana nilai yang perlu dibayar oleh Arsenal untuk mendapatkan Havertz daripada Chelsea.

Dianggap sebagai pemain yang gagal menyerlah sejak menyertai Chelsea pada 2020 dari Bayer Leverkusen, Arsenal masih yakin dengan potensi pemain berusia 24 tahun itu dan sanggup membayar £65 juta untuk mendapatkan khidmat pemain itu.

Havertz kekal lemau

Perpindahan ke Arsenal pada Jun lalu jelas tidak mengubah nasib Kai Havertz apabila masih gagal menampilkan aksi meyakinkan bersama skuad kendalian Mikel Arteta pada musim ini.

Dan disebabkan itulah Kai Havertz kini bergelar Ejen 007. Tetapi ini bukan bererti pemain ini telah melupakan bola sepak dan menjadi bintang filem James Bond yang sinonim dengan karakter lakonan Pierce Brosnan itu.

Sebaliknya ia merujuk kepada statistik o jaringan, o assist dan 7 perlawanan yang dihasilkan oleh Havertz bersama Arsenal pada ketika ini.

Kai Havertz telah beraksi dalam 7 perlawanan untuk Arsenal pada musim ini (6 Premier League, 1 Champions League). Walaupun memiliki banyak peluang untuk menjaringkan gol atau menghasilkan assist, pemain antarabangsa Jerman ini tetap gagal berbuat demikian.

Itulah sebabnya penyokong Arsenal sendiri kini menyamakan Havertz dengan Ejen 007. Bezanya dengan James Bond yang begitu popular di layar perak, gelaran Ejen 007 terhadap Havertz merujuk kepada kegagalannya setakat ini bersama Arsenal.

Bukan kali pertama
Sebenarnya ini bukan kali pertama istilah Ejen 007 digunakan di dalam bola sepak.

Bekas pengurus Chelsea, Frank Lampard turut pernah digelar Ejen 007 selepas merekodkan 0 kemenangan, 0 seri dari 7 perlawanan untuk Chelsea.

BACA:  "Dah Tu Bila Nak Celebrate?"- Odegaard Ketawakan Kritikan 'Killjoy' Carragher