Bekas pemain pertahanan Liverpool, Jamie Carragher telah menyifatkan bahawa Liverpool hari ini sudah sampai ke penghujungnya dan bukanlah lagi Liverpool yang dunia kenali sebelum ini.
Legenda Liverpool itu menjelaskan mengapa dia berpendapat kelab lamanya bergelut menentang pasukan seperti Brentford. Carragher seterusnya berkata bahawa satu fasa untuk pasukan ini “hampir ke penghujung”.
“Saya tidak akan mengatakan saya sangat yakin (masuk ke dalam perlawanan ini), kerana Liverpool menghadapi masalah sepanjang musim menentang pasukan yang fizikal, apabila permainan mempunyai intensiti mereka tidak dapat mengatasinya,” kata Carragher kepada Sky Sports.
“Ini adalah satu pasukan, jangan lupa, mereka berbangga dengan mengatakan intensiti adalah identiti kami.”
“Mereka tidak dapat mengatasinya lagi pada masa ini. Ia kelihatan seperti pasukan yang semakin tua akan ke penghujungnya, pada masa itu benar-benar musykil pada separuh masa pertama itu.”
The end of this Liverpool side? 🤔 pic.twitter.com/iCqpywUdd6
— ESPN UK (@ESPNUK) January 2, 2023
Jamie Carragher telah meramalkan lebih awal keputusan sebegini dan menganggap dua kemenangan sebelum ini adalah kerana tuah terutamanya ketika menentang Leicester City.
“Keputusan ini sudah dijangka. Dua persembahan terakhir adalah kerana bertuah – keputusan ini akan terjadi setiap 4/5 minggu. Saya tidak fikir ini akan berubah.”
“Situasi ini telah berlaku untuk tempoh 12 bulan sekarang. Gol pertama hanya serangan dari pasukan yang lemah. Ia kelihatan sangat mengerikan.
Jamie Carragher telah menggariskan bahawa Liverpool memerlukan pemain tengah dalam proses transisi mereka dan ketika ini penyerang yang dibawa masuk.
Jamie Carragher:
"Naby Keita isn't for me and isn't good enough." #lfc [sky]
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) January 2, 2023
Liverpool hanya membeli seorang pemain tengah dalam tempoh 4 tahun setengah dan kini ia kembali menghantui mereka.”
“Ini mengingatkan saya kepada Arsene Wenger ketika bersama Arsenal yang tidak lagi menjadi juara apabila menjadi terlalu teknikal.
“Saya tidak tahu jika itu merupakan perkara yang ada kaitan dengan Pep Ljinders yang mana dia adalah seorang yang mempunyai pengaruh besar.”
“Thiago Alcantara bukan satu masalah bagi saya jika dua lagi pasangannya ditengah mempunyai tenaga dan kadar kerja yang tingggi. Harvey Elliot dan Fabio Carvalho tidak kelihatan seperti pemain Jurgen Klopp.”
Carragher: "Liverpool are like a normal team pressing but still play with a high line."
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) January 2, 2023
Jamie Carragher juga telah merasakan Liverpool kini bukan lagi pasukan Jurgen Klopp tetapi masih ingin bermain cara Klopp dan dia ingan tahu kenapa ini boleh terjadi.
“Orang disebalik tabir perpindahan Liverpool telah dipuji sebagai yang terbaik dalam bola sepak dunia – tiada pemain tengah yang ditandatangani dalam dua jendela perpindahan terakhir – ini adalah tugas mereka.”
“Jika Liverpool fikir mereka boleh mendapat empat teratas tanpa menandatangani pemain tengah – mereka langsung tiada peluang.”
“Liverpool seperti pasukan biasa yang menekan tetapi masih bermain dengan garisan tinggi. Liverpool kelihatan seperti mereka cuba bermain dengan cara Jurgen Klopp tetapi tanpa pemain Jurgen Klopp.”
Carragher’s deep dive into #LFC at the minute is a must watch. pic.twitter.com/5Bdhut5wZN
— The Anfield Talk (@TheAnfieldTalk) September 7, 2022
Perkara ini sebenarnya telah lama dibangkitkan oleh Carragher selepas Liverpool tewas 1-4 kepada Napoli dalam perlawanan Champions League dan bekas pemain pertahanan itu telah pun membuat analisis.
“Ini masalah Liverpool, bermain di garisan tinggi. Mereka sebenarnya tidak menekan bola sangat pun. Lebih menarik apabila Andy Robertson berkata:’Kami tidak compact dan tidak melakukan pressing secukupnya.”
“Ketika itu, Liverpool bermain dengan permainan berisiko tinggi tapi mereka tidak pressing bola untuk menghentikan permainan berisiko tinggi dan menyebabkan mereka dalam masalah.”
"It's the actual performances probably more than the results that is worrying me right now…"@Carra23 thinks Liverpool's high-risk style is working against them. pic.twitter.com/B8HBzY1SAA
— CBS Sports Golazo ⚽️ (@CBSSportsGolazo) September 7, 2022
Bagi Jamie Carragher, masalah Liverpool kini adalah kerana bermain high line (Garisan tinggi) dan para pemain tidak mampu dan gagal untuk melakukannya seperti musim sudah.
“Bukan satu masalah betapa tingginya kau bermain di garisan, semuanya tentang memadatkan kawasan bersama-sama. Jadi kerap kali kita berkata ‘mudah sangat nak lepas tengah Liverpool’.”
“Situasi ini tidak terjadi sebelum ini, jadi kau boleh bermain di garisan tinggi dan memadatkan tengah padang. Tapi jika itu tidak terjadi, kau perlu beradaptasi.”
Inilah yang dimaksudkan Carragher Liverpool kelihatan seperti mereka cuba bermain dengan cara Jurgen Klopp tetapi tanpa pemain Jurgen Klopp dan hujahan ini juga membuatkan Carragher menyatakan Liverpool sudah tiba ke penghujung kehebatannya.