Ronaldo Palau Neville Ketika Live dan Carragher Galak Membahan

Cristiano Ronaldo nyata mengambil serius dan terasa dengan kata-kata Gary Neville yang mengkritiknya dan semua ini sangat terserlah apabila Neville telah dipalau Ronaldo ketika Live.

Kritikan bekas pemain pertahanan Manchester United itu hadir selepas Ronaldo telah membuat perangai diva menolak arahan Erik Ten Hag untuk masuk sebagai pemain simpanan.

Erik Ten Hag telah mengenakan tindakan keras ke atas Ronaldo dengan menggugurkan namanya dari skuad untuk perlawanan menentang Chelsea.

Ronaldo pada ketika itu juga hanya dapat berlatih dengan pemain pasukan simpanan dan hukuman itu seperti satu penghabisan buat Ronaldo di Old Trafford.

Gary Neville yang seperti profesor serba tahu dalam dunia bola sepak telah melemparkan pandangan bahawa hubungan Ronaldo dan United sudah menemui titik noktah.

Jendela perpindahan januari ini adalah jalan keluar buat Ronaldo dan telah menyatakan bahawa Manchester United lebih baik tanpa Ronaldo.

“Tidak ramai peminat Manchester United yang kini mahu Ronaldo nerada dalam kesebelasan utama mereka,” kata Neville.

“Mereka lebih baik tanpa dia – mereka menjaringkan lebih banyak gol tanpa dia dan mereka memenangi lebih banyak mata tanpa dia.”

“Manchester United adalah pasukan yang lebih baik tanpa dia.”

Mungkin benar apa yang dikatakan oleh Gary Neville itu Manchester United lebih baik tanpa Ronaldo namun dengan kecederaan Anthony Martial disamping kesenduan Marcus Rashford khidmat Ronaldo masih ditagih Erik Ten Hag.

Selepas insiden mengaibkan itu, pemenang Ballon d’Or lima kali itu tampil meminta maaf dan selepas perbincangan hati ke hati, Ronaldo dan Erik Ten Hag memilih jalan pendamaian.

Ronaldo kembali ke kesebelasan utama ketika kemenangan 3-0 ke atas Sheriff Tiraspol dan juga bermula ketika menentang West Ham United.

Pemain United keluar untuk memanaskan badan di Old Trafford sebelum sepak mula, dengan pasukan itu melepasi pundit Sky Sports yang bersiap sedia di luar terowong.

Ronaldo memeluk bekas penyerang Red Devils, Louis Saha, kemudian Jamie Redknapp sebelum mengabaikan Neville. Pemain berusia 37 tahun itu kemudian terus menuju ke padang.

Betapa cepatnya keadaan boleh berubah. Pada bulan Ogos, Ronaldo pantas mendekati Neville dan Roy Keane sebelum kemenangan 2-1 United ke atas Liverpool, tetapi meyisihkan Jamie Carragher, yang telah mengkritiknya sebelum perlawanan.

Itulah yang terjadi apabila anda mengkritik Cristiano Ronaldo dan Jamie Carragher telah melalui kejadian yang sama sebelum dan untuk memecahkan kejanggalan lalu Neville berkata:

“Kami (Neville dan Carragher) telah keluar dalam senarai kad krismas.”

Jamie Carragher mengulas mengenai Ronaldo meninggalkan Neville tergantung di media sosial, menulis tweet:

“Selamat datang ke kelab Palau oleh Ronaldo @GNev2.”

Tidak tamat disitu, Jamie Carragher turut memuat naik video wajah Neville dengan emoji mata dan juga emoji ketawa.

Jaringan tunggal melalui sundulan tajam Marcus Rashford itu cukup untuk membolehkan Manchester United mengutip tiga mata berharga menentang West Ham United.

Dengan kelebihan satu perlawanan, Manchester United berpeluang cerah untuk berada dalam kelompok empat teratas Premier League.

Dalam aksi berdepan West Ham, Ten Hag menghamburkan pujian sepenuhnya kepada De Gea dengan memuji ketenangan pemain itu yang lebih menonjol dalam sistem sweeper keeper.

David de Gea telah diketepikan daripada skuad bayangan 55 pemain Sepanyol untuk Piala Dunia musim sejuk ini dan hampir pasti tidak akan ke Piala Dunia.

Walaupun harus diakui De Gea bukan ball playing keeper seblum ini, namun aksinya dengan Man United semakin meningkat untuk sistem itu.

Jadi agak tidak masuk akal untuk De Gea tidak diberikan peluang untuk berada dalam sekurang kurangnya 5 senarai akhir untuk penjaga gol.

BACA:  TERKINI: Al Nassr Digantung Daftar Pemain Baharu Oleh FIFA