Cavani Mungkin Didenda FA Kerana Melontarkan Perkataan Berbaur Rasis

Pemain bola sepak paling sensasi minggu ini, wira kebangkitan, Edison Cavani mungkin akan didenda oleh FA kerana telah melontarkan satu perkataan berbaur rasis atau perkauman di laman Instagramnya.

Selepas mempamerkan aksi heroicnya di padang dan membantu Manchester United bangkit menewaskan Southampton, hantaran di media sosialnya telah menjadi bualan ramai terutamanya haters.

Cavani yang masuk pada separuh masa kedua selepas ketinggalan dua gol telah menjadi nadi pasukan dengan satu assist dan juga dua gol serta meraih tiga mata berharga.

Edison Cavani telah membalas ucapan rakannya di laman Instagram, pablofer2222 kerana aksi luar biasa beliau.

pablofer2222: Asi te quiero Matadorrr!!!!!

Cavaniofficial21: Gracias negrito

—-

pablofer2222: Aku sangat sayangkan kau Matadorrr!!!!!

Cavaniofficial21: Terima kasih hitam

Mungkin menyedari bahawa perkataan ‘negrito’ itu membawa makna negatif, Cavani telah membuang hantaran tersebut tiga kemudian.

Perkataan ‘negrito’ di Amerika Selatan merupakan satu panggilan mesra untuk teman rapat dan ada menyatakan seperti panggilan ‘Bro’ seperti di Malaysia.

Namun perkataan itu di dunia luar adalah satu perkataan yang rasis dan berbaur perkauman dan sangat sensitif untuk dilontarkan secara umum.

FA dilaporkan telah pun mengambil kisah akan hantaran yang dibuat oleh Cavani dan akan membuat siasatan dan meminta Cavani memberi penjelasan.

Jika didapati bersalah Cavani mungkin akan menghadapi hukuman penggantungan dan juga denda daripada FA.

Suarez vs Evra

Insiden ini telah dibandingkan dengan pertelingkahan dan serangan perkauman yang dilakukan oleh Luis Suarez ke atas pemain pertahanan Manchester United, Patrice Evra.

Luis Suarez pada ketika itu merupakan pemain Liverpool telah digantung 8 perlawanan dan denda £40,000 kerana menggunakan perkataan ‘N*g**’ ke atas Evra pada 2011.

Dalam pembelaan diri beliau kepada FA, Suarez menyatakan bahawa perkataan itu bukan satu perkataan yang sensitif di negara kelahiran beliau namun alasan itu ditolak oleh FA.

Dalam bukunya, Suarez menjelaskan insiden tersebut:

“Evra telah memulakan pertengkaran dan Evra memilih untuk bertengkar dalam bahasa Sepanyol. Dalam pertengkaran itu aku telah menggunakan perkataan ‘N*g**’ sekali je.”

“Apa yang segelintir orang tidak mahu terima, pertengkaran itu berlaku dalam bahasa Sepanyol. Aku tak menggunakan perkataan ‘N*g**’ sama seperti yang digunakan dalam bahasa Inggeris.”

Apa yang jelas disini, Suarez menggunakan perkataan tersebut ketika bertengkar yang sememangnya kena dengan perkataan yang telah dilontarkan oleh Suarez kepada sosok tubuh Evra.

Manakala Cavani pula menggunakan perkataan tersebut ketika bermesra dengan rakan yang memujinya yang tidak diketahui warna kulitnya namun di mata sebahgian dunia perkataan digunakan Cavani itu sensitif.

Cavani mungkin akan dikenakan hukuman namun mungkin tidak seberat Suarez. Namun semua ini terpulang kepada FA.

Bak kata M.Nasir:

“Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau.”

BACA:  Peminat Man Utd Percaya Cavani Beri Tips Kepada Tuanzebe Untuk Hadapi PSG