Chelsea pada ketika ini terpaksa membayar gaji enam pemain yang mereka sebenarnya memang tak nak dan nilai yang mereka gunakan untuk itu adalah sekitar £700,000 seminggu.
Skuad kendalian Thomas Tuchel itu tidak melalui aksi pra-musim mereka dengan sempurna selepas mereka baru-baru ini mencatatkan kekalahan memalukan 4-0 bertemu Arsenal.
Selain menandatangani Raheem Sterling dari Manchester City dan Kalidou Koulibaly dari Napoli, The Blues sebenarnya masih tidak gembira dengan skuad yang mereka ada pada ketika ini.
Chelsea are struggling to get rid of £180MILLION-worth of flops from their squad, with 'no bids coming in for Michy Batshuayi, Kenedy, Malang Sarr, Ross Barkley, Timo Werner or Kepa'. (Mail) pic.twitter.com/3LC63XOwd1
— Ibukun Aluko (@IbkSports) July 21, 2022
Tuchel turut menghentam anak buahnya secara terbuka dengan beliau menganggap para pemainnya tidak mempunyai komitmen dan tiada jiwa untuk bermain bersama Chelsea.
Beliau menganggap ramai pemain yang sebenarnya masih berada di Stamford Bridger bukan atas kerelaan mereka dan mereka pada ketika ini sedang sibuk memikirkan untuk meninggalkan kelab.
Pengurus dari Jerman itu percaya itulah masalah utama skuad Chelsea pada ketika ini dan hal itu sememangnya sangat membimbangkan.
The Telegraph melaporkan yang Thomas Tuchel sepertinya perlu terus bersabar terlebih dahulu kerana pihak kelab tidak sanggup untuk berbelanja besar pada ketika ini.
Ross Barkley, Michy Batshuayi, Robert Kenedy should be the names leaving the club.
That needs sorting out. https://t.co/Ziixx3Ym3c
— Birodh (@campeonesSW6) July 18, 2022
Hal itu dikatakan kerana pihak kelab merasakan mereka sudah terlebih berbelanja untuk enam pemain yang sebenarnya mereka tak perlukan.
Michy Batshuayi, Ross Barkley, Kenedy, Timo Werner, Malang Sarr dan Kepa Arrizabalaga merupakan antara pemain yang tidak menepati kehendak kelab dan khidmat mereka sepertinya tidak lagi diperlukan oleh kelab.
Kesemua enam pemain itu merupakan penerima gaji tertinggi kelab dan kerana itulah pihak kelab tidak sanggup untuk menambah beban kerugian mereka lagi.
Berikut merupakan senarai gaji kesemua enam pemain tersebut dan jelas sekali Chelsea sebenarnya rugi besar untuk terus membayar mereka sedangkan khidmat mereka sudah tidak diperlukan lagi.
Juventus are keen on signing Timo Werner, who could really leave Chelsea this summer. Timo Werner could really leave Chelsea this summer. Werner was offered to Leipzig on loan as part of Mukiele talks, but he's set for PSG.
– @FabrizioRomano https://t.co/DG1lcKpvEX pic.twitter.com/ejRNmi4bkH
— Simon Phillips (@siphillipssport) July 26, 2022
Kenedy – £25,000 seminggu (sehingga Jun 2023)
Michy Batshuayi – £69,000 seminggu (sehingga Jun 2023)
Ross Barkley – £96,000 seminggu (sehingga Jun 2023)
Malang Sarr – £120,000 seminggu (sehingga Jun 2025)
Kepa Arrizabalaga – 155,000 seminggu (sehingga Jun 2025)
Timo Werner – £272,000 seminggu (sehingga Jun 2025)
Kenedy telah menghabiskan lima musim sebagai pemain pinjaman bersama lima kelab berbeza sejak dari awal beliau menyertai Chelsea pada tahun 2015 yang lalu.
👏 “Arsenal were good value.
👀 “They looked sharp & organised. Chelsea didn’t look as fit as Arsenal.”
Jason Cundy was slightly concerned by Chelsea’s pre-season loss to Arsenal pic.twitter.com/5YWxKrMTpg
— talkSPORT (@talkSPORT) July 25, 2022
Beliau pernah mengejutkan ramai peminat ketika diturunkan dalam kesebelasan utama Chelsea ketika aksi perlawanan terakhir saingan Premier League musim lalu bertemu Watford.
Beliau berjaya mencatatkan assists untuk Kai Havertz ketika beliau diturunkan untuk beraksi di posisi wing back, posisi yang sama beliau mainkan ketika beraksi untuk The Blues bertemu Charlotte minggu lalu.
Batshuayi sementara itu turut terlalu kerap dipinjamkan ke pasukan lain dan beliau juga turut gagal untuk menyerlah pada aksi pra musim pada musim panas ini.
Armando Broja selepas ini akan kembali beraksi bersama Chelsea dan bintang Belgium itu sepertinya berpotensi untuk meninggalkan kelab pada musim panas ini.
Ross Barkley membuat 14 penampilan dari semua pertandingan sepanjang musim lalu, dan beliau dikatakan turut sudah ditawarkan untuk beraksi bersama Everton dan Aston Villa pada musim baharu ini.
🚨 EXCL: New Chelsea chairman Todd Boehly hosting dinner for Premier League counterparts tomorrow night. Execs from other 19 clubs invited to informal event after shareholders meeting. Not all can attend but seen as nice touch by group @TheAthleticUK #CFC https://t.co/SpEX5FZRUy
— David Ornstein (@David_Ornstein) July 25, 2022
Malang Sarr merupakan pemain back up kepada Antonio Rudiger dan beliau sepertinya semakin sukar untuk mendapat tempat selepas Chelsea sah membeli Koulibaly pada musim panas ini.
Chelsea dikatakan sedang mengintai kesempatan untuk menandatangani pemain pertahanan Paris Saint Germain, Presnel Kimpembe dan bintang Sevilla, Jules Kounde pada musim panas ini.
Timo Werner yang turut pernah dianggap sebagai pemain harapan kelab pada tahun 2020 lalu itu juga sepertinya gagal untuk memberikan impak seperti yang diharapkan.
Pemain kebangsaan Jerman itu sangat terdesak mahu mendapatkan minit permainan yang lebih mencukupi dan beliau tidak kisah untuk bermain di mana sahaja demi untuk mencapai hal tersebut.
All is not well at Chelsea Football Club 👀 pic.twitter.com/83JusB1VE3
— ESPN UK (@ESPNUK) July 25, 2022
Terakhir, Chelsea turut menjadikan Kepa Arrizabalaga sebagai penjaga gol termahal dalam sejarah ketika mereka menandatangani beliau pada tahun 2018 yang lalu.
Walau bagaimanapun, sejak kehadiran Mendy, Kepa sepertinya sukar untuk mendapatkan minit permainan dan kerana itulah pihak kelab tiada masalah untuk kehilangan beliau pada musim panas ini.
Sumber: SPORTbible