Gandingan centre-back Itali, Leonardo Bonucci dan Giorgio Chiellini dianggap sebagai gandingan paling mantap dan tidak terkalahkan dalam saingan Euro 2020.
Kedua-dua pemain veteran itu membentuk gandingan yang sangat menjadi dan mereka dilihat mempunyai kesefahaman dan keserasian yang sungguh luar biasa menakjubkan.
Namun hakikatnya, kedua-dua mereka sebenarnya pernah bergaduh hanya kerana mahu berebut untuk mendapatkan jersi Lionel Messi.
Play for Juventus together ๐ค๐ค
Play for Italy together ๐ฎ๐น
Win #EURO2020 together ๐
Go on holiday together ๐
Eat pasta together ๐Bonucci ๐ Chiellini
๐ธ @bonucci_leo19 pic.twitter.com/uuhSJ84iZd
โ Goal (@goal) July 17, 2021
Bonucci dan Chiellini tidak diragukan lagi merupakan nadi penting dalam membantu kejayaan Itali menjuarai saingan Euro 2020.
Detik Chiellini menangkap Saka ketika aksi perlawanan akhir dikatakan merupakan detik paling ikonik dalam pertandingan ini dan hangat diperkatakan oleh para peminat.
Sebenarnya, kedua-dua mereka telah lama bergandingan bersama dan membentuk gandingan yang mantap di posisi centre-back Juventus.
Gandingan mereka berjaya membantu The Old Lady untuk memenangi lapan gelaran Serie A secara berturut-turut dan dianggap sebagai tembok tebal yang paling sukar untuk ditembusi.
Chiellini x Bonucci ๐ช
One day somebody will make a film about this pairing ๐ฅ pic.twitter.com/DBPEYeKj1I
โ Goal (@goal) July 14, 2021
Walaupun gandingan mereka berdua nampak sangat mantap dan teguh, namun kedua-dua mereka tetap pernah bertekak dan bertengkar sesama sendiri.
Kembali pada tahun 2017 yang lalu, Juventus telah bertemu dengan Barcelona di peringkat suku akhir saingan Champions League.
Leonardo Bonucci pada ketika itu berusaha untuk mendapatkan jersi Lionel Messi selepas tamat perlawanan tersebut.
Menjelang wisel penamat hendak dibunyikan, bekas pemain pertahanan Bari itu memanggil pemenang enam kali gelaran Ballon dโor itu dengan menjerit โLeoโ sebelum rakan sepasukannya mencelah dan menampar tangannya.
Chiellini and Bonucci fight over Messiโs shirt WHAT A VIDEO ๐คฉ
pic.twitter.com/iwtIIsNKSRโ ๐ฑ๐๐๐๐๐1*๐ต๐ฐ (@MessiFCforlife) December 10, 2019
Bonucci tidak mengalah walau ditampar oleh Chiellini dengan beliau tetap menjerit โLeoโ dan kemudian menambah lagi:
โBoleh saya dapatkan jersi kamu?โ
Sebenarnya tidak 100% jelas apa yang dilakukan oleh Chiellini kerana ada laporan yang mengatakan beliau sebenarnya bukan mahu meminta jersi Messi.
Sebaliknya beliau hanya meminta Bonucci supaya memberi tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan dan jangan sibuk meminta jersi pemain pasukan lawan.
Namun ada juga yang menegaskan bahawa Chiellini sememangnya marah Bonucci kerana beliau terlebih dahulu sudah mendedahkan yang beliau mahukan jersi Messi, namun rakan sepasukannya itu cuba sailang di atas padang.
Bonucci and Chiellini were not dribbled past by a single opponent during the entire EURO 2020 tournament
Masters in the art of defending ๐Can you name any defensive partnership better than these duo? They've been playing together at Juve for 9 years. Hence the good chemistry pic.twitter.com/oQDczQVGWT
โ Chris Adede๐ฐ๐ช (@CAdede) July 16, 2021
Juve ketika itu memenangi perlawanan tersebut dengan aggregate 3-0, selepas memenangi aksi di Turin dan berada diambang bahaya ketika mencatat keputusan seri 0-0 di Nou Camp.
Walau bagaimanapun, tidak kira apa yang dipertikaikan oleh Chiellini, sama ada beliau mahu atau tidak, hakikatnya Bonucci berjaya mendapatkan jersi Messi selepas tamat perlawanan tersebut.
#Euro2020 Champions โ Chiellini and Bonucci fighting for Messi's shirt ๐
The Most Magnificent ๐ pic.twitter.com/KGJn15h9fC
โ Messi Worldwide (@Messi_Worldwide) July 11, 2021
Bercakap tentang kejayaan beliau mendapatkan jersi Lionel Messi, Bonucci menyatakan bahawa:
โMendapatkan jersi Lionel Messi selepas tamat perlawanan? Saya saya bersyukur untuk memiliki jersi salah seorang pemain terhebat di dunia.โ
โAnak saya tentu sangat gembira.โ
Kalau tahun 2017 beliau menganggap Messi sebagai yang terbaik, mungkin sekarang Bonucci akan berbelah bahagi kerana rakan sepasukannya, Cristiano Ronaldo merupakan seteru bintang Barca itu dalam perdebatan siapa yang terhebat di dunia.

Bonucci selain berjaya membantu Itali memenangi gelaran European Championship tahun ini, nama beliau turut tersenarai dalam senarai โTeam Of The Tournamentโ.
Sayangnya gandingan beliau Chiellini tidak tersenarai dengan Bonucci dipilih bersama Harry Maguire sebagai centre-back terbaik sepanjang kejohanan tersebut.
Leonardo Bonucci taunts England fans AGAIN over Euro 2020 final defeat https://t.co/JaOvxRMMhs
โ MailOnline Sport (@MailSport) July 17, 2021
Bercakap selepas tamat aksi kemenangan Itali, Bonucci mengakui yang menewaskan England dalam aksi perlawanan akhir dan menjulang Piala kejuaraan Euro 2020 merupakan penambah rasa untuk menjadikan mereka legenda.
Pertahanan Juventus itu mendedahkan kepada Rai Sport bahawa:
โMatlamat yang cemerlang adalah impian yang menjadi kenyataan dan pujian selayaknya diberikan kepada jurulatih, kepada semua skuad.โ
โKetika kami bersama-sama di Sardinia, ia ada sesuatu yang berbeza jika dibandingkan dengan yang sebelum ini.โ
Berardi โ
Kane โ
Belotti โ
Maguire โ
Bonucci โ
Rashford โ
Bernardeschi โ
Sancho โ
Jorginho โ
Saka โ#ITA ๐#ENG ๐ฅThat #EURO2020 final penalty shootout in full ๐ฌpic.twitter.com/eAPDNR3Y2j
โ Goal Africa (@GoalAfrica) July 14, 2021
โKami perlahan-lahan membina keyakinan, kepastian dan keserasian. Semua ini merupakan penambah rasa untuk jadikan kami legenda.โ
Sumber: SPORTbible