Chiellini Akui Alangkah Baik Jika Ronaldo Tinggalkan Juventus Lebih Awal

Pemain pertahanan veteran Juventus, Giorgio Chiellini mengakui bahawa alangkah baik jika Cristiano Ronaldo meninggalkan Bianconeri lebih awal dan bukan pada musim panas yang lalu.

Cristiano Ronaldo telah pun beraksi satu perlawanan bersama Juventus musim ini selama 30 minit sebelum mengangkat kaki untuk kembali semula ke Old Trafford dan bersatu bersama Ole.

Pemergian Ronaldo telah membuatkan Juventus terpinga-pinga dan ada harga perlu dibayar Juventus disebalik kejutan ini kerana masa yang sangat suntuk untuk Juventus mencari pengganti.

Pemain yang membentuk the wall of Turin, Giorgio Chiellini telah mendedahkan perkara ini kepada DAZN, pada ketika itu Juventus bersedia memulakan musim baru dengan bergantung harap kepada Ronaldo:

“Pada ketika itu, hubungan kami telah mencapai tahap di mana Ronaldo akan memburu gol dan pasukan akan bermain untuknya kerana jika Ronaldo mempunyai pasukan seperti ini, beliau akan meledak. Ronaldo sudah membuktikannya dalam beberapa bulan ini dan dia juga menunjukkanya ketika berasama kami.

“Di Juventus, satu program keremajaan dan kelahiran semula pasukan sedang dijalankan. Jika Ronaldo kekal, beliau akan memberi nilai tambah tapi normal la beliau lebih memikirkan waktu sekarang berbanding masa depan.”

Juventus kini dalam pembentukan semula pasukan dengan pengalaman Chiellini dan Ronaldo sudah pasti proses itu akan menjadi lebih lancar namun Ronaldo secara tiba-tiba membawa diri.

“Ronaldo meninggalkan kami pada 28 Ogos, alangkah lebih baik untuk kami jika Ronaldo pergi lebih awal. Ada akibar yang perlu kami tanggung untuk situasi ini dari segi kejutan, kehilangan mata.”

“Jika Ronaldo pergi lebih awal kami akan mempunyai masa untuk membuat persediaan.”

Terbukti ketiadaan Ronaldo memberi kesan kepada Juventus dan memaksa Massimiliano Allegri membuat beberapa perubahan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ronaldo. Kalau Pirlo dah lama terciduk ni.

Juventus gagal mencatakan sebarang kemenangan dalam empat perlawanan awal Serie A, namun cepat beradaptasi dan bangkit dengan mencatatkan semua kemenangan dalam tujuh perlawanan terakhir dalam semua kejohanan.

Cristiano Ronaldo pula telah beberapa kali menjadi wira Manchester United sejak tiba dan menjadi pemain terbaik bulanan Premier League disebalik kesenduan dan aksi kelakar serta corak permainan tidak masuk akal dari Ole.

Rekod jaringan Ronaldo bersama Juventus sangat menakjubkan buat pemain yang berada diusia senja menjaringkan 81 gol dalam 98 perlawanan di Serie A sahaja.

Maka ketiadaan Ronaldo ditambah pula pada saat akhir pasti memberi kesan kepada Juventus sebagaimana yang diakui oleh Chiellini.

Musim 2020/21 – 36 gol

Serie A – 29 gol
Champions League – 4 gol
Italy Cup – 4 gol
Supercoppa Italiana – 1 gol

Musim 2019/20 – 37 gol

Serie A – 31 gol
Champions League – 4 gol
Italy Cup – 2 gol
Supercoppa Italiana – 0 gol

Musim 2018/19 – 28 gol

Serie A – 21 gol
Champions League – 6 gol
Italy Cup – 0 gol
Supercoppa Italiana – 1 gol

Impian para penyokong Manchester United akhirnya menjadi kenyataan selepas pemain emas mereka, Cristiano Ronaldo, telah sah kembali ke kelab tersebut dari Juventus yang nyata mengembalikan nostalgia.

Ronaldo secara rasminya telah menandatangani kontrak selama tiga tahun, sehingga 2024 dan jika tiada aral melintang, usianya pada tahun tersebut bakal mencecah 39 tahun selepas United berjaya memintas City dalam merebut khidmat pemain ini.

Kelab tersebut dikhabarkan telah membayar Juventus sebanyak £12.8 juta dengan £6.8 juta sebagai tambahan.

Kepulangan Ronaldo ke Old Trafford ini boleh diibaratkan bagaikan kepulangan seorang anak ke pangkuan keluarga selepas 12 tahun merantau ke tempat orang.

Spekulasi perpindahan Ronaldo ini bermula sejak tamat saingan Serie A musim lalu lagi di mana pemain itu dilihat telah mengeluarkan kesemua koleksi kereta mewahnya dari Turin dan kini sudah menjadi kenyataan.

BACA:  Ronaldo Terselamat Dari Dilayangkan Kad Merah Kerana Menampar O'Shea