Bonucci Naik Hantu Dan Hampir ‘Rembat’ Setiausaha Kelab Selepas Lihat Sanchez Jaringkan Gol Kemenangan Inter

Pemain pertahanan Juventus, Leonardo Bonucci telah terlibat dengan insiden panas di tepi padang, sebaik melihat Alexis Sanchez menjaringkan gol kemenangan untuk Inter Milan di minit-minit akhir dalam aksi perlawanan akhir saingan Italian Super Cup.

Sanchez berjaya membantu Inter Milan untuk memenangi gelaran Italian Super Cup dengan menewaskan Juventus awal pagi tadi dalam perlawanan yang dilangsungkan di San Siro itu.

Sebaik menjaringkan gol kemenangan untuk Inter Milan, Sanchez bersama rakan sepasukannya meraikan gol tersebut dengan sangat meriah.

Namun ketika mereka berpesta meraikan gol tersebut, Bonucci yang ketika itu sedang menunggu untuk di bawa masuk kerana pengalaman beliau diperlukan dalam aksi penentuan sepakan penalti, tiba-tiba mengamuk di tepi padang.

Beliau mengamuk dan bergaduh dengan salah seorang staff Juventus ketika pemain Inter Milan sedang bergembira meraikan gol kemenangan yang dijaringkan oleh Alexis Sanchez itu.

Juventus terlebih dahulu mendahului 1-0 pada aksi babak pertama menerusi Weston McKennie yang meledak gol pada minit ke-25 permainan.

Namun Lautaro Martinez kemudiannya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-35 permainan selepas beliau cemerlang menyempurnakan sepakan penalti.

Kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat 120 minit permainan berlangsung, namun Sanchez dengan tiba-tiba muncul sebagai wira selepas meledak gol kemenangan untuk Inter Milan pada masa tambahan dalam perlawanan tersebut.

Beliau menjaringkan gol ketika perlawanan hanya satu minit sahaja lagi akan ditamatkan dan kedua-dua pasukan juga pada ketika itu sudah bersedia untuk aksi penentuan sepakan penalti.

Gol Sanchez juga secara tidak langsung berjaya membantu Inter Milan untuk mengesahkan gelaran Italian Super Cup keenam dalam sejarah mereka.

Bonucci bersedia untuk di bawa masuk bagi aksi penentuan sepakan penalti

Menurut sumber laporan dari Football Italia, staff Juventus mengarahkan para pemain agar memberikan sepakan percuma kepada Inter Milan beberapa detik sahaja sebelum Sanchez menjaringkan gol.

Beliau meminta para pemain melakukan foul kerana mahu memberi ruang agar Bonucci boleh dimasukkan.

Pengurus Juventus, Massimiliano Allegri dan pembantu beliau dilaporkan menjerit kepada para pemain supaya dapatkan foul agar perlawanan terhenti dan mereka boleh memasukkan Bonucci untuk aksi penentuan sepakan penalti.

Barisan pertahanan Juventus kemudiannya melakukan kesilapan mudah yang telah membenarkan Alexis Sanchez meledak gol kemenangan untuk Inter Milan.

Football Italia mendakwa yang barisan pertahanan Juve melakukan kesilapan tersebut kerana mereka terganggu dengan arahan yang diterima dari luar padang.

Video: Bonucci terus mengamuk memaki staff sebaik Sanchez menjaringkan gol kemenangan Inter

Bonucci meluahkan kemarahan beliau dengan memaki hamun staff yang ada di belakangnya dan beliau dilihat turut hampir merembat staff tersebut sambil beberapa staff lain cuba untuk mententeramkan beliau.

Menurut Juventusnews24, staff yang teruk dimaki oleh Bonucci itu merupakan setiausaha kelab, Cristiano Mozzillo.

Video insiden itu turut dirakam oleh peminat yang ada di stands berhampiran:

Masih tidak jelas sebenarnya apa yang berlaku, adakah Cristiano Mozzillo ada tersilap cakap apa-apa, atau apa masalah yang sebenarnya berlaku.

Namun satu hal yang pasti, pemain kebangsaan Itali itu nampak langsung tak gembira dengan situasi tersebut.

Massimiliano Allegri ketika temu bual selepas tamat perlawanan ada menyatakan bahawa:

“Ini merupakan perlawanan yang sebenar, ujian yang hebat untuk kami lihat di mana kami berada. Sayang sekali, bola sepak kadang kala rasa seperti ia diciptakan oleh syaitan.”

Jelas Allegri kepada Sport Mediaset.

“Kami melakukan kesilapan yang naif ketika lima detik terakhir, tapi bermain bertemu pasukan terkuat di Itali pada ketika ini, dan ada beberapa kesempatan, dan memberikan Inter sedikit ruang. Kami bergelut pada awal 10 minit, tapi kemudiannya kami berjaya lakukan yang terbaik.”

“Kalah ketika perlawanan berbaki lima saat memang menyakitkan, tapi kami perlu guna kesakitan dan kemarahan itu untuk Serie A, Coppa Italia dan Champions League.”

“Kita kena lihat pada sudut positif, skuad sedang berkembang positif, terutama dari segi fizikal. Ia cuma satu perlawanan yang tak memihak kami, ia tak berlangsung seperti yang diharapkan, jadi sekarang kami akan beri tumpuan untuk aksi liga.”

Sumber: GMS

BACA:  Fabrizio Romano: Here We Go! Onana Dijangka Tiba Di Old Trafford Minggu Ini