Cikgu Sekolah Menang RM7.05 Juta Selepas Maghribi Mara Ke Suku Akhir

Seorang Cikgu Sekolah yang juga seorang penjudi tegar di Amerika Syarikat telah meraih durian runtuh apabila menang RM7.05 Juta gara-gara Maghribi berjaya menewaskan Sepanyol dan mara ke suku akhir.

Dalam sekelip mata sahaja Cikgu itu telah menjadi jutawan dan mungkin ini merupakan kemenangan terbesar taik judi di Piala Dunia 2022 setakat ini.

Menurut laporan Action Network, lelaki berusia 20-an itu merupakan seorang guru sekolah dari New York telah meletakkan pertaruhan sebanyak RM400 ribu ($90,818.19) untuk melihat Maghribi menewaskan Sepanyol dalam Pusingan 16 dan mara ke lapan akhir di Qatar.

Cikgu yang dirahsiakan identiti itu melahirkan rasa syukur kerana pasukan akhirnya Maghribi berjaya menghantar Sepanyol pulang dan berterima kasih kepada usaha panenka nakal daripada Achraf Hakimi semasa penentuan sepakan penalti.

*Judi merupakan satu perkara yang diharamkan dan berdosa besar di sisi Islam.

Difahamkan lelaki itu adalah Cikgu sukan yang mengajar bola tampar kepada kanak-kanak sekolah rendah ternyata gelisah dan resah menunggu keputusan taruhannya.

“Saya memeriksa telefon saya sekali-sekala, tetapi saya tidak menontonnya,” lelaki itu memberitahu Rangkaian Tindakan.

“Saya tidak tahu dan kenal waulau seorang pun nama pemain.”

Pertaruhan berani dan besar dilakukan Cikgu itu walaupun tidak mengenali seorang pun pemain namun sedar apa yang dilakukannya.

*Judi merupakan satu perkara yang diharamkan dan berdosa besar di sisi Islam.

Dia menambah:

“Saya tidak akan berbohong dan mengatakan saya tahu apa yang saya lakukan.”

“Pada penghujung hari, ia adalah pertaruhan yang hanya bertuah. Saya seorang penjudi yang sentias kalah biasanya.”

Maghribi mencipta rekod dengan pencapaian paling cemerlang dalam sejarah mereka di Piala Dunia, kini bakal berdepan Portugal untuk merebut tempat ke separuh akhir.

*Judi merupakan satu perkara yang diharamkan dan berdosa besar di sisi Islam.

Debaran pasti dirasai Cikgu itu walaupun tidak menonton perlawanan dan jika menonton perlawanan itu pasti akan mati sakit jantung tanpa sempat merasai wang pertaruhan.

Ini kerana sepanjang perlawanan, Sepanyol menguasai perlawanan dengan beribu hantaran dilakukan namun gagal menyudahkan peluang yang ada dalam tempoh masa permainan.

Usaha Sepanyol untuk mara ke suku akhir Piala Dunia pertama mereka sejak 2010 berakhir dengan kekecewaan dan kegagalan mereka terlepas semua sepakan penalti dalam kekalahan di penentuan penalti kepada Morocco.

Selepas 120 minit penguasaan tanpa jaringan, di mana Sepanyol mencipta 1019 hantaran, pasukan Luis Enrique menyerah kalah dalam penentuan penalti dan Cikgu itu pasti bertambah kecut apabila mengetahui pemain Sepanyol berlatih 1,000 sepakan.

Amat dahsyat apabila sepakan dari Pablo Sarabia, Carlos Soler dan Sergio Busquets semuanya gagal di mana dua percubaan terakhir diselamatkan oleh penjaga gol Morocco, Yassine Bounou.

Ia meninggalkan Achraf Hakimi, pemain kelahiran Madrid dengan peluang untuk memenanginya yang disudahkan dengan Panenka begitu bergaya untuk menghantar Maghribi mara ke suku akhir buat kali pertama dalam sejarah Piala Dunia mereka.

Maghribi dan penyokong riuh mereka merayakan secara meriah dengan Sepanyol dibiarkan kelihatan bingung, dan sudah pasti mempersoalkan pendekatan mereka.

Maghribi adalah pasukan Afrika keempat yang mara ke suku akhir Piala Dunia selepas Cameroon pada 1990, Senegal pada 2002 dan Ghana pada 2010.

Jurulatih Maghribi Walid Regragui telah menjadi pengurus Afrika pertama yang mara ke suku akhir Piala Dunia. perintis.

Maghribi akan bertemu Portugal dipusingan suku akhir dan mampukah mereka terus melakar kejayaa

Kesebelasan Maghribi vs Sepanyol

Maghribi : Bounou, Hakimi, Aguerd, Saiss, Mazraoui, Ounahi, Amrabat, Amallah, Ziyech, En-Nesyri, Boufal.

Pemain Simpanan : Hamdallah, Zaroury, Sabiri, Mohamedi, Chair, Aboukhlal, Ezzalzouli, El Yamiq, Dari, Cheddira, Tagnaouti, El Khannous, Benoun,
Attiyat Allah, Jabrane.

Sepanyol: Simon, Llorente, Rodri, Laporte, Jordi Alba, Gavi, Busquets, Gonzalez, Ferran Torres, Asensio, Olmo.

Pemain Simpanan: Sanchez, Azpilicueta, Garcia, Pau Torres, Morata, Koke, Williams, Raya, Balde, Guillamon, Pino, Carlos Soler, Carvajal, Sarabia, Fati.

Pengadil: Fernando Rapallini (Argentina)

BACA:  Piala Dunia 2022: Jepun Terus Kejutkan Gergasi Eropah, Sepanyol Pula Dilibas Samurai Biru