Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte bengang dan langsung tak gembira melihat Pierre-Emile Hojbjerg mengabaikan beliau ketika mereka meraikan kejayaan menewaskan Man City awal pagi tadi.
The Lilywhites berjaya mencatatkan kemenangan bergaya menewaskan pendahulu saingan Premier League, Manchester City di Etihad.
Satu gol jaringan Dejan Kulusevski dan dua gol jaringan Harry Kane sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan 3-2 Tottenham Hotspur menewaskan The Citizens.
Hojbjerg is not happy with this deam queen Conte. https://t.co/1GlHYL2LAb
— Mourinho Stan💙 (@RobiNice44) February 20, 2022
Ia merupakan perlawanan yang cukup klasik dengan aksi kejar mengejar dan gol-gol penting yang berjaya dijaringkan di minit-minit akhir permainan.
Ia merupakan perlawanan yang penuh emosi untuk kedua-dua pasukan dan selepas pengadil perlawanan membunyikan wisel penamat, Conte segera masuk ke padang untuk mengucapkan tahniah kepada kesemua anak-anak buahnya.
Beliau jelas sekali sangat gembira dan teruja dengan persembahan anak-anak buahnya, apa lagi selepas mereka sebelum ini tiga kali berturut-turut tewas dalam saingan Premier League.
Bekas pengurus Chelsea dan Inter Milan itu dilihat memeluk Ryan Sessegnon dengan kamera Sky Sports berjaya merakam insiden tersebut.
Tidak lama selepas itu, Conte berjaya menuju ke arah pemain midfield, Pierre-Emile Hojbjerg dengan beliau ketika itu berjalan sambil mendepakan tangan berharap agar anak buahnya itu akan memeluknya.
Five things spotted in Tottenham's brilliant win over Man City, including Antonio Conte's masterplan and how Emerson Royal and Pierre-Emile Hojbjerg frustrated City ⚪#THFChttps://t.co/rrghsmnoO0
— Tottenham News (@Spurs_fl) February 19, 2022
Apa yang mengejutkan, pemain kebangsaan Denmark itu langsung tidak berpaling kepada Conte sebaliknya beliau terus saja pergi meninggalkan tempat tersebut.
Melihat Hojbjerg sekadar berlalu pergi, Conte menunjukkan reaksi yang langsung tak gembira dan beliau nampak bengang dengan tindakan dari bekas bintang Southampton itu.
Quite interesting this situation. Why is Pierre just walking away from Conte like that? Maybe something is going on hehind the scenes? pic.twitter.com/7cQsfwHwZQ
— Martin🇳🇴 (@NorwegianSpursy) February 19, 2022
Mungkin saja Hojbjerg benar-benar tidak melihat Conte datang ke arahnya, dan kerana itulah beliau sekadar pergi sahaja meninggalkan tempat tersebut tanpa menyambut pelukan dari pengurusnya itu.
Walau bagaimanapun para peminat di media sosial tidak berpuas hati dengan tindakan tidak bermoral dari Pierre-Emile Hojbjerg itu.
“Agak menarik untuk menyaksikan situasi ini. Mengapa Pierre hanya berlalu pergi dari Conte seperti itu? Mungkin ada sesuatu yang berlaku dan kita tak tahu.”
“Apa sebenarnya yang berlaku antara Hojbjerg dan Conte? Saya risau, kita baru saja nak rasa nikmat kemenangan. Saya harap tak ada masalah antara mereka.”
“Walau apa pun yang berlaku, Hojbjerg tak sepatutnya berpaling dan sekadar pergi sahaja meninggalkan pengurus dia seperti itu.”
“Saya rasa Hojbjerg patut menunjukkan rasa hormat kepada pengurus dia, Conte datang untuk meraikan kemenangan, tapi dia memilih untuk pergi begitu sahaja.”
Any know what happened with Conte & Hojbjerg at the end? Looked very stange…
— Mike N (@MikeGNolan) February 19, 2022
What was wrong with Hojbjerg at the end when Conte was celebrating? Conte wanted to hug him but he walked away & Conte looked miffed to say the least?
— John Holland (@Yid4Life1882) February 19, 2022
Did Conte call Hojbjerg a knobhead? 🤣🤣🤣🤣 pic.twitter.com/OVq8h9jetO
— Trevor Lloyd (@Trevorlloyd92) February 19, 2022
Awal bulan lalu, Conte jelas sekali tidak begitu puas hati dengan persembahan dari Hojbjerg ketika aksi pertembungan antara Tottenham Hotspur bertemu Southampton dalam aksi saingan Premier League.
Bahkan pengurus dari Itali itu turut mengeluarkan beliau pada minit ke-58 permainan dalam perlawanan tersebut, seterusnya memberikan debut kepada penandatanganan terbaru kelab, Rodrigo Bentancur.
Menurut sumber laporan dari wartawan Spurs, Alasdair Gold, Conte tidak gembira selepas melihat beberapa hantaran lemah dari Hojbjerg dalam perlawanan tersebut.
Hojbjerg – the cross for the own goal aside – has played a few sloppy passes straight to Southampton so far. Conte turns and bellows in frustration as another one goes to a yellow shirt, under no pressure at all.
— Alasdair Gold (@AlasdairGold) February 9, 2022
Beliau kemudiannya diketepikan dari aksi Spurs bertemu Wolves pada hujung minggu lalu, namun pada minggu ini, beliau memainkan peranan penting dalam membantu Tottenham menewaskan Manchester City.
Tottenham Hotspur jelas sekali sangat gembira dengan kemenangan ini dan ia bakal menjadi pemangkin dan penyemangat untuk mereka terus mencabar kedudukan empat teratas dalam carta saingan liga.
Spurs kini berada di kedudukan ketujuh dengan mengumpul 39 mata dari 23 perlawanan dan mereka hanya empat mata sahaja di belakang Manchester United yang sedang berada di kedudukan keempat.
Spurs juga mempunyai kelebihan dua perlawanan yang masih belum dimainkan berbanding Manchester United dan mereka jelas sekali berpotensi untuk memintas skuad setan merah itu.
Sumber: SPORTbible