Sungguh Priceless Reaksi Conte Selepas Mengetahui Mourinho Bersama Roma

Pengurus Inter Milan, Don Antonio Conte Carleon mengetahui berita tentang pengumuman pengangguran berjaya, Jose Mourinho sah menjadi pengurus AS Roma semasa sesi temuramah bersama seorang wartawan.

Sungguh priceless reaksi yang ditunjukkan oleh Antonio Conte selepas mengetahui lawan perang mulutnya di Premier League suatu ketika dahulu akan berada di liga yang sama sekali lagi.

Jose Mourinho pantas mendapat kerja baharu selepas 15 hari dipecat oleh Tottenham Hotspur dan sebelum itu Mourinho telah mengikat kontrak bersama TalkSPORT untuk EURO 2020.

Antonio Conte merupakan lelaki dan pengurus terhangat di Serie A selepas berjaya membawa Inter Milan menjulang Scudetto pertama dalam tempoh lebih sedekad.

Kejuaraan ini telah menamatkan penguasaan 9 tahun berturut Juventus yang dimulakan sendiri oleh Conte pada 2012 dan ditamatkan Conte pada 2021 bersama Inter Milan.

Antonio Conte telah ditahan ditengah jalan untuk temuramah di Milan sebelum diberitahu musuh ketatnya akan datang ke Itali musim hadapan.

Keterujaan jelas tampak di wajah Conte selepas dikhabarkan berita ini dan bertanyakan tentang kesahihan berita ini.

“Betul ke dia sign, Yeah?” Wartawan itu kemudian mengesahkan berita itu dan Conte terus memberi ucapan selamat kepada Mourinho.

“Ini satu berita yang hebat untuk semua orang. Aku harpakan yang terbaik buat beliau. Kecuali ketika beliau bermain menentang Inter.”

Kedua-dua pengurus ini pernah berentap di Serie A ketika Conte bersama juventus dan Mourinho bersama Inter Milan.

Dari tahun 2016 sehingga 2018 kedua-dua pengurus ini berada di Premier League, Conte bersama Chelsea dan Mourinho bersama Manchester United.

Hubungan mereka sangat dingin dan kadang kala boleh menjadi sangat panas sehingga berapi terutamanya dengan keceluparan mulut Jose Mourinho.

Antonio Conte tidaklah celupar sangat tetapi sangat agrsif dan terlebih gula ketika berada di tepi padang seakan mempunyai tenaga yang tidak kehabisan.

Mourinho Marah Conte Celebrate Menang 4-0

Pada Oktober 2016, Chelsea telah berjaya menewaskan Manchester United dengan jaringan empat gol tanpa balas dan Antonio Conte telah meraikan kemenangan itu dengan begitu bertenaga.

Ternyata Jose Mourinho tidak menyukai keraian Conte yang beliau anggap berlebihan dan telah ‘menghina’ Manchester United.

“Kau tak boleh raikan seperti itu selepas 4-0, kau boleh buat begitu jika 1-0. Jika tidak itu satu penghinaan buat kami.” Ujar Mourinho.

Conte telah melonjak kegembiraan dan meminta penyokong memberi sorakan ketika Chelsea mendahului 4-0.

Dari sinilah bermulanya perang Conte-Mourinho di Premier League.

Conte Pertikai Kenapa Mourinho abaikan Moses

Selepas hanya berdiam diri, Conte membalas balik dengan menyatakan bahawa beliau tidak faham kenapa Mourinho ketika menjadi pengurus Chelsea tidak menggunakan Victor Moses.

“Aku nampak potensi dari hari pertama ketika retreat musim panas. Moses mempunyai kualiti yang penting: Teknik, kekuatan fizikal, dan kemampuan mengawal 70 meter kawasan padang.”

“Aku dapati ini sangat menakjubkan apabila seseorang seperti Moses boleh terlepas dari pandangan.”

Pada perlawanan untuk musim seterusnya, Jose Mourinho dan Antonio Conte tidak bersalaman selepas perlawanan.

Mourinho Tuduh Conte Jual Perlawanan

Tahun 2018 merupakan tahun terakhir kedua-dua pengurus ini berjawatan di Premier League sebelum dipecat pasukan masing-masing telah menyaksikan serangan peribadi dengan kisah silam terjadi.

sebelum itu Mourinho telah mengeluarkan kenyataan terdapat beberapa pengurus di Liga Perdana Inggeris yang berkelakuan seperti orang gila ketika perlawanan berlangsung.

Komen ini sebenarnya ditujukan kepada Conte dan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dan Conte membalas bahawa Mourinho suka berkelakuan seperti badut apabila berada di bangku simpanan.

Conte turut mendakwa Mourinho sebenarnya mempunyai masalah kesihatan yang digelar ‘Senile Dementia’ atau dalam bahasa melayunya nyanyuk dan lupa apa yang pernah dilakukan.

Jose Mourinho meneruskan peperangan mulutnya dengan Antonio Conte apabila memberitahu beliau tidak pernah digantung disebabkan kesalahan mengatur perlawanan.

Mourinho menujukan kenyataan tersebut kepada pengurus Chelsea itu kerana Conte pernah menerima penggantungan berkaitan skandal mengatur perlawanan.

Mourinho mengakui beliau ada melakukan kesalahan pada waktu dahulu tetapi beliau tidak pernah terlibat dalam mengatur perlawanan.

Conte yang pernah digantung dari terlibat dengan bolasepak selama 4 bulan yang dijalaninya pada musim 2012-2013 dimana Conte ketika itu bergelar pengurus Juventus.

Beliau dikenakan hukuman tersebut kerana gagal melaporkan terdapat perlawanan yang diaturkan pada tahun 2011 ketika menguruskan pasukan Siena.

Mourinho Talam Dua Muka

Antonio Conte jelas tidak gembira dengan kenyataan Jose Mourinho yang mengungkit kisah silamnya dalam skandal mengatur perlawanan, dan menggelar Mourinho sebagai seorang ‘budak kecil’.

“Mourinho menunjukkan dirinya adalah seorang budak kecil. Beliau berkelakuan seperti budak kecil pada masa lepas, sekarang dan pada masa yang akan datang.”

“Mourinho bukan masalah saya. Saya menganggap beliau sebagai budak kecil yang berprofil bawahan. Saya masih ingat lagi peristiwa beliau dengan Claudio Ranieri.”

“Beliau mengecam Ranieri kerana penguasaan English yang rendah. Dan selepas Ranier dipecat, Mourinho memakai baju yang tertera nama Ranieri. Ini menunjukkan Mourinho adalah seorang yang bermuka-muka.”

Conte turut menjawab dakwaan Mourinho yang menuduhnya terbabit dengan skandal mengatur perlawanan di Serie A pada masa lepas.

“Sebelum membuat dakwaan liar ini, Mourinho harus tahu perkara sebenar terlebih dahulu. Yang sebenarnya adalah saya digantung kerana gagal melaporkan skandal mengatur perlawanan. Selepas itu, saya memohon untuk dibicarakan dan mahkamah telahpon mengishtiharkan yang saya tidak bersalah”

Conte menasihati Mourinho jika mahu melakukan serangan peribadi sekalipun dapatkan fakta yang jelas dan betul dahulu.

Conte tidak bencikan sesiapa dan tiada sengketa

Beberapa hari selepas perang mulut yang membawa kepada kisah peribadi yang silam, Conte berkata beliau tidak menyimpan sebarang perasaan benci terhadap pengurus pasukan lain.

Apabila ditanya adakah beliau menyimpan perasaan benci terhadap Mourinho, beliau dipetik berkata:

“Itu tidak benar. Saya tidak benci sesiapa. Setiap jurulatih mempunyai pendapat mereka sendiri dan saya perlu hormat dengan pendapat mereka, jika ianya tidak menyakiti hati sesiapa.”

Menjelang Final Piala FA, Conte berkata persengketaan di antara beliau dan Jose Mourinho merupakan perkara lepas dan beliau akan menghulurkan tangan kepada Mourinho apabila mereka berdua bertemu dalam perlawanan akhir Piala FA.

Walaupun mempunyai hubungan dingin dengan Mourinho, bekas jurulatih Juventus dan Itali tersebut memberitahu tiada lagi konflik di antara mereka berdua dan semuanya sudah dilupakan.

“Persengketaan di antara saya dan Mourinho tidak lagi penting dan ia merupakan perkara silam. Sekarang wujud hubungan yang baik di antara saya dan Mourinho. Esok, saya akan bersalam dengan beliau dan selepas itu, kami berdua akan fokus terhadap perlawanan.”

Selepas itu, Conte telah dipecat dan enam bulan kemudian Mourinho turut menerima nasib yang sama apabila ditendang Manchester United.

Cantik Conte menutup persengketaan beliau dan Mourinho di Premier League dan reaksi gembira dapat dilihat apabila mengetahui Mourinho ke Itali.

BACA:  Mourinho Selamber Tuduh Sarri Dan Pemain Lazio Sedang Merokok Bersama Di Rumah