Conte Kini Sedar Bahawa Tahap Sebenar Spurs Sangat Teruk

Selepas tiga minggu mendirikan rumah tangga bersama Tottenham Hotspur, Antonio Conte mula sedar akan kemampuan sebenar pasukannya bimbingannya yang disifatkan sangat teruk dan tidak berada pada tahap yang tinggi pada ketika ini.

Pemain penyerang harapan Spurs untuk beberapa musim ini, Harry Kane telah kehilangan jiwa apabila discam Daniel Levy yang berjanji akan melepaskan beliau pada penghujung musim lalu.

Harry Kane sebelum ini bersetuju untuk menyambung kontrak baru bersama Spurs dan Levy bersetuju untuk melepaskannya selepas tiga musim jika gagal meraih sebarang kejuaraan.

Apabila tiba masanya, Kane tidak dilepaskan dan harga yang tidak masuk akal diletakkan, dan dengan keadaan ekonomi semasa tiada kelab yang sanggup mengeluarkan belanja besar untuk seorang pemain.

Hanya Son Heung Min yang masih bermain dengan jiwa namun berseorangan tanpa teman sejak beberapa musim lalu iaitu Harry Kane, Son gagal untuk membawa pasukan secara solo.

Harry Kane sentiasa bermain dan berada di padang bersama Son namun seolah-olah tidak wujud. Dele Alli terus menghilang sejak zaman Mauricio Pochettino lagi.

Prospek masa depan Spurs dan England itu kelihatan seperti menemui sentuhan ketika awal pemerintahan Jose Mourinho namun terus hilang hingga kini sentuhannya.

Lucas Moura pula ada waktunya akan menjadi wira namun konsistensi dituntut dalam setiap perlawanan tidak mampu diberikan oleh Moura.

Nuno Espirito Santo yang tidak jelas corak permainannya seperti Ole Gunnar Solskjaer akhirnya dipecat dan Antonio Conte yang bosan menganggur datan mengganti.

Tottenham Hotspur berdepan dengan kekalahan mengejutkan dan mamalukan kepada sebuah kelab kerdil dari Slovenia, NR Mura dalam saingan Europa Conference League pada minit akhir permainan.

Spurs wajib mencatatkan kemenangan dalam aksi perlawanan terakhir mereka selepas ini, dalam usaha untuk layak beraksi di pusingan kalah mati.

Skuad kendalian Antonio Conte itu telah ketinggalan sejak dari minit ke-11 permainan selepas Tomi Horvat meledak gol pembukaan untuk pasukan tuan rumah.

Kedudukan Spurs semakin parah selepas Ryan Sessegnon dilayangkan dengan layangan kad merah pada minit ke-31 permainan.

Ketinggalan satu gol dibelakang dengan bermain kekurangan seorang pemain sudah tentu menjadi beban untuk skuad Tottenham Hotspur dalam perlawanan ini.

Harry Kane kemudiannya berjaya memadam gol pendahuluan yang dijaringkan oleh Tomi Horvat itu pada minit ke-72 permainan.

Ketika Spurs percaya yang mereka akan pulang dengan satu mata berharga, muncul Amadeja Marosa meledak gol kemenangan pada minit ke-94 permainan.

Perlawanan tamat dengan NS Mura berjaya menewaskan Tottenham Hotspur dengan keputusan 2-1 di halaman mereka sendiri.

Kemenangan ini merupakan hadiah yang cukup bermakna untuk para penyokong pasukan tuan rumah, dengan ia merupakan kemenangan pertama mereka di pentas Eropah.

Walau sekadar Europa Conference League, namun ia tetap sangat besar untuk kelab seperti Mura, yang baru sahaja ditubuhkan sembilan tahun yang lalu.

Agak mengejutkan untuk melihat pasukan pilihan seperti Tottenham Hotspur tewas kepada pasukan kerdil seperti Mura, apa lagi selepas melihat rekod kalah semua perlawanan mereka sebelum ini.

Conte Tersentak Dan Sedar Kemampuan Spurs

Kekalahan kepada kelah yang baru wujud dalam tempoh 9 tahun telah menyedarkan Antonio Conte akan kemampuan sebenar Spurs di ketika ini di mana pemain beraksi di bawah prestasi sebenar.

Antonio Conte berkata dia bukan “ahli silap mata” dan kini memahami beban tugas yang berada di tangannya.

“Selepas tiga minggu saya mula memahami situasi itu. Ia bukan mudah. Pada masa ini tahap permainan di Tottenham tidak begitu tinggi.”

“Saya mesti jujur ​​dan memberitahu anda bahawa selepas tiga setengah minggu, saya mula memahami situasi itu. Saya boleh memberitahu anda bahawa keadaan itu tidak mudah. ​​Ia tidak mudah kerana pada masa ini pasti tahapnya. Tottenham tidak begitu tinggi.”

Namun Don Conte yang terkenal dengan semangat juang yang tinggi tidak gentar kerana tahu kehadirannya di Spurs adalah untuk membetulkan keadaan dan apa yang diperlukan adalah masa dan kesabaran.

“Terdapat jurang penting antra pasukan teratas di England. Mengenai perkara ini kita tidak perlu takut. Saya di sini untuk bekerja, di sini untuk memperbaiki keadaan.”

“Saya tahu bahawa pada masa ini kita perlu mempunyai kesabaran, masa dan saya di sini kerana saya tahu ada masalah yang perlu diselesaikan.”

Conte gembira untuk berada di Spurs dan akan terus berusaha untuk meningkatkan kualiti pemainnya. Dengan peningkatan kualiti pemain maka secara automatiknya kualiti permainan meningkat.

“Selepas tiga setengah minggu, saya gembira untuk kekal di sini tetapi pada masa yang sama saya mesti jujur ​​dan memberitahu anda kami perlu bekerja keras untuk meningkatkan kualiti skuad [semasa]. Kami adalah Tottenham dan Tottenham pada masa ini, terdapat jurang yang besar.”

“Saya ingin jujur ​​bahawa kami perlu banyak bekerja untuk memperbaiki keadaan. Kami memerlukan masa dan kesabaran. Saya tidak tahu apa yang berlaku pada masa depan tetapi saya di sini kerana saya gembira untuk tinggal di sini, untuk bekerja untuk Tottenham .”

Conte terus menekankan kesabaran dan masa adalah perkara yang diperlukan beliau kini untuk menambah kualiti pemain terlebih dahulu supaya dapat menerapkan corak permainnya secara berkesan.

“Jika seseorang berfikir bahawa jurulatih baru tiba dan Conte menang pada masa lalu dan kemudian saya seorang ahli silap mata. Tetapi satu-satunya keajaiban yang boleh saya lakukan ialah bekerja.”

“Bekerja untuk bawa pasukan dan kerja untuk memperbaiki, untuk menerapkan kaedah saya, idea bola sepak saya Tetapi kita perlu memahami bahawa kita memerlukan masa.”

Pengurus dari Itali itu memberi bayangan jika tiada kesabaran dan masa mencukupi diberikan maka dengan skuad yang agak terhad ini boleh menggagalkan beliau mencapai sasarannya di kelab.

“Kami mempunyai banyak keinginan untuk bekerja tetapi anda boleh bekerja, bekerja, bekerja, bekerja. Anda juga boleh menolak kereta pada tahap maksimum dan kadangkala ia tidak mencukupi untuk berdaya saing.”

“Jalan ini boleh menjadi satu meter atau 100 meter, saya tidak takut, saya bersedia untuk pergi dan melalui jalan ini. Tetapi pada masa yang sama saya ingin berterus terang, kami perlu bekerja keras dan melakukan penambahbaikan dalam banyak, banyak, aspek.”

Antonio Conte jelas dengan visi dan apa yang beliau mahukan bersama Spurs, namun untuk menjalankan misi itu banyak perkara perlu diperbetulkan dahulu supaya visi dapat dilaksanakan dengan lancar.

“Kami perlu melakukan lebih baik dalam banyak, banyak perkara. Adalah penting dalam bola sepak untuk mempunyai visi. Di manakah anda sekarang? Dan apa yang anda mahu pada masa depan? Saya di sini untuk membantu kelab dalam aspek ini.

“Kelab ini luar biasa hebat, mampu membina stadium tetapi sekarang kami bermula dari belakang.”

“Adalah penting untuk mengetahui perkara ini kerana saya bukan ahli silap mata dan selepas tiga minggu saya telah menemui pemain yang mahu bekerja dan mempunyai komitmen yang tinggi tetapi kadangkala ia tidak mencukupi.”

Mura merupakan sebuah kelab yang berpengkalan di Murska Sobota yang mana ia berada di Timur laut Slovenia dengan populasi penduduk seramai 11,000 orang sahaja.

BACA:  Masa Depan Conte Jadi Tanda Tanya Selepas Kritik Polisi Perpindahan Chelsea