Masa Depan Conte Jadi Tanda Tanya Selepas Kritik Polisi Perpindahan Chelsea

Chelsea dilihat semakin hilang sabar dengan perangai pengurus mereka, Antonio Conte selepas beliau sekali lagi mengkritik polisi perpindahan Chelsea secara terbuka.

Sebelum ini, Conte pernah memberitahu kepada pihak media yang beliau tidak mempunyai kuasa penuh dalam pasaran perpindahan pemain kerana Chelsea mempunyai direktor sukan yang menguruskan perkara tersebut. Tugas utama Conte hanya berkenaan bolasepak sahaja dan beliau hanya boleh memberi rekomendasi kepada kelab berkenaan pemain yang diingininya.

tidak berkuasa di Chelsea

Dalam perlawanan terakhir mereka, Chelsea tewas di tangan Arsenal dengan aggregat 2-1 dalam saingan separuh akhir Piala Carabao yang berlangsung awal pagi tadi, sekaligus terlepas peluang untuk merangkul piala tersebut musim ini.

Ketika bercakap kepada pemberita selepas kekalahan tersebut, Conte memberitahu beliau tidak mempunyai kuasa dalam memilih pemain untuk dibawa masuk dalam skuadnya.

“Berkenaan pasaran perpindahan pemain, sejak musim panas dulu lagi pihak pengurusan kelab bertanggungjawab sepenuhnya mengenai pemain yang dibawa masuk ke Chelsea.”

“Saya hanya perlu melakukan kerja saya iaitu menjadi jurulatih dan berusaha untuk memperbaiki pemain Chelsea. Sudah tentu, saya tidak mempunyai sebarang impak dalam pasaran perpindahan.”

X lamo lagi kena pecat la demo

Walaupun Conte mempunyai pendapat beliau sendiri, sumber Skysports melaporkan bekas pengurus Juventus dan Itali ini telah menghantar senarai pemain yang dikehendakinya kepada kelab, dan Chelsea sedang berusaha keras untuk memenuhi kehendak beliau.

Musim panas lalu menyaksikan Conte berbelanja besar dalam pasaran perpindahan pemain dengan sejumlah £202juta telah dibelanjakan untuk mendapatkan 5 nama besar –  Antonio Rudiger (£34juta), Tiemoue Bakayoko (£40juta), Alvaro Morata (£70juta), David Zappacosta (£23juta) dan Danny Drinkwater (£35juta).

Jendela perpindahan Januari ini menyaksikan Chelsea telah berjaya menandatangani Ross Barkley dari Everton dengan yuran perpindahan serendah £15juta. The Blues masih lagi aktif dalam pasaran perpindahan dan dalam perbincangan untuk mendapatkan Edin Dzeko dan Emerson Palmieri dari AS Roma.

Homesick

Conte juga enggan mengesahkan yang beliau akan kekal bersama Chelsea musim hadapan dan berkata segalanya boleh berlaku dalam bolasepak.

“Saya masih lagi mempunyai kontrak setahun bersama kelab ini. Tetapi seperti semua sedia maklum, segalanya boleh berlaku. Buat masa ini, saya masih disini tetapi pada masa hadapan, akan ada pengurus lain yang akan menggantikan tempat saya ini.”

Beberapa sumber melaporkan Paris Saint-Germain telah mensasarkan Antonio Conte sebagai pengurus mereka yang seterusnya, tetapi pengurus berasal dari Itali ini lebih berminat untuk menerima tawaran dari negara kelahirannya.

BACA:  Kevin De Bruyne Ceritakan Pengalaman Beliau Ditolak Mourinho