Croatia Sahkan Gelaran Dark Horse Terunggul Selepas Tundukkan Maghribi

Croatia telah mengesahkan bahawa gelaran terunggul di Piala Dunia 2022 menjadi milik mereka selepas menundukkan Maghribi di perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat untuk meraih wang kemenangan $27 juta.

Dua pasukan Dark Horse Piala Dunia 2022, Croatia dan Maghribi gagal untuk terus mencipta sensasi layak ke perlawanan akhir selepas kandas di separuh akhir masing-masing.

Croatia dan Maghribi masing-masing telah diundi untuk duduk bersama di kumpulan F bersama Belgium dan Kanada, dia mana Belgium dan Croatia dilihat sebagai pilihan ke kalah mati.

Namun Maghribi mula mencipta sensasi dan perlahan-lahan menambat hati dunia lalu muncul juara kumpulan diiringi Croatia lalu menjadi pasukan kegemaran dan kesayangan rakyat bola sepak.

Tanpa diletakkan harapan kedua-dua pasukan ini mara sejauh mungkin menjangkaui apa yang pernah difikirkan ramai dan kini bertempur bagi menjadi dark horse terunggul.

Penentuan tempat ketiga dan keempat merupakan pertemuan kali ketiga antara Croatia dan Maghribi di persada antarabangsa dan Croatia mencatatkan keputusan satu menang dan satu seri.

Pertemuan kedua dan ketiga Croatia dan Maghribi ini terjadi di Piala Dunia 2022 dan pertemuan pertama adalah pada 1996 dalam kejohanan Hassan II Trophy.

Croatia tampak garang di minit-minit awal dengan menekan Maghribi seboleh mungkin dan sepertinya mahu mencari gol awal.

Yassine Bounou telah mencetuskan kejutan di awal permainan dengan mengeluarkan bola dengan cara berisiko tinggi melalui hadapan gawang yang kosong.

Croatia berada di hadapan pada minit ke-7 melalui sundulan terbang Josko Gvardiol yang berpunca dari sepakan percuma Luka Modric.

Ivan Perisic menanduk lambungan Modric mencari Gvardiol yang tidak mensia-siakan peluang itu namun gol itu bertahan kurang dua minit.

Maghribi menyamakan kedudukan dengan cara yang hampir sama dari sepakan percuma yang tertanduk ke depan gawang sendiri oleh pemain Croatia.

Achraf Dari nyata tidak melepaskan peluang itu dengan satu sundulan menewaskan Dominik Livakovic. selepas sembilan minit permainan kembali terikar 1-1.

Pada minit ke-18 tandukan tajam Andrej Kramaric namun terlalu direct mudah ditangkap kemas Yassine Bounou. Minit ke-24 Yassine Bounou terus diuji dan terpaksa bekerja keras kali ini melalui rembatan leret kaki kiri Luka Modric.

Youssef En-Nesyri telah terlepas peluang keemasan yang berpunca dari hantaran Achraf Hakimi yang sedikit terkebelakang ketika gawang sudah ternganga.

Mislav Orsic meletakkan Croatia kembali di depan pada penghujung separuh masa pertama dengan satu rembatan lencong yang penuh keindahan.

Bola tidak terjangkau oleh Yassine Bounou lalu mencium tiang sebelum bola masuk ke gawang. Antara gol tercantik Piala Dunia 2022.

Separuh masa pertama paling menghiburkan di Qatar, kedua-dua pasukan bermain tanpa tekanan dan tiada permainan play safe.

Croatia terus garang bermula permainan untuk baki 45 minit kedua, Mislav Orsic hampir meledakkan gol kedua tetapi sekadar menggegar tepi jaring.

Marghribi yang menjadi pasukan kesayangan ramai memberi reaksi balas untuk kembali meyamakan defisit sambil Croatia sesekali mencari gol ketiga.

Pemain kedua-dua pasukan jelas menikmati perlawanan terakhir mereka di pentas tertinggi ini.

Permainan Maghribi agak tidak menjadi dari awal permainan lagi apabila bayak hantaran mereka kurang menjadi dan kurang ketepatan.

Selepas sejam perlawanan, permainan mula mengendur dengan kekurangan aksi tidak seperti separuh masa pertama tadi.

Mahgribi melakukan beberapa percubaan dan hantaran namun mudah dipatahkan. Nikola Vlasic membuat rembatan jarak jauh yang sedikit melewati palang.

Josko Gvardiol dinafikan sepakan penalti selepas dijatuhkan dan ulang tayang menunjukkan itu hanya satu simulasi. Serangan balas pantas Maghribi sekadar menghadirkan jeritan penyokong.

Youssef En-Nesyri terlepas peluang keemasan ketika hanya berdepan dengan Bounou tetapi gagal mempamerkan sentuhan penyudah dan kemudian Achraf Hakim pula dinafikan penalti.

Berbaki 15 minit terakhir permainan kembali rancak dan sedap dan ketegangan tercetus antara pemain Maghribi dan pengadil kerana keputusan yang dirasakan tidak adil.

Mateo Kovacic pula terlepas peluang mematikan perlawanan lebih awal apabila rembatan leretnya meleleh keluar di tepi tiang.

Enam minit masa kecederaan detik-detik akhir Maghribi melakukan sesuatu bagi menterbalikkan keputusan perlawanan namun tiada apa terjadi.

Tamat 90 minit kedudukan kekal 2-1. Croatia muncul pemenang tempat ketiga Piala Dunia 2022 dan meraih $27 juta manakal $25 juga menjadi milik Maghribi di tempat keempat.

Kesebelasan utama Croatia vs Maghribi

Kesebelasan utama Croatia: Livakovic; Stanisic, Sutalo, Gvardiol, Perisic; Majer, Modric, Kovacic; Orsic, Kramaric, Livaja.

Pemain Simpanan: Grbic, Ivusic, Barisic, Erlic, Lovren, Brozovic, Vlasic, Pasalic, Petkovic, Budimir, Sosa, Vida, Juranovic, Sucic, Jakic.

Kesebelasan utama Morocco: Bono; Hakimi, Dari, El Yamiq, Attiat-Allah; Sabiri, Amrabat, El Khannouss; Ziyech, En-Nesyri, Boufal.

Pemain Simpanan: Aguerd, Saiss, Ounahi, Hamdallah, Zaroury, Chair, El Kajoui, Aboukhlal, Amallah, Ezzalzouli, Cheddira, Tagnaouti, Benoun, Jabrane.

Pengadil Perlawanan: Abdulrahman Al-Jassim (Qatar)

BACA:ย  Gol Modric Hancurkan Impian Perancis Pertahan Gelaran Juara UNL