Perancis Bertemu Argentina Di Final, Kempen Luar Biasa Maghribi Berakhir

Perancis berjaya menewaskan Maghribi dengan aksi penuh menghiburkan di separuh akhir untuk mara ke fina Piala Dunia 2022 bertemu Argentina yang mengesahkan kemaraan lebih awal.

Perancis turun dalam misi ke final untuk mempertahankan kejuaraan mereka dan Maghribi juga sudah pasti mensasarkan gelaran juara apabila sudah tiba ke tahap ini.

Perancis dan Maghribi pernah bertemu sebanyak 11 kali di mana Perancis menang 7 kali seri 3 kali dan kalah sekali. Kemenangan Maghribi diraih dalam pertemuan pertama mereka pada tahun 1963.

Perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2022 ini merupakan pertemuan pertama di pentas Piala Dunia dan pertemuan yang ke-12 secara keseluruhan.

Dia atas kertas Perancis serba serbi hebat dari segenap sudut dan pasti menjadi pilihan mudah namun di atas padang sukar untuk ditentukan apa yang mampu dilakukan Maghribi sebagai dark horse.

Perancis terus menekan dan menekan sejak dari sepak mula membuatkan Maghribi kucar-kacir dengan pressing daripada pemain Perancis.

Minit kelima Perancis sudah di depan apabila Antonine Griezmann membawa masuk bola dari kanan dan mencari Kylian Mbappe yang terus merembat namun dihadang.

Bola muntah segera disambar Theo Hernandez dengan satu libasan deras yang terus menghantar bola ke dalam gawang walaupun Yassine Bounou cuba menghalang.

Jaringan pembukaan Theo Hernandez dalam tempoh 4 minit 39 saat itu telah menjadi jaringan terpantas dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia sejak 1958.

Theo Hernandez telah menjadi pemain lawan pertama menjaringkan gol menentang Maghribi di Piala Dunia 2022, mereka hanya bolos sekali sebelum ke separuh melalui gol sendiri.

Tersentak dengan jaringan awal Perancis, Maghribi mula menemui ketenangan dan perlahan-lahan menemui rentak mereka untuk mengimbangi perlawanan.

Azzedine Ounahi mencuba dengan melencongkan bola dari luar kotak penalti memaksa Hugo Lloris melayangkan badan menyelamatkan situasi.

Hugo Lloris kini menyamakan rekod penampilan terbanyak di Piala Dunia bagi penjaga gol dengan 19 penampilan menyamai rekod dipegang oleh Manuel Neuer dan rekod ini akan dipecahkan dalam perlawanan seterusnya.

Maghribi terus mencari gol penyamaan, Hakim Ziyech gagal melakukan percubaan terbaik dan Olivier Giroud segera membalas dengan percubaan terkena tiang.

Romain Saiss telah dikeluarkan seawal minit ke-21 kerana mengalami kecederaan dan digantikan dengan Selim Amalla.

Sofiane Boufal menjadi pengutip kad kuning pertama selepas mengasari Theo Hernandez dalam perebutan bola.

Perlawanan terus sedap,sedap dan sedap dengan Maghribi mempamerkan permainan mereka yang penuh semangat bagi menyamakan defisit dan Perancis pula masih tidak selesa dan perlukan gol tambahan.

Gerakan demi gerakan dilakukan Maghribi dengan sangat cantik tapi sukar untuk memecah masuk ke kotak Perancis yang padat. Perancis melepaskan peluang terbaik untuk menggandakan kedudukan, percubaan Mbappe berjaya dikeluarkan menemui Giroud yang membuat percubaan tersasar ke gawang terbuka.

Raphael Varane mencuba dari sepakan penjuru dengan tolakan yang jauh dari gawang menghampiri penghujung 45 minit pertama Perancis kembali menekan.

Ibrahima Konate melakukan terjahan penting mengeluarkan hantaran silang AchraF Hakimi untuk sepakan penjuru. Jawad El Yamiq hampir menjaringkan gol terbaik dan tercantik dengan satu aksi akrobatik, melipat bola ke gawang Perancis yang dinafikan tiang.

Di masa kecederaan Maghribi bertubi-tubi mencari gol memaksa Hugo Lloris bekerja keras dengan sepakan percuma dan sepakan penjuru. Separuh masa pertama yang penuh menghiburkan walaupun hanya satu gol terhasil.

Bersambung permainan, Mbappe terus mempamerkan larian kencangnya dari sebelah kiri dengan larian atas garisan persis Matyo.

Mbappe melakukan larian lipas kudungnya lagi, ketika berhenti untuk membuat hantaran Sofyan Amrabat tiba dengan wonderful takcle yang bersih meninggalkan Mbappe rebah ditanah.

Maghirbi datang dengan dua percubaan merbahaya satu gagal kerana miskick dan satu lagi sempat dipotong Ibrahima Konate betul-betul dihadapan garisan gol.

Selepas sejam perlawanan berlalu segalanya betul dilakukan Maghribi kecuali sentuhan penyudah.

Pada minit ke-66 Youssef En-Nesyri dan Sofiane Boufal dikeluarkan Abderazak Hamdallah dan Zakaria Aboukhlal masuk menjadi pertukaran keempat selepas Yahya Attia Attia Allah menggantikan Noussair Mazraoui di awal separuh masa kedua.

Dua pertukaran ini menyebabkan Maghribi kembali kucar-kacir dengan bahagian kiri hampir shutdown sepenuhnya. Selim Amallah masuk menggantikan Saiss dikeluarkan kembali untuk Abdessamad Ezzalzouli.

Kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh Perancis untuk cuba membunuh perlawanan dengan gol kedua dari Randal Kolo Muani yang kurang seminit di padang pada minit ke-79.

Kylian Mbappe melakukan gelecekan dengan kepungan 4 pemain, percubaan Mbappe terbias dan sampai kepada Randal Kolo Muani yang baru 44 saat masuk dengan sentuhan pertama terus menghasilkan gol.

Gol kedua dari Randal Kolo Muani ternyata berjaya mengurangkan semangat melawan Maghribi yang semakin kendur dengan 10 minit permainan berbaki.

Pengadil memberik 6 minit masa kecederaan untuk Maghribi melakukan sesuatu bagi meneruskan impian Piala Dunia mereka, linangan air mata terus menghangatkan pipi penyokong Atlas Lion.

Sentuhan penyudah dan nasib terus menafikan peluang Maghribi untuk sekurang-kurangnya meraih gol saguhati. Apabila bola terhenti di kaki Kounde.

Maka berakhirlah perjalanan luar biasa Maghribi dan Perancis mara ke final sekali lagi dan Argentina menanti mereka.

Kesebelasan Utama Perancis vs Maghribi

Kesebelasan Utama Perancis: Lloris; Kounde, Varane, Konate, T Hernandez; Tchouameni, Fofana; Dembele, Griezmann, Mbappe; Giroud.

Pemain Simpanan: Pavard, Disasi, Guendouzi, Kolo Muani, Veretout, Mandanda, Saliba, Upamecano, Coman, Areola, Camavinga, Thuram.

Kesebelasan Utama Maghribi: Bono; Hakimi, El Yamiq, Aguerd, Saiss, Mazraoui; Amrabat, Ounahi; Ziyech, En-Nesyri, Boufal.

Pemain Simpanan: Hamdallah, Zaroury, Sabiri, El Kajoui, Chair, Aboukhlal, Amallah, Ezzalzouli, Dari, Tagnaouti, El Khannouss, Benoun, Attiat-Allah, Jabrane.

Pengadil perlawanan: Cesar Arturo Ramos Palazuelos (Mexico)

Perjalanan Perancis ke Separuh Akhir:

Perancis telah diundi berada dalam kumpulan D yang turut dihuni oleh Australia, Denmark dan Tunisia dan mara selaku juara kumpulan walaupun dikejutkan Tunisia pada perlawanan terakhir kumpulan.

1. Perancis 4-1 Australia
2. Perancis 2-1 Denmark
3. Tuniasia 1-0 Perancis

Perancis juga mendapat laluan mudah apabila bertemu Poland yang hampir tidak melawan sepanjang perlawanan untuk mara ke suku akhir dan lebih mudah menewaskan England untuk ke separuh akhir.

Pusingan 16: Perancis 3-1 Poland
Suku Akhir: England 1-2 Perancis
Separuh Akhir: Perancis vs Maghribi

Perjalanan Maghribi ke Separuh Akhir:

Maghribi berada dalam kumpulan F bersama naib juara Piala Dunia, Croatia, Belgium dan Canada. Maghribi melenyapkan jangkaan awal bahawa Croatia dan Belgium akan layak dengan menjadi juara kumpulan.

1. Maghribi 0-0 Croatia
2. Belgium 0-2 Maghribi
3. Canada 1-2 Maghribi

Yassine Bounou telah menunjukkan Sepanyol yang berlatih 1,000 sepakan di penentuan sepakan penalti dengan kemenangan mudah 3-0 dan membenam Portugal dengan jaringan tunggal En-Nesyri.

Pusingan 16: Maghribi 0-0 Sepanyol (Penalti 3-0)
Suku Akhir: Maghribi 1-0 Portugal
Separuh Akhir: Perancis vs Maghribi

BACA:  Qatar Pasukan Pertama Ucap Selamat Tinggal Kepada Piala Dunia