Keajaiban Lionel Messi Bawa Argentina Ke Final Piala Dunia 2022

Keajaiban Lionel Messi telah berjaya membawa Argentina ke final Piala Dunia 2022 yang menjaringkan gol pembukaan sebelum Julian Alvarez menambah dua lagi gol untuk mengesahkan kemaraan Argentina.

Argentina selangkah lagi untuk menjulang trofi keagungan bola sepak, Piala Dunia apabila berjaya menumbangkan Croatia di perlawanan separuh akhir yang penuh menghiburkan.

Segalanya dilakukan oleh Lionel Messi membimbing pasukan dalam perlawanan ini bagi membolehkan impian Piala Dunia Argentina menjadi realiti.

Untuk rekod Argentina dan Croatia telah bertemu sebanyak lima kali diperingkat antarabangsa dengan masing-masing mencatatkan 2 menang, 2 kalah dan satu seri.

Dan di Piala Dunia ini merupakan kali ketiga mereka bertemu, pada Piala Dunia 1990 Argentina menang 1-0 dan di Piala Dunia 2018, Croatia selesa menang 3-0.

Perlawanan separuh akhir ini menyaksikan Lionel Messi telah menyamakan rekod penampilan terbanyak di Piala Dunia yang dipegang oleh legenda Jerman, Lothar Matthaus dengan penampilan ke-25.

Rekod ini boleh dipecahkan oleh Messi dalam perlawanan akhir atau penentuan tempat ke-3/4 dan sukar untuk dipecahkan kerana Matthaus telah lama bersara diikuti oleh Mirosklav Klose (24), Paolo Maldini (23)dan Cristiano Ronaldo (22).

Separuh Masa Pertama

Croatia memulakan perlawanan separuh akhir pertama apabila pengadil dari Itali, Daniele Orsato meniup wisel menandakan permainan sudah pun bermula.

Selepas dua minit permainan, Nahuel Molina terlebih dahulu menghantar bola ke dalam kotak Argentina yang gagal mencari rakan sepasukan.

Memasuki minit ke-10, masa permainan dihabiskan begitu saja dengan permainan membosankan dengan hantaran banyak berlegar di tengah padang.

Lionel Messi telah dijatuhkan diluar kotak penalti namun pengadil tidak memberikan sebarang hadiah kepada Messi kerana tiada kecuranga dari pemain Croatia.

Lima belas minit kemudian barulah sepakan penjuru pertama hadir menjadi milik Croatia dengan satu sepakan penjuru pendek yang sia-sia.

Argentina mula mempamerkan ancaman selepas permulaan 20 minit yang hambar dengan jolokan demi jolokan hantaran lolos ke kotak Croatia.

Enzo Jeremias Fernandez berjaya melakukan percubaan jarak jauh lencong yang memaksa penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic melayangkan badan.

Ivan Perisic telah cuba melakukan hantaran dan terbias dan hampir menghasilkan gol yang jahat namun bola sedikit melepasi palang.

Beberapa saat berselang, Dejan Lovren telah menyelamatkan percubaan Julian Alvarez di atas depan garisan gol terbuka.

Namun Dominik Livakovic telah melakukan kekasaran ke atas Alvarez dan pengadil menghadiahkan sepakan penalti dan mudah disempurnakan Messi.

Dominik Livakovic melakukan bacaan yang tepat namun sepakan Messi terlalu OP dan deras serta tinggi untuk gol kelima Messi di Piala Dunia 2022.

Empat minit kemudian, Julian Alvarez telah menjaringkan gol kedua melalui satu serangan balas pantas disusuli larian solo.

Walaupun lariannya tidak lancar dan tersangkut di skala 5 dihalang pemain lawan Alvarez berjaya meletakkan bola ke dalam jaring.

Alexis MacAllister hampir menjaringkan gol ketiga melalui sundulan tajam namun berjaya ditepis keluar Livakovic. Argentina membara, Croatia tertekan.

Croatia juga memberi reaksi balas namun gagal untuk menewaskan Emiliano Martinez.

Separuh Masa Kedua

Bersambung permainan babak kedua menyaksikan Croatia tiada pilihan lain untuk mencari gol melainkan bermain secara menyerang.

Croatia perlu mencari gol seawal mungkin untuk mengurangkan defisit yang nampak sukar untuk dilaksanakan dalam perlawanan ini.

Lionel Messi hampir menamatkan perlawanan lebih awal dengan gol ketiga dengan percubaan dari jarak sempit yang ditepis Livakovic.

Percubaan Dejan Lovren digagalkan dengan satu hadangan, peluang terbaik Croatia setakat ini.

Messi memang tidak dapat dihentikan lagi apabila telah melakukan satu larian solo dari kanan yang cuba dicabar oleh Josko Gvardiol.

Namun Messi terlalu liar apabila berjaya memotong masuk ke dalam sebelum menolak bola ke pada Julian Alvarez untuk satu gol mudah.

Gol keempat Julian Alvarez di Piala Dunia. Pada minit ke-74, Julian Alvarez dikeluarkan bagi memberi laluan kepada Paulo Dybala merasai nikmat perlawanan.

Dengan kurang 10 minit berbaki dengan permainan yang semakin goyah dari Croatia, hanya keajaiban sahaja dapat membantu Modric, Lovren dan rakan-rakan.

Croatia terus gagal menghadirkan bahaya apatah lagi gol dan perlawanan ini sudah tamat selepas gol ketiga Argentina hadir dan Argentina hanya menghitung detik untuk meraikan.

Lima minit masa kecederaan yang diberikan oleh Daniele Orsato dengan Argentina bermain lebih santai dan wisel penamat menandakan Argentina ke final!

Kesebelasan utama Argentina vs Croatia

Kesebelasan utama Argentina: Damian Martinez, Molina, Romero, Otamendi, Tagliafico, De Paul, Paredes, Fernandez, Mac Allister, Messi, Alvarez.

Pemain Simpanan: Armani, Foyth, Pezzella, Di Maria, Rulli, Palacios, Correa, Almada, Rodriguez, Dybala, Lautaro Martinez, Lisandro Martinez.

Kesebelasan utama Croatia: Livakovic, Juranovic, Lovren, Gvardiol, Sosa, Modric, Brozovic, Kovacic, Pasalic, Kramaric, Perisic.

Pemain Simpanan: Stanisic, Barisic, Erlic, Majer, Grbic, Vlasic, Livaja, Petkovic, Budimir, Orsic, Vida, Ivusic, Sutalo, Sucic, Jakic.

Pengadil Perlawanan: Daniele Orsato (Italy).

Perjalanan Argentina ke SeparuH Akhir:

Argentina berada dalam kumpulan C bersama Arab Saudi, Mexico dan Polans. Argentina bangkit selepas tewas kepada Arab Saudi untuk menang dalam baki dua perlawanan dan menjadi juara kumpulan.

1. Argentina 1-2 Arab Saudi
2. Argentina 2-0 Mexico
3. Poland 0-2 Argentina

Pusingan 16: Argentina 2-1 Australia
Suku Akhir: Belanda (3) 2–2 (4) Argentina

Separuh Akhir: Argentina vs Croatia

Perjalanan Croatia ke Separuh Akhir:

Croatia telah diundi berada dalam kumpulan F yang turut dihuni oleh Morocco, Kanada dan Belgium. Croatia mencatatkan satu kemenangan dan dua seri untuk mengiringi Morocco selaku naib juara kumpulan.

1. Morocco 0-0 Croatia
2. Croatia 4-1 Kanada
3. Croatia 0-0 Belgium.

Pusingan 16: Jepun 1-1 Croatia (Penalti 1-3)
Suku Akhir: Croatia (4) 1–1 (2) Brazil

Separuh Akhir: Argentina vs Croatia

BACA:  €1.26 Bilion - England Skuad Paling Bernilai Di Piala Dunia 2022