Karier David Luiz bersama Arsenal telah berakhir pada musim panas ini dengan beliau masih lagi belum ditandatangani oleh mana-mana kelab pada ketika ini.
Secara logiknya, beliau sama sekali tidak berjaya memberikan impak positif ketika kariernya bersama Arsenal dan gagal untuk mendapatkan tahap persembahan terbaiknya di Emirates.
Pemain kebangsaan Brazil itu telah membuat 73 penampilan bersama Arsenal selama dua musim terakhir ini dan turut berjaya menjaringkan empat gol.
"They have not analysed me properly. I am not going to waste my time on that.” 🗣️https://t.co/lvMOB0R0Zm
— Mirror Football (@MirrorFootball) August 13, 2021
Luiz turut melakukan beberapa kesilapan dungu sepanjang kariernya beraksi bersama Arsenal dan beliau juga gagal membantu Gunners untuk mara ke saingan Champions League.
Jamie Carragher telah menghentam teruk Luiz sepanjang karier bintang Brazil itu di Emirates dan beliau kini sepertinya masih ada urusan belum selesai dengan pertahanan berusia 34 tahun itu.
Bercakap di studio Sky Sports, The Overlap, Carragher telah menghentam sporting director Arsenal, Edu kerana menandatangani Luiz.
Beliau mendedahkan bahawa:
“Ketika kamu bercakap tentang Edu sebagai sporting director, dia membawa masuk David Luiz dan Willian, dua pemain buangan dari Chelsea. Saya memang tak boleh fikir, saya tak faham apa dia fikir, keputusan dia salah, ia tak berkesan.”
'I want to fight for titles… I want to feel alive'
David Luiz on his Arsenal split, what happens next and Jamie Carragher's criticism | @CraigHope_DM https://t.co/CcYWg9tF5J
— MailOnline Sport (@MailSport) August 12, 2021
“Sudah tentu kamu boleh dibenarkan untuk buat silap, tapi buatlah kesilapan yang betul.”
“Kenapa kamu beli pemain buangan Chelsea yang sudah berusia 30 tahun? Dan kemudian kamu berikan tawaran lumayan dan kamu tak dapat apa-apa dari mereka. Itu merupakan kesilapan yang sudah berlaku sebelum kamu putuskan untuk buat. Ia memang bodoh.”
Luiz kemudiannya telah ditanya tentang kritikan dari Carragher dalam satu temu bual bersama Daily Mail.
Dan pemain berusia 34 tahun itu membidas kritikan dari Carragher dengan menyatakan:
David Luiz hits back at Jamie Carragher after Sky Sports pundit’s criticism https://t.co/7ysbV025XM
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) August 13, 2021
“Sangat kelakar bila seseorang ajar tentang cara-cara memenangi Premier League tapi dia sendiri tak pernah menang.”
Luah David Luiz.
Beliau jelas menujukan ke Jamie Carragher kerana legenda Liverpool itu tidak pernah memenangi gelaran Premier League sepanjang kariernya.
“Mereka hanya bersembang dan kata, ‘pemain ini tak sesuai dengan liga ini’, tapi mereka semua lupa yang saya pernah menang liga ini.”
Sambung Luiz lagi.
“Kamu tak boleh kata, ‘David merupakan pemain yang tak pernah menang, kamu tak akan pernah menang apa-apa jika bersama David’. Itu semua tak betul! Kamu perlu luahkan pendapat kamu atas fakta yang betul, bukan sesuatu yang palsu.”
🗣️ 'Some people talk about how to win the Premier League, but they have never won it – Jamie Carragher never won the Premier League…'
David Luiz doesn't miss a thing | #Arsenal #Chelsea https://t.co/6yyXpIHyBd
— Off The Ball (@offtheball) August 13, 2021
“Saya anggap mereka hanya cetuskan persepsi. Saya tak akan lawan untuk ubah persepsi itu, mereka yang memutuskan untuk ada pandangan seperti itu ke atas saya, itu kehendak mereka.”
“Mereka tak menilai saya dengan betul. Saya tak akan buang masa saya untuk itu.”
“Tapi saya akan selalu kata, saya akan terus berlatih atau bermain, saya sudah melakukan yang terbaik. Saya bermain dengan hati saya. Saya tak pernah cuba lari dari apa-apa. Saya selalu tunjuk muka saya.”
“Saya tiba di England, saya berusia 23 tahun dan saya merupakan pertahanan pertama yang bermain dari belakang, sebelum itu tak ada sesiapa lakukan itu. Saya berbeza dari yang lain. Sesetengah orang tak suka itu. Sekarang, 11 tahun sudah berlalu, semua orang buat.”