Carragher Hentam Neville Dan Keane Yang Tegar ‘Menjilat’ Ole

Bekas pemain pertahanan Liverpool, Jamie Carragher tidak lagi berselindung apabila menghentam dan membidas sikap Gary Neville serta Roy Keane yang dilihat tegar ‘menjilat’ dan mempertahankan Ole Gunnar Solskjaer dan Manchester United secara kaw-kaw.

Manchester United kini berada di tangga keempat Premier League selepas tujuh perlawanan telah pun berlangsung hanya dua mata sahaja dibelakang pendahulu liga ketika ini, pasukan paling hebat di muka bumi, Liverpool.

Namun keputusan yang pelbagai serta tidak meyakinkan ditambah pula dengan corak taktikal Ole Gunnar Solskjaer yang sangat tidak jelas mendatangkan kebimbangan dan laungan #OleOut semakin kuat bergema.

Kekalahan kepada kelab yang entah dari mana yang bernama Young Boys di Champions League telah mencetuskan kekecewaan peminat ditambah pula dengan penyingkiran dari saingan Carabao Cup kepada West Ham United.

Dengan barisan pemain yang ada kini seperti Jadon Sancho, Raphael Varane dan Cristiano Ronaldo, Manchester United sepatutnya tidak bermasalah untuk menumpaskan lawan yang tidak ternama.

Melihatkan nama besar dalam pasukan maka harapan peminat adalah untuk melihat Setan Merah sekurang-kurangnya mendakap satu trofi utama atau mampu dilihat sebagai pencabar terkuat.

Jamie Carragher memilih untuk tidak mengkritik prestasi tidak meyakinkan Ole Gunnar Solskjaer tetapi telah menghentam bekas rakan sepasukan Ole iaitu Gary Neville dan Roy Keane.

Bercakap kepada Podcast di bawah kelolaan BBC yang diberi nama Tony Bellew is angry, Jamie Carragher telah meluahkan apa yang beliau rasakan”

“Ia perlu ada kaitan dengan bola sepak… Dan mesti ada kaitan dengan Gary Neville. Dia selalu membuat alasan untuk bekas rakan sepasukannya, Ole, Bukan?”

“Aku ada satu kolum bersama suratkhabar, aku bersama Gary Neville beberapa hari sebelum itu dan kami sembang di Youtube mengenai musim ini juga bersama Roy Keane.”

“Mereka berdua hanya mengambil kesempatan itu untuk mencipta alasan untuk Ole Gunnar Solskjaer kerana mereka telah bermain bersama Ole dan Ole adalah rakan mereka.”

Jamie Carragher kemudian mendedahkan bahawa Gary Neville dan Roy Keane akan mencipta alasan untuk Ole Gunnar Solskjaer dengan menyalahakn itu ini termasuklah pemilik pasukan.

“Mereka akan berkata ‘Mereka tidak boleh memenangi liga, mereka masih kurang itu, mereka kurang ini. Keluarga Glazer pula tidak melaburkan wang yang mencukupi. Mereka patut dapatkan Harry Kane’.”

“Aku duduk kat situ sambil berfikir ‘Kau baru je ikat pemain yang menang Champions League empat kali, kau dah belanjakan 75 juta untuk pemain sayap. Kau tamatkan musim lepas tempat kedua kot.”

“Kau tak tak pernah kalah perlawanan yang berlangsung ditempat lawan sepanjang musim,’ aku macam… Kau hanya satu langkah je lagi nak berjaya.”

Jamie Carragher merasakan jilat keterlaluan ini telah membuatkan beliau kecewa dan menegaskan berhentilah memberi alasan kerana hampir semua pemain berharga lebih 50 juta kot.

“Sejujurnya, ini membuat aku sangat kecewa. Aku pergi, ‘Itu dia. Aku membuat kolum surat khabar pasal ni”

“Sentiasa beralasan mesti dihentikan di Manchester United, aku bosan dengannya. Setiap pemain berharga melebihi 50 juta kot, sukar dipercayai.”

Dari apa yang terbuku dari mulut Jamie Carragher kedengaran seperti Carragher ini merupakan seorang penyokong tegar Manchester United namun hakikat semua tahu siapa Carragher.

Kelemahan terbesar ada pada skuad Manchester United kini mungkin hanya dibahagian Defensive Midfielder dengan kemasukan beberapa pemain baru dibahagian lain.

Mungkin harapan Jamie Carragher kepada Manchester United musim ini agak besar namun tewas kepada Young Boys, Wesh Ham United, Aston Villa dan bergelut untuk mencuri mata dari pasukan seperti Everton.

Namun rakannya di studio yang merupakan legenda Manchester United masih beralasan mempertahankan Ole tak cukup itu, tak cukup ini, nak Harry Kane, Glazer kedekut dan bla..bla..bla.

Musim ini sahaja Ole Gunnar Solskjaer telah berbelanja £126 untuk mendapatkan Jadon Sancho, Raphael Varane dan Cristiano Ronaldo.

Secara keseluruhannya sejak mengambil alih Manchester United untuk tempoh 2 tahun setengah, Ole telah berbelanja sebanyak £441 juta. Patut la Carragher pun baran dengan alasan tak masuk akal.

BACA:  Ronaldo Palau Neville Ketika Live dan Carragher Galak Membahan