Prestasi buruk Monaco dalam saingan Ligue 1 musim ini berterusan apabila mereka tewas sekali lagi di tangan Strasbourg dalam perlawanan yang berlangsung dengan penuh dramatik malam tadi.
Strasbourg berjaya mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Monaco hasil jaringan Adrien Thomasson dan LeboMathiba. Gol saguhati Monaco diperolehi pada waktu kecederaan separuh masa kedua melalui sepakan penalti yang disempurnakan oleh Youri Tielemans.
Perlawanan itu juga merupakan perlawanan pertama Thierry Henry sejak mengambil alih teraju pasukan daripada Leonardo Jardim yang dipecat dua minggu lalu.
Ia merupakan malam yang ingin dilupakan Henry secepat mungkin kerana banyak insiden yang berlaku dalam perlawanan tersebut yang tidak berpihak kepada Monaco.
1953 – Monaco have picked up only 6 points after 10 Ligue 1 games this season, their 2nd lowest tally at this stage ever, after 1953/54 (5, with 3 points for a win). Hell. pic.twitter.com/TnSssFn3GN
— OptaJean (@OptaJean) October 20, 2018
Gol pertama Strasbourg berpunca daripada kesilapan penjaga gol Monaco, Seydou Sy yang gagal menangkap bola dengan baik. Bola yang ditanduk Thomasson sepatutnya mampu ditangkap dengan mudah namun perkara sebaliknya yang berlaku dimana bola itu melalui celah dakapan Seydou untuk gol pembukaan perlawanan.
Pada babak kedua pula, nasib malang terus menghantui Henry dan Monaco apabila pemain gantian, Samuel Grandsir yang masuk menggantikan Stevan Jovetic, dilayangkan kad merah kerana mengangkat kaki terlalu tinggi sehingga terkena kepala pemain Strasbourg, Anthony Goncalves.
2015 -Samul Grandsir is the fastest substitute to get sent off in Ligue 1 (1 minute & 51 seconds) since Benjamin Mendy (47 seconds) in September 2015 with Marseille v Toulouse. Jinx. pic.twitter.com/e2U7nImVVM
— OptaJean (@OptaJean) October 20, 2018
Grandsir juga mencipta rekod baru Ligue 1 apabila muncul pemain kedua terpantas dibuang padang. Beliau masuk pada minit ke-64 dan hanya sempat berada di atas padang selama 1 minit 51 saat sebelum diperintahkan meninggalkan padang.
Pemain pertahanan City, Benjamin Mendy masih memegang rekod pemain paling pantas di buang padang yang mana dilakukannya pada September 2015 ketika Monaco menentang Toulouse. Beliau hanya berada di atas padang selama 47 saat sebelum menerima kad merah.
Selain itu, Monaco juga kehilangan khidmat pemain berpengaruh merangkap kapten, Falcao akibat kecederaan saraf pada separuh masa pertama.
Dengan kekalahan ini, Monaco kini tersadai di tangga ke-19 liga dan berada dalam zon relegasi. Mereka hanya mampu mengutip 6 mata selepas mengharungi 10 perlawanan dan hanya mampu mencatatkan satu kemenangan sahaja setakat ini.
Ketika bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Henry mengakui Monaco tewas kerana kesilapan individu yang tidak sepatutnya berlaku.
“Perlawanan tadi bukan mudah. Kami cuba untuk bermain dengan tersusun seperti yang berlaku pada awal perlawanan tetapi kami melepaskan gol pertama perlawanan dalam cara yang sukar untuk saya gambarkan… Kesiapan manusia, tetapi saya enggan menyalahkan mana-mana pemain.”
“Selepas itu, kami cuba mengubah situasi perlawanan dan malangnya Samuel Grandsir pula menerima kad merah. Keadaan menjadi lebih sukar selepas itu tetapi kami masih lagi cuba untuk bermain bola sepak.”
“Tetapi saya hanya mahu menyimpan perkara yang positif sahaja dari perlawanan tadi. Perlawanan tadi mungkin boleh berpihak kepada kami tetapi ia tidak berlaku.”
“Ditambah pula, kami kehilangan Falcao pada separuh masa pertama. Ia bukan senario yang kami inginkan.”