Declan Rice Jaringkan Gol Solo Yang Sungguh Menakjubkan

Declan Rice menjaringkan gol solo yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika beraksi bertemu Dinamo Zagreb dalam saingan Europa League awal pagi tadi.

Pemain midfield West Ham, Declan Rice berjaya menghasilkan gerakan solo yang cukup sempurna dan disudahi dengan gol yang luar biasa cantik ketika membantu West Ham mencatatkan kemenangan 2-0 menewaskan Dinamo Zagreb.

Pemain kebangsaan England yang kini berusia 22 tahun itu membawa bola seorang diri dari kawasan sendiri ke arah kotak penalti Zagreb, dan turut berjaya melepasi Josip Sutalo, sebelum melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol lawan.

Pemain yang dikaitkan dengan perpindahan mega pada musim panas lalu itu dipuji atas persembahan dan gerakan solo beliau yang menghasilkan gol itu.

Beliau menunjukkan kualiti yang beliau miliki dengan kekuatan ketika merampas bola dari Bruno Petkovic dan membawa bola terus ke arah kotak penalti Zagreb.

Sebaik masuk ke kotak penalti, beliau berjaya melepaskan rembatan menewaskan Dominik Livakovic seterusnya membantu West Ham mencatatkan kemenangan 2-0 menewaskan Zagreb.

Kelajuan yang beliau tunjukkan secara tidak langsung telah membuktikan bahawa penilaian EA Sport terhadapnya adalah salah.

Dalam satu video di Youtube, pemain midfield itu mempersoalkan penilaian kelajuan beliau yang dinilai dalam permainan FIFA 22 bersama rakan sepasukannya, Jack Grealish.

“Jika saya 80, maka saya akan koyakkan kad ini menjadi dua!”

Jelas Rice sebelum mendedahkan FIFA card beliau.

“Sejujurnya saya mahu lakukan spear atau RKO card ini.”

Pemain berusia 22 tahun itu menunjukkan rating 82 beliau yang mana ia lebih tinggi berbanding penilaian beliau sebelum ini.

Walau lebih tinggi, namun beliau jelas tidak gembira dengan penilaian kelajuannya.

West Ham berjaya mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan pembukaan saingan Europa League musim ini, seterusnya meletakkan mereka dilandasan yang tepat untuk mara lebih jauh.

Michael Antonio meneruskan kecemerlangan beliau pada musim ini dengan turut mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan ini.

West Ham selepas ini bakal melayan kunjungan Manchester United ke London Stadium untuk aksi dalam saingan Premier League.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Keputusan Undian Europa League 2022/23 Knockout Round Play-Off