Depay Dikecam Kerana Mensia-siakan Peluang Keemasan Ketika Bertemu Austria

Netherlands mengesahkan tempat untuk mara ke pusingan 16 terbaik selepas berjaya menewaskan Austria 2-0 awal pagi tadi.

Memphis Depay dan Denzel Dumfries masing-masing menjaringkan satu gol untuk bantu kemenangan 2-0 Netherlands menewaskan Austria.

Depay menjaringkan gol menerusi sudut sepakan penalti pada aksi babak pertama permainan sementara Dumfries berjaya menggandakan kedudukan pada aksi babak kedua permainan.

Walau bagaimanapun, pada penghujung aksi babak pertama, Depay sebenarnya berpeluang untuk menggandakan kedudukan selepas kejayaan beliau menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-11 permainan.

Namun sayangnya beliau terlepas peluang keemasan tersebut dengan merembat bola jauh tersasar melepasi gawang gol yang sudah terbuka luas.

Van Aanholt menghantar bola kepada Weghorst yang kemudiannya terus melakukan hantaran silang cantik menemui Depay yang berada dalam kotak penalti tanpa kawalan.

Depay yang sepatutnya boleh melakukan tap mudah untuk menjaringkan gol selepas berdepan dengan gawang kosong, telah melakukan kesilapan dengan merembat keluar bola jauh dari gawang gol.

Para peminat di media sosial kesal melihat bagaimana beliau boleh terlepas peluang keemasan itu dengan merembat bola tinggi melangit, sedangkan gawang gol sudah terbuka luas untuknya.

“Depay ketika perlawanan persahabatan lebih tajam dari Ronaldo, tapi bila dalam kejohanan sebenar dia lebih teruk dari Werner.”

“Adakah dia tak sengaja untuk tolak bola itu tinggi ke bulan? Bukankah satu tap mudah sudah cukup untuk menjaringkan gol dalam situasi itu?”

“Nasib baik dia ada jaringkan gol dan kita sedang mendahului, dia perlu berlatih sepak bola dengan gawang kosong.”

Miss yang beliau lakukan dalam perlawanan ini dianggap miss of the tournament dek kerana peratusan untuk menjaringkan gol dari kesempatan itu sangat tinggi.

Namun sayangnya Depay gagal untuk menyempurnakan kesempatan tersebut dengan menolak bola tinggi ke langit walau gawang gol sudah terbuka luas untuknya.

Bagaimanapun, setidak-tidaknya Depay berjaya menjaringkan satu gol, jadi kesilapan beliau itu boleh dimaafkan apa lagi selepas Netherlands sah mara ke pusingan seterusnya.

Gol pertama Netherlands terhasil menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Memphis Depay selepas kaki Dumfries dipijak oleh David Alaba di dalam kotak penalti.

Gol tersebut merupakan gol ke-8 Depay dari sembilan penampilan terakhirnya bersama Netherlands dan beliau juga secara tidak langsung telah terlibat dengan 49 gol untuk Belanda dari 66 penampilan.

Depay awalnya dianggap sebagai pemain yang bakal bersinar di kejohanan Euro kali ini selepas melihat sumbangan beliau bersama Netherlands sebelum ini.

Ketika aksi perlawanan pertama bertemu Ukraine, beliau gagal memberikan impak yang diharapkan walau Netherlands memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 3-2.

Beliau dalam perlawanan bertemu Austria ini sepertinya sudah berjaya mendapatkan rentak persembahan terbaiknya dengan memberi impak positif ketika melakukan serangan.

Dumfries yang berjaya memenangi sepakan penalti untuk Belanda pada aksi babak pertama permainan berjaya menggandakan kedudukan pada minit ke-67 selepas beliau cemerlang terlepas dari perangkap offside yang dilakukan oleh pemain Austria.

Selepas mencatatkan dua kemenangan dari dua perlawanan, Netherlands sudah mengesahkan tempat untuk mereka mara ke pusingan seterusnya.

Netherlands selepas ini akan bertemu North Macedonia untuk aksi perlawanan terakhir peringkat kumpulan C.

Satu lagi slot dari kumpulan C akan diisi oleh Ukraine atau Austria yang akan bertemu selepas ini.

Kedua-dua mereka berjaya mengutip tiga mata selepas dua perlawanan dengan mengalahkan North Macedonia sebelum ini, dan tewas kepada Netherlands.

BACA:  Pada 2015, Ronaldo Pilih 5 Pemain Yang Bakal Menggegar Dunia, Di Mana Mereka?