Salah seorang penyokong Itali telah menjadikan detik kontroversi Chiellini menangkap Saka ketika aksi perlawanan akhir saingan Euro 2020, sebagai sumber inspirasi untuk beliau cacah tattoo di lengannya.
Chiellini menghalang Saka dari terus melancarkan serangan ketika kemuncak permainan dalam aksi perlawanan akhir hujung minggu lalu dengan menarik baju bintang Arsenal itu.
Detik tersebut tular di media sosial, lalu menyebabkan penyokong England bengang dan tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh bintang Juventus itu.
Can't help but respect this, no matter who you supporthttps://t.co/VkBkWV2fYD
— FootballJOE (@FootballJOE) July 17, 2021
Ada segelintir penyokong England bahkan meminta untuk perlawanan itu diulang semula kerana merasakan tindakan Chiellini menghalang The Three Lions dari menjuarai saingan Euro 2020.
Salah seorang penyokong Itali bertindak untuk abadikan detik tersebut di tubuhnya sendiri dan mahu memastikan ia tidak akan dilupakan buat selama-lamanya.
Cara beliau menganjing penyokong England sungguh luar biasa dan tidak difikirkan oleh mana-mana manusia normal di muka bumi ini.
One Italian fan has gone too far with this tattoo. 😭💔 pic.twitter.com/9xsIOFL8dH
— Football Tweet (@Football__Tweet) July 17, 2021
Beliau mencacah tattoo yang memperlihatkan Chiellini menangkap Saka yang sedang mengejar Piala kejuaraan European Championship.
Insiden Chiellini menangkap Saka itu jelas memang berlaku dalam padang, cuma tambahan Piala di hadapan bintang muda England itu telah berjaya mencuri tumpuan peminat.
Selepas selesai mencacah tattoo tersebut, beliau telah memuat naik gambarnya ke media sosial dan telah mendapat pelbagai reaksi dari para peminat bola sepak.
I cannot lie, this is a1 shithousery lol https://t.co/NDJVFcaPYY
— PBZ (@PyBarz) July 17, 2021
What a tattoo 😂 https://t.co/NN8ly6xUR3
— 𝒲ℐℒℒ𝒴.𝒲𝒪𝒩𝒦𝒜 (@BererRabih) July 17, 2021
😂😂😂football is beautiful😂😂 https://t.co/sTEttnoNdE
— RoLeX 🌯GuY 🇺🇬 (@ArthurMckenzy) July 17, 2021
Not this one though. Although how badass is that?!?! https://t.co/ZL8MiOkB73
— Mazza-pust 🏴 (@MazzaLOP) July 17, 2021
Na that’s illegal 😩 https://t.co/4gzsvsoRRH
— Rob Carr (@_RobCarr_) July 17, 2021
“Ini menganjing level apa ni? Dia korbankan tubuh dia untuk abadikan detik ini, salute! Kalau saya penyokong England entah apa saya rasa melihat semua ini.”
“Saya rasa cara dia menganjing memang sangat sempurna, kalau dia bergaduh dengan penyokong England lepas ni, dia cuma perlu tunjuk tattoo itu saja.”
“Ini pertama kali saya teruja tengok tattoo penyokong meraikan kejuaraan. Luar biasa!”
“Saya masih tak berhenti ketawa, ini sindiran paling hebat untuk menyakitkan hati penyokong England. Hebat!”
Begitulah komen-komen dari para peminat yang kagum dan teruja dengan keberanian penyokong itu mencacah tattoo tersebut.
Chiellini saka interaction and lack thereofpic.twitter.com/1bwBxyjCvq
— brozopaul🍋 (@brozovista) July 11, 2021
Chiellini jampi Saka supaya gagal jaringkan gol
Giorgio Chiellini telah mendedahkan yang beliau menggunakan jampi traditional untuk menghalang Bukayo Saka dari menjaringkan gol ketika aksi penentuan sepakan penalti hujung minggu lalu.
Beliau mendakwa jampi tersebut merupakan punca utama mengapa Saka gagal untuk menjaringkan gol ketika aksi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan akhir saingan Euro 2020 itu.
Selepas rembatan Marcus Rashford terkena tiang gol dan rembatan Jadon Sancho diselamatkan oleh Gianluigi Donnarumma, ia sepertinya Jorginho yang akan menyempurnakan sepakan penalti penentu.
Giorgio Chiellini has admitted he put an Argentine "curse" on Bukayo Saka, shouting "Kiricocho" as he took his #EURO2020 final penalty 🤨pic.twitter.com/2btSd8R2LP
— Goal (@goal) July 13, 2021
Jordan Pickford kemudiannya telah menghidupkan semula peluang untuk England berjuang dalam perlawanan ini selepas beliau menyelamatkan rembatan dari Jorginho itu.
Saka kemudian tampil untuk mengambil sepakan penalti penentu, dan seandainya beliau berjaya menjaringkan gol, maka kedudukan ketika itu akan kembali terikat.
Penyerang Arsenal yang telah mempamerkan rentak permainan yang sungguh luar biasa menakjubkan sepanjang kejohanan ini turut gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut.
Ketika Saka sedang bersedia untuk menendang, Chiellini dilihat melafazkan jampi serapah traditional tentang sumpahan penalti, ‘Kiricocho’, dan ia berkesan.
El momento. Kiricocho. pic.twitter.com/iweDZQYvKP
— Martina Gallucci (@MarGallucci) July 12, 2021
Perkataan ‘Kiricocho’ telah dikaitkan dengan sumpahan penalti sejak era 1980 an dan ia sering digunakan oleh para penyokong yang menonton perlawanan Estudiantes di Argentina.
Selain ketika menonton perlawanan, para peminat turut menggunakan jampi itu ketika melihat mereka menjalani sesi latihan.
Menurut pengurus Estudiantes, Carlos Bilardo, setiao kali ada yang melafazkan ‘Kiricocho’ ketika sesi latihan skuadnya, akan ada seorang pemain yang tercedera.
Berbanding mengharamkan penyokong tersebut, Bilardo membayar mereka untuk menjadi penyokong pasukan lawan dan pada tahun 1982, kelab telah berjaya memenangi gelaran liga.
Giorgio Chiellini's reason for mouthing "Kiricocho" when Bukayo Saka took his penalty https://t.co/rKt23Wf92X pic.twitter.com/sisvJ28uAs
— Mirror Football (@MirrorFootball) July 14, 2021
Mereka bahkan hanya tewas sekali sahaja di halaman sendiri pada ketika itu, dan ketika mereka tewas, penyokong yang mengamalkan jampi tersebut tidak hadir.
Selepas pengurus tersebut berpindah, legenda ‘Kiricocho’ mengikuti beliau, sementara penyokong tersebut kekal di Argentina.
Penyokong di Sevilla kemudiannya menggunakan jampi tersebut dalam usaha mereka untuk beri aura negatif kepada pasukan lawan, terutama ketika sepakan penalti.
Ia merupakan hal yang sama seperti penjaga gol Sevilla, Yassine Bounou menjerit kepada Erling Haaland ketika aksi saingan Champions League musim lalu.
How's this for #hextag, @DrJanMachielsen? https://t.co/tUKwUqsh7n
— Dr. Daphna Oren (@DaphnaOrenM) July 13, 2021
Jampi tersebut membuatkan Haaland pening kepala dan tak faham langsung apa sebenarnya maksud sebalik perkataan itu, walaupun beliau turut menggunakan ayat yang sama untuk menganjing Yassine Bounou.
Mungkin akan ada penyokong yang ragu-ragu adakah benar pertahanan Juventus itu dengan sengaja melafazkan jampi tersebut ke atas Saka, beliau telah menjawabnya dalam satu temu bual.
Que hombre hermoso, por favor.
(IG @askomartin ) pic.twitter.com/Xj6MaS0Nm5— Escobas y bidones (@escobasybidones) July 12, 2021
Bercakap kepada ESPN Argentina, bintang berusia 36 tahun itu telah menyatakan bahawa:
“Saya boleh sahkan segalanya kepada kamu. ‘Kiricocho’!”
Sumber: SPORTbible