Pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone terpaksa memadam muat naik gambar beliau sedang bermain catur kerana ada kesilapan yang menyerlahkan kedunguan beliau pada gambar tersebut.
Beliau memuat naik gambar dirinya bersama anaknya yang juga pemain penyerang Hella Verona, Giovanni sedang bermain catur.
Simeone bersama keluarganya pada ketika ini sedang menikmati percutian di Maldives dengan beliau telah berkongsi kepada para pengikutnya detik yang mana beliau sedang bersantai bersama anaknya sambil bermain catur.
'Parking the bus at its finest'
Atletico Madrid boss Diego Simeone mocked by fans and the International Chess Federation on social media after sharing picture playing the game with his son https://t.co/kPtAJkAURY
— MailOnline Sport (@MailSport) June 28, 2022
Simeone memuat naik gambar tersebut dengan menulis:
“Percutian keluarga untuk The Simeone. Cholo dan Gio dalam pertembungan yang memerlukan begitu banyak konsentrasi.”
Apa yang mencuri perhatian peminat adalah, terdapat kesilapan yang sangat fatal pada gambar tersebut, yang menyerlahkan kedunguan pengurus Atletico Madrid itu.
Terdapat sesuatu yang kurang pada papan catur yang ada dalam gambar tersebut, dan yang kurang itu adalah buah ‘King’.
Only Diego Simeone could play chess without a king 😅👑 pic.twitter.com/umOb5NhfZ1
— ESPN FC (@ESPNFC) June 27, 2022
Tidak pasti permainan apa yang sedang dimainkan oleh Simeone bersama anaknya, namun satu hal yang pasti, beliau bukan bermain catur sebenar.
Mana mungkin ketika mereka sedang memberi tumpuan penuh dalam permainan itu, buah paling penting sudah tidak ada di atas papan.
Seperti semua sedia maklum, permainan catur akan dikira sudah tamat seandainya buah King sudah tiada di atas papan, dan individu yang mampu menyingkirkan buah tersebut dikira sebagai pemenang.
Muat naik beliau itu mendapat perhatian ramai, termasuklah International Chess Federation yang turut memuat naik status menganjing pengurus Atletico Madrid itu.
Persatuan Catur Antarabangsa itu menawarkan kepada Diego Simeone untuk mengajar beliau cara sebenar bermain catur selepas beliau pulang ke Sepanyol nanti.
Diego Simeone : you can’t lose the game if you have no king 😂💀
Genius ! https://t.co/H4DZ5mfYot
— PRESIDER (@iam_presider) June 27, 2022
“Tolong beritahu mereka yang selepas mereka pulang ke Madrid, kami akan sangat gembira untuk tawarkan kepada mereka kursus istimewa bermain catur. Dan kami turut mengundang mereka untuk menonton pertandingan yang diadakan di bandar ini sekarang.”
Tulis International Chess Federation di laman media sosial.
Para peminat tidak kurang nakalnya juga dengan mereka turut meninggalkan komen untuk menganjing pengurus Atletico Madrid itu.
“Dia sembunyikan King di bawah papan. Ini adalah teknik parking bas dalam permainan catur dan ia sememangnya teknik terhebat yang kita semua boleh saksikan.”
“Tak pelik pun untuk lihat hal ini dilakukan oleh individu yang bermain bola sepak tanpa menggunakan pemain penyerang.”
“Dia cuba buktikan yang dia deep-thinker dengan menunjukkan gambarnya bermain catur, tapi sayang dia terlupa untuk buat kajian dulu tentang peraturan permainan catur.”
“Simeone sememangnya individu yang luar biasa, dengan satu gambar sahaja dia sebenarnya sudah mengajar semua orang tentang cara untuk mengelak dari kekalahan dalam permainan catur.”
“Simeone sememangnya hebat dalam semua benda, dia bukan saja pakar taktikal dalam bola sepak, sekarang dia juga turut menjadi pakar dalam permainan catur.”
Only Diego Simeone can play it without a king 🙄 pic.twitter.com/7YcOCLw4WD
— Bassel (@basilghuneim) June 29, 2022
Simeone telah mengendalikan Atletico Madrid sejak tahun 2011 lagi dan beliau turut dianggap sebagai antara pengurus terhebat dalam dunia bola sepak.
Beliau berjaya membantu Atletico Madrid menjuarai dua gelaran La Liga, dua gelaran Europa League dan Copa del Rey sepanjang kariernya di Wanda Metropolitano.
Atletico Madrid mengakhiri saingan La Liga di kedudukan ketiga musim lalu dan beliau pada ketika ini sepertinya sedang dalam usaha untuk memperbaiki skuad menjelang bermulanya musim baharu nanti.
Luis Suarez turut telah dibenarkan untuk pergi meninggalkan kelab, dengan Simeone turut menyenaraikan beberapa pemain untuk dilepaskan pada musim panas ini.
😎♟ Diego Simeone showed how he plays chess – but oddities were immediately found on the board🤫
🔍 Look closely at Diego's chess pieces – there is no king among them!🤣🤣
💪🧐 Do we have chess players here?#Simeone pic.twitter.com/zLlieRwmtY
— PariPesa Nigeria | Freebets | Sports betting (@PariPesaNigeria) June 28, 2022
Beliau bertekad mahu membina skuad yang lebih mantap pada musim baru ini, seterusnya merampas semula gelaran La Liga dari Real Madrid pada musim hadapan.
Sumber: SPORTbible