Disebalik Kad Merah Peminat Bola Sepak Angkat Hassan Sunny Sebagai Wira

Disebalik kad merah diterima pada penghujung perlawanan, penjaga gol Singapura, Hassan Sunny masih lagi diangkat sebagai wira dalam perlawanan Singapura menentang Indonesia.

Tuan rumah tunggal Piala AFF Suzuki 2020, Singapura telah ditunjukkan jalan keluar dari saingan teragung di Asia Tenggara itu oleh Timnas Indonesia di separuh akhir.

Pada separuh akhir pertama, Indonesia berjaya diikat Singapura hasil jaringan Ikhsan Fandi. Namun Indonesia unggul dalam separuh akhir kedua dengan perlawanan yang sempurna.

Perlawanan Singapura dan Indonesia ini cukup segala rencah bagi sebuah perlawanan apabila mempamerkan aksi kejar mengejar, 3 kad merah, gol kontroversi dan penalti minit akhir tak masuk.

Indonesia akhirnya berjaya mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki buat kali keenam dalam sejarah kejohanan dengan agregat 5-3 selepas menewaskan Singapura 4-2 di separuh akhir kedua.

Penjaga gol Singapura, Hassan Sunny telah mengutip kad merah ketiga Singapura pada minit ke-119 ketika pasukan Kota Singa sudah ketinggalan 4-2 dan tiada harapan lagi untuk ke final.

Hariss Harun telah kehilangan bola ketika cuba merencanakan gerakan bagi terus merapatkan jurang, bola segera dilorongkan kepada Irfan Jaya.

Kekurangan pemain menyaksikan tiada masalah untuk Irfan Jaya melakukan larian solo dan situasi ini memaksa Hassan Sunny keluar menyelamatkan gawang buat kali terakhir.

Irfan Jaya berjaya menolak bola ke gawang yang terbuka dan Hassan Sunny tiada pilihan dan menjatuhkan Irfan Jaya diluar kotak, pengadil segera meniup wisel menghentikan permainan.

Hassan Sunny redha dan sudah mengetahui kesudahannya di padang iaitu layangan kad merah dan menjadi pemain ketiga Singapura menerima kad merah.

Layangan kad merah pengadil kepada Hassan Sunny tidak perlu dipertikaikan dan tiada tanda kecurangan seperti dua kad merah awal yang boleh menimbulkan kesangsian.

Pemain penyerang, Ikhsan Fandi menjadi penjaga gol bidan terjun kerana tiada pilihan lain dengan pemain berbaki dua minit.

Ikhsan Fandi tenang menggalas tanggungjawab dari seorang penyerang kepada penjaga gol dengan menyelamatkan percubaan sepakan percuma Indonesia.

Disebalik kad merah tersebut tiada seorang pun yang memaki hamun Hassan Sunny malah kagum dengan apa yang dilakukan Hassan Sunny sepanjang hampir 120 minit di padang.

Bermain 10 orang di awal separuh masa kedua dan berkurang kepad 9 orang pada minit ke-67, Hassan Sunny kental mempertahankan gawang dan hanya bolos dengan gol penyamaan kontroversi Indonesia.

Kau tak perlu bayang pun kalau kau tengok perlawanan. Bertali arus serangan yang dilancarkan Indonesia. Masuk masa tambahan 30 minit memang berkicap la.

Statistik penuh perlawanan menyaksikan Indonesia menguasai 60 peratus perlawanan di mana 35 percubaan dilakukan Indonesia dengan 14 percubaan tepat.

Daripada 14 percubaan tepat itu hanya 4 gol sahaja terhasil, betapa kerap gawang Singapura diasak dan Hassan Sunny kental bertahan.

Secara purata hampir setiap 3.4 minit Singapura menerima percubaan dari Indonesia. Lantaran itulah Hassan Sunny diangkat sebagai wira.

Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) melalui laman Twitter rasmi memberi penghargaan kepada aksi Hassan Sunny yang terlalu banyak melakukan aksi menyelamat.

โ€œApresiasi untuk kiper @FASingapore yang sudah melakukan banyak penyelamatan dalam laga iniโ€

Peminat bola sepak mengibaratkan ketangkasan dan kecekalan Hassan Sunny seperti penjaga gol dalam filem Shaolin Soccer yang berjuang ketitisan darah terakhir.

Ada menganggap Hassan Sunny layak untuk dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan (MOTM). Dengan mengutip kad merah mustahil untuk Hassan Sunny dipilih permain terbaik perlawanan.

Indonesia vs Singapura Perlawanan Epik + Klasik

Pasukan Timnas Indonesia yang terhebat di alam semesta menggegarkan dunia bola sepak dengan aksi kebangkitan luar biasa dan sensasi sekaligus berjaya mara ke Piala AFF Suzuki 2020 dalam perlawanan penuh drama dan aksi.

Tuan rumah, Singapura dan Indonesia terikat seri 1-1 dalam perlawanan separuh akhir pertama dan turun untuk perlawanana separuh akhir kedua bagi menghiburkan semua.

Selaku tuan rumah, Singapura dilihat mempunyai kelebihan berbanding Indonesia di mana kedua-dua separuh akhir berlangsung di bumi Temasik itu.

Indonesia terlebih dahulu berada di hadapan pada minit ke-11 hasil permainan pressing disusuli hantaran menari lalu disudahkan dengan penyudah yang tenang.

Tendangan penjaga gol Singapura, Hassan Sunny tidak gagal menemui rakan dan berjaya dirampas pemain Indonesia yang melakukan tekanan, bola terus dihantar kepada Witan Sulaeman.

Witan Sulaeman berjaya lepas dua pertahanan Singapura, lalu memaksa Hassan Sunny keluar dan menghantar kepada Ezra Walian untuk gol pembukaan dengan satu tolakan mudah ke gawang terbuka.

Perlawanan berlangsung sengit dan disajikan dengan aksi keras dan kasar. Malang buat Singapura dipenghujung babak pertama apabila Safuwan Baharudin dilayangkan kad merah.

Namun Singapura berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-45+4 melalui pemain naturalisasi mereka dari Korea Selatan, Song Ui-Young.

Gol berpunca daripada sepakan percuma Shahdan Sulaiman yang menghantar bola ke kotak penalti Indonesia sehingga mewujudkan situasi kelam kabut.

Bola jatuh ke kaki Song Ui-Young yang terus melepaskan rembatan untuk mengikat kedudukan 1-1 dan secara agregat 2-2.

Jika penghujung 45 minit pertama disajikan dengan aksi penuh kegilaan namun separuh masa kedua kegilaan terus tercetus.

Ternyata bermain 10 orang tidak menjejaskan Singapura, pada minit ke-67 Irfan Fandi yang merupakan anak kepada lagenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad dilayangkan kad merah.

Dengan 9 pemain Singapura berjaya bangkit mendahului Indonesia menerusia sepakan percuma cantik Shahdan Sulaiman 7 minit selepas kad merah Irfan Fendi.

Serangan bertali arus Indonesia menyaksikan mereka akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-87 dan bermain 9 orang mula memberi kesan kepada Singapura.

Pratama Arhan menjaringkan gol berharga Indonesia dengan satu gerakakan menarik dan penuh berhelah yang percubaan pertama berjaya ditampan Hassan Sunny.

Bola sampai ke kaki Pratama Arhan yang terus merembat untuk menewaskan Hassan Sunny, jelas Pratama Arhan berada dalam kedudukan offside namun gol itu dibenarkan.

Drama yang menyedapkan perlawanan berterusan apabila Singapura berjaya meraih sepakan penalti dipenghujung perlawanan dan final hanya selangkah buat Singapura.

Namun Faris Ramli gagal menyempurnakannya dengan satu sepakan yang lemah yang mudah ditepis keluar penjaga gol Indonesia, Nadeo Argawinata.

Pemenang perlawanan ditentukan ke masa tambahan apabila kedudukan secara agregat terikat 3-3 selepas tamat 180 minit masa permainan sebenar.

Ini merupakan mimpi buruk buat Singapura yang hanya ada 9 pemain sahaja dan pasti Indonesia berkelebihan dari segi pemain dan juga stamina.

Bermain dengan kurang anggota memberi kesan ketara kepada Singapura untuk mengharungi tempoh 30 minit terakhir.

Hanya 30 saat masa tambahan diperlukan Indonesia untuk bangkit mendahului kembali hasil jaringan sendiri Shawal Anwar selepas pemain Singapura itu tertampan bola ke gawang sendiri.

Gol berpunca dari rembatan Messi Indonesia, Egy Maulana yang masuk sebagai pemain gantian.

Egy Maulana yang berpangkalan di Eropah membuktikan kualiti dirinya apabila mengesahkan tiket Indonesia ke perlawanan Piala AFF Suzuki 2020.

Hassan Sunny gagal mengeluarkan bola sepakan penjuru dengan kemas dan tertampan bola ke kaki Egy Maulana yang mudah menolak untuk gol keempat.

Separuh masa pertama masa tambahan Indonesia mendahului 4-2 dan hanya keajaiban saja yang akan membolehkan Singapura mara.

Baki 15 minit permainan hanya digunakan Singapura untuk terus mempertahankan kedudukan semasa dari terus dibelasah.

Minit ke-119 menyaksikan Singapura bermain dengan 8 orang apabila penjaga gol mereka, Hassan Sunny mengutip kad kuning ketiga.

Indonesia mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2020 dan ini merupakan final ke-6 Indonesia selepas kali terakhir mara pada Piala AFF Suzuki edisi 2016.

Adakah Indonesia akan berjaya menghapuskan badi perlawanan akhir mereka selepas muncul naib juara dalam lima perlawanan akhir mereka jejaki?

BACA:ย  Sang Garuda Berjaya Ikat Si Naga Emas