Dunga Di Pecat Dan Tite Pengendali Baru Brazil

Rio de Janeiro: Jurulatih Brazil Dunga dipecat selepas Selecao tersingkir pada peringkat kumpulan Copa America Centenario, kelmarin.

Konfederasi Bolasepak Brazil (CBF) dalam kenyataannya berkata, keputusan untuk memecat Dunga dan membubarkan barisan staf kejurulatihan berikutan prestasi terkini pasukan mereka.

Difahamkan, berita pemecatan itu dikeluarkan selepas sesi pertemuan pengurusan tertinggi CBF dengan Dunga.

Penyingkiran pada Copa America satu tamparan baru buat bola sepak Brazil yang masih belum pulih daripada kekalahan memalukan 1-7 pada Piala Dunia 2014 kepada Jerman di laman sendiri.

Dunga Di Pecat Lagi
Dunga Di Pecat Lagi

Selepas seri 0-0 dengan Ecuador pada perlawanan pembukaan sebelum menang besar 7-1 ke atas Haiti, Brazil hanya perlu seri menentang Peru untuk layak ke suku akhir, bagaimanapun mereka akhirnya tersingkir selepas kalah 0-1 menerusi gol kontroversi.

Spekulasi memuncak Dunga akan dipecat namun jurulatih itu menyatakan beliau tidak bimbang dipecat.

“Saya hanya takut mati,” ujar Dunga.

Baca : Dunga Hanya Takut Mati

Dunga, 52, pernah memenangi Copa America dua kali sebagai pemain selain mengetuai pasukan Brazil menjadi juara Piala Dunia pada 1994.

Tite Pengendali Baru Brazil

Bos Corinthians, Tite dinamakan sebagai pengurus baharu Brazil bagi menggantikan Dunga yang dipecat selepas pasukannya dimalukan apabila tersingkir awal daripada Copa America.

“Tite tidak lagi bekerja di Corinthians. Dia menerima jemputan daripada Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF),” kata presiden kelab yang berpangkalan di Sao Paulo itu, Roberto de Andrade.

Tite Pengganti Dunga
Tite Pengganti Dunga

Tite, 55, mengetuai Corinthians mengecapi kejayaan berganda menjuarai Copa Libertadores dan Piala Dunia Kelab 2012.

Dia mengambilalih tugas daripada bekas kapten Brazil, Dunga, yang gagal memulihkan reputasi Brazil selepas kekalahan memalukan 7-1 di laman sendiri kepada Jerman di separuh akhir Piala Dunia 2014.

BACA:  Rahsia Disebalik Rambut Si Pekan Ronaldo Di Piala Dunia 2002