Bekas penyerang Brazil iaitu Edílson da Silva Ferreira atau Edilson telah membuat satu pengakuan sangat mengejutkan yang sukar dilakukan oleh mana mana manusia yang ada akal fikiran yang waras.
Ini selepas dia menyatakan dia lagi bagus daripada Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Neymar. Sampai tiga sekali dia pukul keliling untuk menceritakan kehebatannya sebagai pemain.
Nama ketiga=tiga pemain tersebut adalah 3 pemain yang dianggap antara terbaik di dunia pada ketika ini. Edilson pula pemenang Piala Dunia yang dilupakan.
Former Brazilian player Claims He's Better than Neymar Jr, Lionel Messi and Cristiano Ronaldo
Former Brazilian international Edilson believes he's better than Neymar Jr, Lionel Messi and Cristiano Ronaldo. #CristianoRonaldo #lionelmessi #NeymarJr https://t.co/rqr3XnKbBd pic.twitter.com/dbll3eZcmT
— John Joe (@JohnJoe21264589) October 11, 2020
Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, tanpa keraguan merupakan antara 2 pemain yang terulung sepanjang zaman dalam arena bola sepak.
Edilson ketika kariernya hanya bermain di Liga Brazil bersama kelab Palmeiras dan Corinthians. Hanya pernah berkelana ke Eropah ketika dipinjamkan ke Benfica.
Namun itu bukan halangan untuk Edilson menyatakan bahawa beliau ketika prime adalah lebih bagus dariapda Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, serta bintang senegaranya, Neymar.
Bagi menguatkan dan menyokong hujahnya, Edilson dengan yakin serta tanpa segan silu menyatakan bahawa beliau ada satu Piala Dunia.
Edilson merupakan salah seorang pemain dalam skuad Piala Dunia Brazil pada 2002. Beliau menyatakan bahawa beliau memiliki personaliti yang lebih kuat daripada Lionel Messi.
Edilson berkata:
“Ketika kemuncak prestasi saya, saya bermain lagi bagus daripada Neymar. Untuk mengalahkan saya, Neymar harus memenangi Piala Dunia, barulah dia boleh kata dia lagi bagus daripada saya,” kata Edilson kepada TV Bandeirantes, tanpa bergurau.
“Saya ada personaliti yang tinggi. Untuk Messi nak atasi saya, dia kenalah menang Piala Dunia dulu.”
Edílson Capetinha diz que Neymar é superior a Messi e Cristiano Ronaldo https://t.co/lDUZZGTHpF
— UOL (@UOL) July 1, 2020
Selain itu Edilson mempelekehkan skil dan kemampuan Cristiano Ronaldo yang dikatakannya sebagai hanya bergantung kepada rembatan deras dan aksi permainan fizikal yang lasak.
Edilson menyatakan lagi:
“Cristiano Ronaldo adalah pemain yang hanya bergantung kepada kekuatan, dan dia merembat bola dengan kuat menggunakan kedua dua belah kakinya. Dari segi skil, saya lebih berskil daripada dia.”
Sebagai rekod, Cristiano Ronaldo dan Neymar, kedua duanya pernah sampai ke separuh akhir Piala Dunia. Manakala Messi pula pernah mara ke final Piala Dunia pada 2014.
Tetapi Ronaldo ada satu kejuaraan major di peringkat antarabangsa iaitu membantu negaranya memenangi Euro 2016, di mana Ronaldo menjadi kapten pasukan kebangsaannya ketika itu.
Messi dan Neymar masih belum merasa menjulang kejuaraan major di peringkat antarabangsa. Neymar cedera ketika kempen Copa America sebelum ini, di mana Brazil menjadi juara.
Cristiano Ronaldo contributed 67% of Portugal’s goal on the way to winning Euro 2016. pic.twitter.com/H2bG5INFVO
— Cristiano Ronaldo Fans (@Cristia82137311) May 2, 2021
Messi masih mencari trofi antarabangsa untuk negaranya selepas banyak sekali status naib juara yang beliau capai bersama Argentina.
Edilson hanya menjadi watak sampingan di dalam kariernya bersama generasi emas Brazil dahulu dan karier bersama kelab terlalu biasa ke Benfica pun secara pinjaman.
Beliau bermain 21 penampilan untuk Brazil dan hanya menjaringkan enam gol untuk negaranya. Selepas bersara, pada 2019 Edilson telah menjadi pundit bola sepak di Bandeirantes’ Os Donos da Bola.
Tahun-tahun terakhir Edilson sebagai seorang profesional menyaksikan beliau melompat dari satu kelab ke kelab yang lain. Tahun 2016 pada usia 44 tahun, penyerang itu menggantung butnya.
Persaraan telah membawa kesulitannya yang amat kepada dirinya yang terjebak bukan sahaja dengan masalah undang-undang, malah mempunyai tiga waran tangkap berasingan kerana gagal membayar nafkah anak-anak.
Bekas penyerang itu juga dituduh mengaut keuntungan dari penipuan yang menyasarkan loteri sukan, satu tuduhan yang dinafikan.
Edilson kini telah insaf dan selain bertindak sebagai pundit, Edilson juga terlibat dalam pengurusan muzik, aktiviti yang menurutnya telah dia lakukan sejak dia masih bergelar pemain.