Elliott menganjing penyokong Man Utd yang memberi komen negatif padanya, dengan penyokong tersebut mempermain-mainkan kecederaan yang beliau alami.
Dek kerana merasa tersinggung dengan komen tersebut, Elliott membalas semula komen penyokong itu dengan menganjing pasukan kegemarannya.
Pemain midfield yang kini berusia 18 tahun itu menderita kecederaan buku lali, selepas beliau terlibat dengan satu insiden ngeri ketika aksi perlawanan bertemu Leeds United hujung minggu lalu.
Harvey Elliott aims dig at Manchester United fan who mocked his injury on TikTok #lfc https://t.co/WemvSsrBcA
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) September 15, 2021
Beliau yang dikasari oleh Pascal Struijk terpaksa diusung keluar dan terus dikejarkan ke hospital selepas buku lalinya beralih dari kedudukan asalnya.
Sementara pemain Leeds United itu pula, beliau bakal menjalani hukuman gantung sebanyak tiga perlawanan selepas pihak kelab gagal untuk memohon pengampunan dari lembaga disiplin Premier League.
Elliot sudah berjaya menjalani pembedahan untuk memperbaiki tulang beliau yang retak di kaki kirinya. Dan sebaik pembedahan itu berjaya, beliau telah memuat naik status di laman media sosial miliknya untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepadanya.
“Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang memberi sokongan yang sungguh luar biasa. Fasa penyembuhan bermula sekarang. Selepas guruh dan kilat, tentu ada langit yang bersinar.”
Ribuan penyokong membanjiri komen di akaun Instagram miliknya untuk memberikan kata-kata semangat agar beliau kembali pulih sepenuhnya dan boleh beraksi semula seperti sedia kala.
Walau bagaimanapun, Elliott turut menerima komen yang negatif dengan beliau memilih untuk tertarik dengan satu komen negatif dari penyokong Manchester United yang menganjing kecederaan beliau alami.
“Dia tidak akan berjalan seperti itu lagi.”
Tulis penyokong tersebut di salah sebuah video yang dimuat naik oleh Eliott.
Ia tidak memerlukan masa yang lama untuk melihat Harvey Elliott membalas komen tersebut.
Harvey Elliott replying to a Man United fan who was mocking him after his injury 😂 pic.twitter.com/wvLpaRgYLA
— Footy Accumulators (@FootyAccums) September 15, 2021
Nampak? Dalam pada sakit bukan main nakal lagi dia ya, kaki dia ada dua je, tapi dia anggap Piala kejuaraan United sejak 8 tahun terakhir lebih sedikit dari itu.
Walau bagaimanapun kenyataan yang sebenarnya adalah sejak 2013, setan merah telah berjaya memenangi FA Cup, Community Shield pada tahun 2016, Europa League dan EFL Cup pada tahun 2017.
Walau bagaimanapun, selain membalas komen negatif tersebut dengan menganjing semula skuad Man Utd, Elliott telah dipuji atas kemuliaan hati beliau yang bersimpati dengan hukuman yang diterima oleh Pascal Struijk.
“Maaf tentang ini, Pascal. Saya rasa ini salah!”
Tulis Elliott di laman instagram miliknya.
“Tapi ia akan segera berakhir sahabat, dan kamu akan kembali beraksi semula tidak lama lagi, kekal positif.”
How classy is this by the way 👏🏼 #harveyelliott pic.twitter.com/S8Y1ByO5QR
— Bianca Westwood (@beewestwood) September 15, 2021
Walaupun para penyokong merasa bimbang dengan tahap kecergasan Elliott, namun doctor kelab telah mengumumkan yang pemain muda itu akan kembali beraksi semula pada musim ini juga.
“Kami mampu untuk mengurangkan kesakitan kaki dia yang beralih itu ketika di atas padang, dan hari ini dia menjalani pembedahan untuk memperbaiki tulangnya yang retak dan ligament beliau yang sakit ketika insiden tersebut berlaku.”
Top stuff from Harvey, but the comments from the 'fan' in question shouldn't have been made in the first place ❌ #LFC https://t.co/HMevmfndNP
— Empire of the Kop (@empireofthekop) September 15, 2021
“Kami tidak akan meletakkan tekanan yang tinggi pada dia, dengan memberi jangka waktu yang tertentu atau sebelum waktunya, tapi kami akan terus pantau dia sampai dia pulih sepenuhnya”.
Sumber: SPORTbible