Tangisan Kegembiraan Ayah Elliott Melihat Anaknya Menjaringkan Gol

Ayah kepada bintang muda Liverpool, Harvey Elliott menangis kegembiraan sebaik melihat anaknya berjaya menjaringkan gol pertamanya untuk The Reds.

Harvey Elliott kembali beraksi selepas beliau sebelum ini berehat panjang kerana menderita kecederaan teruk ketika beraksi bertemu Leeds United pada tahun lalu.

Jurgen Klopp memasukkan Elliott sebagai pemain gantian ketika aksi pertemuan bertemu Cardiff City di Anfield malam semalam.

Bintang muda Liverpool itu melengkapkan hari indah untuknya kerana boleh kembali beraksi dengan menjaringkan gol yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Gol volley padu jaringan Harvey Elliott itu membantu Liverpool untuk menewaskan Cardiff City 3-1 seterusnya melayakkan diri mereka untuk mara ke pusingan kelima.

Memandangkan beliau telah lama sekadar mampu berehat di tepi padang, pemain berusia 18 tahun itu jelas sekali benar-benar gembira meraikan gol jaringannya pada hari ini.

Kehandalan dan kehebatan Elliott meledak gol ketika aksi comeback beliau telah menyentuh hati ayahnya sendiri yang menangis teresak-esak ketika meraikan gol jaringan anaknya.

Salah seorang pengguna twitter, Saad Wadia berjaya merakam detik indah tersebut, dan telah memuat naik video menakjubkan itu di laman media sosial miliknya.

Elliott bermain perlawanan pertama beliau untuk Liverpool sejak September lalu dan bercakap tentang kepulangan semulanya, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan kelab dan membantu beliau dalam fasa penyembuhannya.

โ€œIa masih sukar untuk diucapkan dengan kata-kata pada ketika ini.โ€

Jelas beliau kepada ITV.

โ€œIni adalah apa yang perlu saya lakukan untuk kelab, untuk menjaringkan gol dan mencatatkan assists.โ€

โ€œSyukur ia terjadi hari ini di hadapan penyokong selepas sekian lama saya direhatkan.โ€

โ€œIa memang tugas saya jadi saya akan terus lakukannya. Ia adalah detik untuk diri saya sendiri dan untuk dikenang oleh keluarga saya.โ€

โ€œIndividu terpenting adalah Joe Lewis di Liverpool, salah seorang physios, dia bawa saya sejak awal pagi dan dia tak pulang hingga lewat malam.โ€

โ€œDia bantu saya untuk kembali kuat dan seperti saya kata, ramai yang terlibat, terima kasih kepada keluarga dan sahabat saya, terutama ibu dan bapa saya, mereka banyak bantu saya sepanjang tempoh sukar ini.โ€

โ€œTerima kasih tak terhingga kepada semua orang di Liverpool, penyokong juga kerana terus beri sokongan dan kasih sayang kepada saya ketika ia berlaku, saya sudah kembali sekarang dan kecederaan itu sudah berlalu.โ€

Liverpool tak berpeluh singkirkan Cardiff City

Liverpool berjaya menewaskan Cardiff City 3-1 dalam aksi pusingan keempat saingan Piala FA yang dilangsungkan di Anfield malam semalam.

Tanpa Mohamed Salah dan Sadio Mane, skuad kendalian Jurgen Klopp tetap mampu meneruskan rentak kecemerlangan mereka dengan masih belum merekodkan sebarang kekalahan.

Ramai yang mungkin berfikir Liverpool akan berdepan masalah besar tanpa kelibat dua nadi penting dalam sistem serangan mereka itu.

Namun buktinya The Reds tetap mampu pamer aksi yang luar biasa cemerlang, dengan mereka kekal tidak terkalahkan sejak kehilangan dua bintang utama mereka itu.

Liverpool mara ke pusingan keempat selepas kejayaan mereka menewaskan Shrewsbury Town 4-1 pada awal Januari yang lalu.

The Reds kemudiannya diundi untuk bertemu Cardiff City di pusingan keempat selepas skuad kendalian Steve Morison itu cemerlang menewaskan Preston North End di pusingan ketiga saingan FA Cup musim ini.

Cardiff berjaya memastikan gawang gol mereka tidak dibolosi sepanjang aksi babak pertama permainan, dengan barisan pertahanan serta penjaga gol mereka telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan.

Jentera serangan Liverpool juga nampak sedikit tumpul pada 45 minit pertama dalam perlawanan ini, dengan mereka menemui jalan buntu untuk merobek gawang lawan.

Aksi babak pertama berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan dan ia jelas sekali satu permulaan yang sangat baik untuk pasukan pelawat.

Masuk aksi babak kedua, Liverpool sepertinya berjaya memperkemaskan jentera serangan mereka dengan skuad kendalian Jurgen Klopp itu berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-53 permainan.

Hasil dari satu sudut sepakan percuma yang diambil oleh Trent Alexander Arnold, Diogo Jota cemerlang menanduk padu bola masuk menerjah jaring gawang gol Cardiff.

Pada minit ke-68 permainan pula, Liverpool berjaya menggandakan kedudukan menjadi 2-0 selepas Takumi Minamino cemerlang merembat masuk bola hasil gerakan cantik Luis Diaz.

Sungguh menakjubkan untuk pemain Colombia itu yang hanya memerlukan 10 minit sahaja aksi ketika debutnya untuk mencipta gerakan luar biasa dasyat yang menghadirkan gol untuk Liverpool itu.

Pada minit ke-76 pula, giliran pemain yang baru sahaja diturunkan untuk beraksi selepas berehat selama beberapa bulan kerana dibelenggu masalah kecederaan, Harvey Elliott pula meledak gol untuk Liverpool.

Eliott melepaskan rembatan luar biasa padu untuk merobek gawang gol Cardiff City, seterusnya membantu Liverpool untuk mendahului perlawanan dengan keputusan 3-0.

10 minit sebelum wisel penamat dibunyikan, Rubin Colwill berjaya menjaringkan gol saguhati untuk Cardiff hasil dari satu serangan pantas yang mereka lancarkan.

Perlawanan tamat dengan Liverpool berjaya menewaskan Cardiff City 3-1 untuk mengesahkan tempat beraksi di pusingan kelima saingan FA Cup musim ini.

Liverpool pada 3 Mac nanti akan turun beraksi bertemu Norwich City di Anfield dalam aksi pusingan kelima saingan FA Cup.

Tidak dinafikan yang skuad kendalian Jurgen Klopp itu pada musim ini memiliki barisan skuad depth yang lebih bagus dan meyakinkan untuk mereka bersaing dalam semua kejohanan domestik.

Liverpool kini masih berpotensi untuk memenangi semua kejuaraan yang mereka sertai baik liga, Champions League, FA Cup mahupun Carabao Cup.

Mereka selepas ini akan turun beraksi bertemu Leicester City dan Burnley dalam aksi saingan Premier League, sebelum terbang ke Itali untuk bertemu Inter Milan dalam saingan Champions League.

Pada 28 Februari nanti, Liverpool akan turun berdepan dengan skuad Chelsea, dalam aksi perlawanan akhir saingan Carabao Cup musim ini.

Seandainya Liverpool mengakhiri saingan musim ini dengan tidak memenangi apa-apa, ia jelas sekali satu hal yang sangat merugikan untuk mereka.

Sumber: SPORTbible

BACA:ย  Klopp Tak Suka Media Hina Man United - "Ten Hag Manager Of The Month Bulan Lepas Kot"