Klopp Tak Suka Media Hina Man United – “Ten Hag Manager Of The Month Bulan Lepas Kot”

Pengurus Liverpool Jurgen Klopp enggan memandang rendah kemampuan Manchester United apabila kedua-dua pasukan bertemu satu sama lain di Anfield pada hujung minggu ini.

Pendirian Klopp itu sedemikian rupa walaupun Liverpool menang besar 7-0 pada musim lalu, dan United sehingga kini terus bergelut dengan prestasi.

Liverpool dilihat sebagai pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan pada hujung minggu ini selepas merekodkan kemenangan 2-1 hasil jaringan minit akhir perlawanan ke atas Crystal Palace pada hujung minggu sebelumnya.

Satu-satunya kekalahan yang dihadapi oleh skuad kendalian Klopp di Premier League pada musim ini adalah ketika tewas 1-0 kepada Tottenham pada September lalu.

United pula melalui nasib berbeza setelah tewas 3-0 kepada Bournemouth di Old Trafford pada Sabtu lalu, sebelum tersingkir daripada saingan Champions League apabila tewas 1-0 kepada Bayern Munich juga di tempat sendiri.

Skuad kendalian Erik ten Hag mungkin berada di kedudukan keenam buat masa ini. Tetapi Klopp tetap mahu berwaspada dengan ancaman yang mampu diberikan oleh United – walaupun laporan media cukup negatif mengenai pasukan itu.

“Saya tidak pernah suka melihat tajuk berita mengenai United tidak bagus sebelum perlawanan. Ia seperti ‘ok’, dan di perlawanan sebeginilah di mana mereka boleh membetulkan keadaan,” kata Klopp ketika sidang media sebelum perlawanan.

“Saya tidaklah mengikuti perkembangan United secara rapat untuk mengetahui semua masalah mereka. Tetapi saya melihat Erik ten Hag juga dinamakan sebagai Pengurus Terbaik Premier League pada bulan lalu.

“Saya juga melihat sebuah pasukan yang sedang berada di tahap terbaik, jadi di mana silap sebenarnya. Saya kurang faham.

“Kita semua masih ingat keputusan aneh 7-0 pada musim lalu yang hanya akan berlaku sekali seumur hidup. Jika ia membantu sesiapa untuk perlawanan akan datang, maka pasukan yang tewas 7-0 yang akan memanfaatkannya. Bukan pasukan yang menang 7-0.

“Jika anda mengambil kira semua perkara maka ia hanya satu lagi perlawanan menentang salah sebuah pasukan yang dianggap seteru, perseteruan yang penuh sejarah, lawan Liverpool FC di tempat sendiri di Anfield.

“Itu sahaja cukup untuk menjadikan perlawanan ini sangat istimewa dan demikianlah perlawanan ini daripada kaca mata kami – perlawanan istimewa.”

“We knew that day that the 7-0 was a freak result that happens once in a lifetime. If it helps anybody for the next game, then it is the team who lost 7-0, not the team who won 7-0.

BACA:  Sebab Mengapa Gol Ketika Bertemu Brentford Cukup Bermakna Untuk Minamino