Jurgen Klopp Beremosi Ketika Bercakap Mengenai Elliott

Jurgen Klopp beremosi ketika bercakap tentang keadaan dan kecederaan yang dialami oleh Harvey Elliott ketika aksi bertemu Leeds United malam semalam.

Elliott menderita kecederaan agak parah ekoran dari terjahan yang beliau terima dari Pascal Struijk yang dilayangkan kad merah selepas insiden tersebut.

Pemain berusia 18 tahun itu mengeluarkan kenyataan di media sosial miliknya untuk mengucapkan terima kasih kepada semua mesej sokongan yang diberikan padanya.

Pengurusnya, Jurgen Klopp selepas tamat aksi bertemu Leeds tampil menjelaskan tentang keadaan pemain midfield itu, dan menyatakan yang Elliott menderita kecederaan kaki yang teruk.

Klopp yang dilihat begitu beremosi telah mendedahkan kepada Sky Sports bahawa:

“Harvey merupakan pemain yang menakjubkan. Dia kini terpaksa diketepikan dan kami akan menanti dia.”

“Saya boleh nampak kaki dia, kami semua terkejut. Macam tu lah situasi dia.”

“Ia kecederaan yang teruk. Kaki dia nampak beralih dan kini sudah dibetulkan semula. Dia sekarang berada di hospital.”

Virgil Van Dijk yang juga beraksi dalam perlawanan tersebut turut bercakap tentang Elliot selepas tamat aksi kemenangan 3-0 The Reds menewaskan Leeds.

“Kami semua fikirkan dia dan berdoa untuk Harvey. Semoga dia cepat sembuh. Ia nampak teruk.”

Jelas Van Dijk.

“Sejak dari detik itu berlaku, kamu tahu ia sangat teruk. Ia sangat sukar untuk beri tumpuan, kami berusaha untuk tenangkan diri dengan cara terbaik.”

Elliott terpaksa di usung keluar dengan perlawanan turut terhenti selama hampir lima ke lapan minit selepas melihat keadaan kakinya yang sangat mengerikan.

Bintang meningkat naik yang kini berusia 18 tahun itu telah dikasari oleh Pascal Struijk pada aksi babak kedua permainan, dengan kakinya dilihat berpusing dari kedudukan asal.

Apa yang lebih menyedihkan lagi, Elliot sebenarnya memang mahu dikeluarkan untuk digantikan oleh ketua pasukan, Jordan Henderson dan insiden ngeri itu berlaku sekitar 1 ke 2 minit sahaja sebelum beliau dikeluarkan.

Struijk telah dilayangkan kad merah atas terjahan tersebut dan beliau dilihat langsung tidak membantah keputusan pengadil, sebaliknya lebih memberi tumpuan pada keadaan Elliot.

Insiden tersebut berlaku betul-betul di hadapan Mohamed Salah yang pada ketika itu segera memanggil petugas kesihatan untuk masuk ke padang.

Melihat kepada reaksi Salah, keadaan Elliot sangat teruk dengan siaran langsung semalam tidak menyiarkan ulang tayang insiden tersebut.

Sebelum bola berhenti dimainkan petugas kesihatan sudah masuk dan kesemua pemain kemudiannya berkumpul di tepi padang untuk memastikan Elliot dalam keadaan baik-baik sahaja.

Klopp dan para pemain Liverpool kemudiannya meminta pengadil melihat ulang tayang insiden dan menghukum Struijk atas terjahan yang boleh membunuh karier Elliot itu.

Pengadil perlawanan kemudiannya melayangkan kad merah, dengan Raphinha dan pemain Leeds yang lain cuba membantah keputusan pengadil perlawanan.

Struijk walau bagaimanapun, sama sekali tidak membantah keputusan pengadil dan beliau redho sahaja dihukum sambil menunjukkan rasa simpati ke atas Harvey Elliott.

Beliau dilihat begitu menyesal dengan apa yang berlaku dan kerap menghampiri Elliot untuk melihat keadaannya.

Elliott turun beraksi dalam kebanyakkan perlawanan awal Liverpool pada musim ini selepas beliau mengharungi karier yang menakjubkan bersama Blackburn Rovers musim lalu sebagai pemain pinjaman.

Perlawanan ini merupakan aksi ketiga berturut-turut beliau berada dalam kesebelasan utama Jurgen Klopp, selepas beraksi dalam aksi kemenangan bertemu Burnley dan seri bertemu Chelsea bulan lalu.

Liverpool berjaya menewaskan Leeds United 3-0 selepas Mo Salah, Fabinho dan Sadio Mane muncul sebagai penjaring gol.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Harvey Elliott Mengalami Kecederaan Ngeri Ketika Aksi Bertemu Leeds