Pasukan pilihan utama supercomputer, England turun menentang pasukan Belanda pada aksi separuh akhir Euro 2024. Untuk menentukan siapakah lawan Sepanyol di perlawanan akhir.
Perlawanan ini menjadi tumpuan dunia memandangkan kedua dua pasukan memiliki sejarah yang hebat dalam arena bola sepak dunia.
Gareth Southgate mahu mengulangi kejayaan England mara ke final Euro 2020 yang lalu. Dan cuba untuk memenanginya pada kali ini.
Skuad Three Lions ketinggalan seawal minit ke-7 menerusi gol oleh Xavi Simons. Di mana pemain muda itu menggunakan ruang dan kesempatan yang ada padanya untuk melepaskan rembatan yang cantik.
England segera memberikan respon mereka kepada gol tersebut. Denzel Dumfries kemudian mengasari Harry Kane lalu pengadil memberikan penalti yang agak kontroversi kepada England.
Ini kerana Dumfries mendakwa dia cuma mahu menghadang Kane daripada melakukan percubaan.
Ketua pasukan England, Harry Kane berjaya menyempurnakan penalti tersebut dengan cemerlang sekali pada minit ke-18.
England hampir menambah gol menerusi Phil Foden tidak lama kemudian tetapi bola diselamatkan oleh tindakan bijak daripada Denzel Dumfries.
Kedua dua pasukan terikat 1-1 pada separuh masa pertama. Dengan penyokong yang menyaksikan perlawanan ini benar benar merasai debarannya.
Drama sebenar perlawanan berlaku pada lewat separuh masa kedua. Selepas kedua duanya saling serang menyerang, Gareth Southgate memutuskan untuk mengeluarkan Harry Kane dan Phil Foden untuk memberikan peluang kepada Ollie Watkins dan juga Cole Palmer pada minit ke-81.
Kira kira 9 minit kemudian, Watkins mencetak gol pada minit ke-90 selepas dia diberikan peluang untuk melakukan turn di hadapan gol. Watkins dengan percubaan klinikal berjaya menghasilkan gol kemenangan yang membawa England ke final.
Belanda langsung tidak ada peluang untuk membalas gol lewat perlawanan itu. Dengan pengadil hanya memberikan dua minit masa kecederaan.
Ini adalah kali kedua berturut turut England mara ke final Euro. Selepas mereka dihampakan Itali pada Euro 2020 di pentas final.
Kini Gareth Southgate berpeluang untuk menebus kehampaan itu dengan sinar kejayaan.
Beberapa minggu lalu, super computer digunakan untuk meramalkan siapa bakal juara Euro 2024. England diletakkan sebagai calon utama untuk juara kali ini.