England terciduk lagi apabila dibelasah oleh Hungary yang kelaparan tanpa belas dengan jaringan 4-0 dalam saingan UEFA Nations League A Group 3 dan terus gagal mencatatkan sebarang kemenangan selepas empat perlawanan.
Pada perlawanan pertama di Puskas Arena, England tewas tipis 1-0 yang dicetuskan kontroversi kehadiran penyokong walaupun Hungary diarahkan bermain di stadium tertutup.
Ini merupakan kekalahan kedua skuad tiga singa kepada Hungary dalam tempoh 10 hari sahaja. Dalam tempoh itu England hanya seri ketika menentang Jerman dan juga Itali.
England have suffered their biggest home defeat since 1928.
No win in four games for Gareth Southgate, the first time since he was appointed manager. pic.twitter.com/t824CPUWNt
— Squawka (@Squawka) June 14, 2022
Bermain di tempat sendiri di Molineux Stadium, Wolverhampton, West Midlands England mengalami kekalahan yang lebih memalukan dan entah apa lagi alasan yang akan keluar.
Anak buah Gareth Southgate mencari kemenangan pertama mereka di Molineux tetapi permainan berakhir dengan sangat memalukan hasil dua jaringan daripada Roland Sallai, satu jaringan menakjubkan dari Zsolt Nagy dan satu gol lewat dari Daniel Gazdag.
Ini juga merupakan kekalahan terburuk England di tempat sendiri sejak 1928. Dengan margin 4 gol. Di mana Hungary menjadi pasukan pertama menjaringkan lebih 4 gol ke atas England di England.
Hungary have scored two goals against England for the first time since May 1962.
Roland Sallai has scored the second. 💪 pic.twitter.com/t5ulLUdFcF
— Squawka (@Squawka) June 14, 2022
Sallai menjadi nama yang sangat menonjol. Menjadi pemain Hungary pertama selepas Ferenc Puskas dan Nandor Hidegkuti pada 1953 menjaringkan 2 gol ke atas England. Ketika itu Hungary adalah generasi emas.
Hungary hanya melakukan enam percubaan dalam perlawanan ini. 5 on target dan 4 gol yang terhasil. England menguasai hampir 70% perlawanan, namun mereka tidak dapat berbuat apa apa daripada penguasaan bola sebesar itu.
Di tempat duduk penyokong, para penyokong di dalam stadium melaungkan “Anda tidak tahu apa yang anda lakukan” selepas Southgate membawa masuk Harry Maguire untuk menggantikan Bukayo Saka berikutan John Stones dibuang padang kerana menerima kad kuning kedua yang teruk pada lewat perlawanan.
Hungary scored four goals from just five shots on target vs England.
Ruthless efficiency from Marco Rossi's men. 🔥 pic.twitter.com/4LeHEeMbOU
— Squawka (@Squawka) June 14, 2022
Finalis Euro 2020 kini telah melalui lebih enam jam tanpa menjaringkan sebarang gol gol daripada permainan terbuka. Dan mereka hanya boleh menarik nafas lega kerana memikirkan bahawa Piala Dunia akan berlangsung pada akhir tahun ini.
Kekalahan malam Selasa adalah yang paling teruk selama 12 tahun dan membawa kepada ejekan demi ejekan yang semakin kuat apabila wisel penamat didengari.
Di media sosial para peminat berterusan mengecam Gareth Southgate selepas kekalahan memalukan itu. Mereka juga mengingatkan Southgate bahawa dia memiliki pilihan yang sangat besar untuk memilih pemain dari kalangan pemain bintang yang beraksi di EPL dan liga utama eropah yang lain berbanding dengan lawan mereka.
Aaron Ramsdale faced more shots on target against Hungary (5) than in his previous two England appearances combined (4).
His first Three Lions game without a clean sheet. 😭 pic.twitter.com/8W9HoJrZKv
— Squawka (@Squawka) June 14, 2022
Harry Maguire – The ultimate game changer 🥶🥶🥶 pic.twitter.com/puripkL3sP
— Adam (@adam_manutd9) June 14, 2022
John Stone mengutip kad kuning kedua pada minit ke-82 ketika England sudah ketinggalan 3-0 dan kemasukan Harry Maguire hanya membenarkan Hungary membolosi satu gol sahaja lagi.
Jika Maguire diturunkan dikesebelasan utama pasti England tidak akan tewas dengan jaringan sebesar ini.
England: Ramsdale 6, Walker 4, Guehi 6.5, Stones 3, James 6, Gallagher 6 (Mount 56, 6) Phillips 6, Bellingham 6 (Foden 68, 6), Saka 5.5 (Maguire 85), Kane 6, Bowen 6 (Sterling 45, 6.5)
Hungary: Dibusz 7.5; Lang 7, Orban 7.5, Szalai 7.5; Fiola 7, Schafer 7, Styles 7 (A Nagy 55min, 6), Z Nagy 8; Szoboszlai 7.5 (Gazdag 56, Sallai 8 (Nego 78); Szalai 8.5 (Adam 68, 7)
‘Penalti Ofsaid’ Selamatkan England
Harry Kane telah menjaringkan gol ke-50 peribadinya buat pasukan England selepas mebantu pasukan Tiga Singa tersebut terselamat daripada kekalahan kepada musuh tradisi, Jerman, dalam perlawanan Liga Negara-Negara UEFA.
England memulakan perlawanan dengan agak perlahan dan sendu di mana mereka lebih banyak membenarkan Jerman menguasai perlawanan dan dilihat lebih berbahaya serta hanya menunggu masa untuk menjaringkan gol.
Pada minit ke-50, pencarian gol Jerman akhirnya berhasil. Bermula daripada build-up yang perlahan, Joshua Kimmich berjaya memerangkap pertahanan England di dalam kotak penalti dan melorongkan bola kepada Jonas Hofman yang bebas tidak dikawal.
Hofman kemudiannya melepaskan satu rembatan yang biasa-biasa takdelah padu sangat melepasi Jordan Pickford.
Selepas gol tersebut, Pickford telah menebus kesilapannya itu apabila melakukan aksi yang luar biasa dalam menyelamatkan sepakan Thomas Muller sekaligus mengekalkan kedudukan.
Hala tuju permainan England berubah selepas Jack Grealish dimasukkan oleh Gareth Southgate. Secara tiba-tiba, England bagaikan mendapat nafas baru selepas hanya mampu bermain bagaikan bernafas dalam lumpur sebelumnya.
Pada suatu masa, Grealish melakukan hantaarn lintang ke hadapan gol untuk Kane, namun cubaan kapten England tersebut telah berjaya diselamatkan oleh Manuel Neuer. Pada minit ke-86, Kane telah dikasari dalam kotak penalti.
Jack grealish vs England pic.twitter.com/xwzNcI7aHG
— 𝙎𝙃𝘼𝙃𝙄𝙍 (@TwainX2X) June 7, 2022
Pertahanan Jerman, Nico Schlotterbeck yang melakukan larian silang di belakang Kane telah sedikit tersadung kaki pemain England tersebut. Pada mulanya pengadil hanya buat-buat tak tahu, tapi selepas melihat insiden ini di VAR, sepakan penalti dianugerahkan buat pasukan Tiga Singa.
Kane dengan mudah menolak bola ke dalam gol, sekaligus merekodkan gol ke-50 buat dirinya ketika menyarung jersi negaranya, hanya kurang tiga gol daripada rekod gol terbanyak yang dicipta oleh Wayne Rooney.
Sebenarnya insiden penalti tersebut mendapat perhatian segelintir penyokong yang merasakan bahawa Kane sebenarnya berada di kedudukan ofsaid ketika menerima bola di dalam kotak penalti.
Pun begitu, dia telah di-onsaid-kan oleh pertahanan Jerman yang telah menyentuh bola terlebih dahulu. Sentuhan yang sengaja boleh membatalkan ofsaid, meskipun pemain lawan berada 18 depa di belakangnya.
Tambahan pula, sentuhan yang dilakukan oleh Schlotterbeck dilihat sangat minimum dan Kane boleh dianggap terjatuh kerana tersadung kaki sendiri.
Apapun, pengadil telah membuat keputusan dan penalti pun telah dijaringkan.
Keputusan seri 1-1 ini kekal sehingga wisel penamat dan meletakkan Jerman di tangga ketiga kumpulan dengan dua mata, manakala Englang pula tercorot dengan hanya satu mata daripada dua perlawanan.
Bekas pemain England bawah-21, Jamal Musiala, mendapat perhatian dan pujian menggunung dalam perlawanan ini. Pada usia 19 tahun, dia sudah memberikan impak yang menakjubkan dan mampu menjadi bintang masa hadapan pasukan Jerman.
Dia dijangka akan mengambil alih tempat Thomas Muller sebaik sahaja pemain tersebut mengambil keputusan untuk pencen.
Jamal Musiala's game by numbers:
100% long ball accuracy
84% passing accuracy
42 touches
3 duels won
2 successful dribbles (joint-most)
1 shot on target
1 tackleA strong performance from the E̶n̶g̶l̶i̶s̶h̶ German man. 💪 https://t.co/2rcGpnTjWA
— Squawka (@Squawka) June 7, 2022
Gareth Southgate pula pasti akan termenung panjang selepas perlawanan. Mana tidaknya, sepanjang perlawanan pasukannya dilihat sangat kucar kacir dan menjadi lebih inferior berbanding pasukan lawan.
Pemain mereka pula dilihat sangat lesu dan tidak bermaya – mungkin disebabkan musim bola sepak yang panjang dan memenatkan yang baru sahaja habis. Andai Grealish tidak dimasukkan, mungkin pasukannya akan merekodkan kekalahan kedua berturut-turut selepas ditewaskan oleh Hungary dalam perlawanan pertama.
Secara jujurnya. jika Pickford tidak mempamerkan aksi kelas dunia, Jerman pasti sudah menjaringkan lebih daripada satu gol.
Meskipun menang, pengurus Jerman Hansi Flick turut dikecam kerana mengeluarkan Musiala terlalu awal, dan memasukkan Timo Werner. Kemasukan pemain senior tersebut dilihat telah mengubah dan memperlahankan rentak permainan sekaligus memberi ruang dan peluang untuk England melakukan serangan.
Selepas ini England akan turun menentang pendahulu kumpulan, Itali, manakala Jerman pula akan berdepan pasukan yang tiba-tiba menjadi sedap permainannya, Hungary.
Kesebelasan utama perlawanan :
Jerman – Manuel Neuer, Lukas Klostermann, Antonio Rudiger, Nico Schlotterbeck, Jonas Hofmann (Serge Gnabry), Ilkay Gundogan (Leroy Sane), Joshua Kimmich, David Raum, Thomas Muller (Leon Goretzka), Jamal Musiala (Timo Werner)
England – Jordan Pickford, Kyle Walker, John Stones, Harry maguire, Kieran Trippier, Declan Rice, Kalvin Phillips (Jude Bellingham), Mason Mount (Jack Grealish), Bukayo Saka (Jarrod Bowen) Raheem Sterling, Harry Kane
Sumber : Mirror
Hungary 1-0 England
Skuad Tiga Singa, England memulakan kempen UEFA Nations League di League A Group 3 dengan langkah kiri apabila telah dikejutkan oleh Hungary dengan kekalahan tipis satu gol tanpa balas.
Dalam League A Group 3, England berada bersama-sama Hungary, Itali dan Jerman, kekalahan ini nyata memberi tamparan hebat buat England dan menjadi kejutan besar di Nations League setakat ini.
Masih jauh perjalanan England sebenarnya untuk menentukan samada layak atau tidak kerana masih ada lima perlawanan berbaki.
Buat pertama kali dalam tempoh 60 tahun, Hungary berjaya menewaskan England sejak tahun 1962 kira-kira 8 tahun dan 95 hari sebelum Southgate dilahirkan.
1962 – Hungary have registered their first win over England since May 1962 at the FIFA World Cup – eight years and 95 days before manager Gareth Southgate was even born. Indeed, today’s victory ended a 15-match winless run against the Three Lions for the Hungarians. Unforeseen. pic.twitter.com/wnZdqyeyIz
— OptaJoe (@OptaJoe) June 4, 2022
Perlawanan di Puskas Arena ini sepatutnya dilangsungkan secara tertutup tanpa kehadiran sebarang penyokong samada tuan rumah atau lawan disebabkan oleh insiden perkauman
Perlakuan bersifat perkauman dari penyokong Hungary di EURO 2020 menyebabkan Hungary dihukum tiga perlawanan tanpa penonton namun sebaliknya terjadi.
Untuk perlawanan ini hanya kanak-kanak berusia bawah 14 tahun dibenarkan masuk namun terdapat juga orang dewasa dan hampir 30,000 penonton Hungary hadir dan penyokong England tidak dibenarkan.
Jika kanak-kanak dibenarkan masuk sudah pasti penjaga mereka yang merupakan orang dewasa akan ada bersama dan idea membenarkan kanak-kanak masuk ini telah dikritik Gareth Southgate.
Hungary forced to play game behind closed doors due to fan racism, let in 30,000+ under 14s, who boo England players taking the knee pic.twitter.com/jt652RE310
— Sam Cunningham (@samcunningham) June 4, 2022
Ketika lagu kebangsaan England, God Save the Queen berkumandang semua penonton di stadium diam menghormati namun ejekan penuh nafsu mula kedengaran ketika pemain England berlutut sebagai tanda anti perkauman.
Pemain Liverpool, Trent Alexander Arnold juga mencetuskan kontroversi dan dikecam hebat kerana hanya membatu tidak menyanyikan lagu kebangsaan seperti rakan sepasukan yang lain.
Dalam perlawanan ini, England kelihatan agak goyah sejak awal permainan. Gareth Southgate bermain dengan tiga pertahan di mana Arnold dan James Justin yang melakukan debut selaku wing back dilihat tidak berfungsi dengan baik.
Hungary dengan garang dan tanpa henti menyasarkan pertahanan England di bahagian sayap yang tidak dikawal dan gol kemenangan HUngary melalau sepakan penalti separuh masa kedua daripada Dominik Szoboszlai datang dari lubuk di bahagian sayap.
5/11 – Five of Gareth Southgate’s 11 defeats as England manager have come in the UEFA Nations League (W5 D3 L5), more than he’s lost in any other competition in charge of the Three Lions. Onlooker. pic.twitter.com/dIqr1OA7ZD
— OptaJoe (@OptaJoe) June 4, 2022
Reece James yang masuk menggantikan Arnold pada minit ke-62 telah menolak pemain sayap Hungary, Zsolt Nagy.
Video Assistant Referee (VAR) mengesahkan kesalahan Recee James selepas melakukan pemeriksaan dan kad kuning kekal menjadi milik James.
Pada minit ke-66, Dominik Szoboszlai tenang menyempurnakan sepakan dan gol itu menjadi satu-satunya gol perlawanan.
Jude Bellingham dan Bukayo Saka sahaja antara pemain yang layak diberikan kredit dan pujian dalam perlawanan ini dan kerana tewas kredibiliti Harry Maguire terus dipersoal.
Aksi buruk dan kelakar Maguire dikelab sebelum ini sering kali ditutup sedikit dengan aksinya bersama England.
Hungary (3-4-1-2): Gulacsi; Lang, Orban, Attila Szalai; Nego, A Nagy (Styles 82), Schafer, Z Nagy (Vecsei 88); Sallai (Kleinheisler 71), Szoboszlai (Fiola 82), Adam Szalai (Adam 88).
Simpanan: Dibusz, Szappanos; Kecskes, Salloi, Bolla, Vancsa, Spandler.
England (3-4-3): Pickford; Walker (Stones 62), Coady (Phillips 79), Maguire; Alexander-Arnold (James 62), Bellingham, Rice, Justin (Saka 45); Bowen, Kane, Mount (Grealish 62).
Simpanan: Ramsdale, Pope; Trippier, Gallagher, Ward-Prowse, Sterling, Abraham.